HAKIKAT TAHUN BARU MASIHI

salam..

malam ni sure aku tak boleh tidur.. tapi aku akan pastikan 2 jam sebelum mereka pang pung pang pung buat bingung, baik aku tidur.. supaya tiba masanye mereka countdown aku dah lena di buai mimpi.. so, tak sah kalau tahun baru ni dengan azam baru kan.. ada jugak katanya nak lunaskan azam lama.. tapi ingat tak nabi pernah cakap??

yang semakin menghampiri kita adalah kematian dan yang semakin menjauh dari kita itu adalah perkara lepas..
so, azam lama biarkan yang lama.. mungkin kita ada lambaran baru.. tapi, hakikat yang sebenarnya, esok bila kita bangun tidur, segalanya sama.. macam hari2 biasa.. kan3.. tetap meneruskan perkara seperti biasa.. mungkin semangat baru.. err ada tak semangat dia sama aje dengan hari2 biasa.. itu aku lah.. isnin nanti tak ada apa yang berbeza.. tetap kerja macam hari2 biasa..

 oh pelissss.... kenapa aku sangat2 tak suka dengar bunyi letupan bungan api??
tak ada yang meriah apabila dengar letupan bunga api selain hari raya dan puasa..
suasana nya lain sekali..

errr sebenarnya apa point yang nak di cakap kan??? errrrrrrrrr...........
hihi.. haishh ketawa pulak.. ada dua benda aku nak cerita.. nak cerita mana dulu ekk??? mm pasal azam tahun lepas la..

haa, tahun lepas aku cakap pasal makanan.. dan Alhamdulillah, azam aku tercapai.. dalam masa setahun, aku boleh maintain berat badan kurang dari 55kg.. apa???? 55kg???? ni anak beruang ke anak gajah??? orang paling2 pun tak nak lebih dari 45kg kan3.. baik mengaku cepatan..!!!

kira ok apa.. aku kan gemok.. so, kurang dari 55kg tu ideal ape.. BMI aku 21 je ok.. ideal kan.. so alhamdulillah.. tercapai juga untuk maintain berat badan.. tapi tetap juga jeles dengan keadaan diri yang dulu.. kurus kiut miut.. mungkin ade orang cop kering kudung pun ade.. tapi dulu selekeh serabut.. nama pun budak hingusan.. kah3.. apa pun still ingat, benda dulu2 tetap semakin menjauh.. yang ada hanyalah sekarang.. sila move on..

macam semangat sangat kan..

ok tu cerita first.. dan aku yakin.. memang majoriti perempuan inginkan berat badan yang ideal.. kalau boleh nak kurus2.. baru pakai ape pun ok.. tak nampak cacat pada pandangan.. nak tau cerita apa lagi??


haa siapa tau bukuk ni???? ok buku ni realease tahun lepas.. dan aku pinjam pun tahun lepas.. u all know what?? habis STPM baru aku boleh baca buku ni.. tak sempat kata nye nak baca time2 sekolah.. siapa yang dah baca??? siapa yang dah khatam??? ada komen???

haha.. memandangkan dah nak masuk tirau 2012 ni.. aku pun nak ajak siapa2 saja lah yang rasa belum baca buku ni sila la baca.. pernah tengok cerita 2012??? haa aku tak pernah.. haha.. aku nak korang baca sebab korang boleh tau sendiri kajian2 yang orang buat mengenai kiamat.. dan sebagai manusia pun, kita tak akan boleh maramal bila kiamat..

sesuai sangat la di baca pada tahun ni kan.. kita boleh tau, kenapa segelintir kaum manusia meramai tarikh kiamat.. macam mana diorang maramal.. betul ke kiamat 2012??? jawapan nya ada dalam buku ni.. buku ni membuka mata semua manusia yang boleh baca tulisan bahasa melayu.. haha.. da banyak tulis?? ok la stop kat sini..

kat sini jugak nak ucap kan selamat tahun baru 2012 ke pada si dia yang sedang bertarung dalam dunia peperiksaan.. chill up dear.. doa ku mengiringi kejayaan untuk mu.. (",)

NEW LIFE : AS WOMEN, NOT A GIRL

salam..

Musim tengkujuh ni sangat2 sejuk hingga ke tulang hitam.. tapi diri ni penuh dengan lemak dan masih aktifkan kipas.. ok... intro tah apa2.. haha.. setiap manusia melalui peredaran masa dan usia.. memakin tua semakin berubah muka.. macam tu jugak aku..

Aku baru habiskan zaman persekolahan.. yela baru habis exam rasanya seminggu lepas.. 13hb habis exam, 14hb di panggil interview, 15hb kerja.. itu lah yang aku nak ceritakan.. aku bukan lagi penganggur yang berjaya.. tapi aku adalah kerani yang berwibawa..eleehhhh... kerani aje???

Bermula lah kehidupan aku sebagai wanita bekerjaya.. cewaahhh.. setiap hari pukul 8.30 pagi dah terpacak dalam office menunggu bos datang.. dan 5 petang boleh kunci office.. tapi 1 tgh hari lunch time.. itu lah life aku sekarang.. aku pun tak tau kenapa begitu cepat Allah bagi aku rezeki.. senang betul dapat kerja.. tapi tu pun atas recomend mak cik aku..

Alhamdulillah, aku boleh kerja.. masa first2 tu agak kekok.. sebab aku tak tahu apa yang patut aku buat.. tapi lepas bos aku ajar, better then never.. aku boleh buat.. ingatkan senang je jadi kerani ni.. tapi boleh tahan susah la.. apa pun, cari rezeki tu pentin dari duduk goyang kaki kat rumah dah susah kn mak bapak..

At lease, aku ade income untuk bagi mak abah aku.. sekurang-kurangnya aku dapat balas jasa mak abah aku.. tak banyak sikit pun jadilah.. nanti dah kerja bagus2 baru boleg balas jasa banyak.. errr... tapi ni kerja bagus ok..

Mm, apa pun ni lah life aku sekarang.. as women, yang dah ade kerja : tapi kerjaya ke??? ok konpius.. dan bukan lagi girl, yang tak fikirkan masa hadapan..

Dan inilah namanya kehidupan..

STORY AKU & LAGU

salam...


hai, hari ni aku berblogging lagi.. dah hari ni aku join aktiviti Geng fiQ'Ra yang ke lima.. hari in tajuk aktiviti pun dah terasa seronok sangat2.. sebab story aku dan lagu ni memang sebati dalam jiwa aku ni.. hehe..

ni syarat wajib..haha..my lovely card yg kiut miut ni..

Aku dan lagu.. yep, ada salah satu lagu yang cukup memberi kesan yang mendalam kepada aku.. lagu ni mengingatkan aku kepada si dia.. dan lagu ni menemani sepanjang malam sebelum baca doa nak tidur.. dan lagu ini sentiasa terngiang2 jauh di lubuk hati..

Apabila lagu ini berkumandang, maka tercipta lah satu impian dan angan untuk bersama si dia selalu.. kerinduan menggamit jiwa.. ok........ aku dah mula jiwang dah ni.. hihi.. lagu khas untuk aku dan dia..

PUTERI - ZAINAL ABIDIN

yep.. ni la lagu nya.. kenapa??? sebab dia beri nama aku puteri.. dan aku lah puteri kepada dia.. aku lah puteri hati dia.. aku lah yang menemani dia.. lagi menyayangi dia.. sungguh!!! ada dua perkara istimewa yang dia beri pada ku..

1) di henset dia tertera nama ku puteri
2) dan dia buat doodle serta header blog untuk aku masa ramadhan lepas.. tengok kat bawah ni..

dan aku akan letak header ni setiap kali ramadhan datang..

maka terciptalah nama blog Qaseh Puteri.. hasil gabungan nama blog dia dan nama blog aku.. PUTERI.. yaa aku lah puteri dia.. kekal selagi diri ini bernyawa.. terima kasih sayang..


p/s : errr.. maaf jika terjiwang sebentar.. entah kenapa terasa sangat dekat dengan lagu ni..

EPISOD TERAKHIR BERSAMA MEREKA

salam..

hai readers.. nak tau???? exam aku dah lama berakhir.. 13hb hari tu dah habis.. tapi tetap busy dengan perkara baru.. tapi kemudian cerita lah.. palng menyeronokkan kami sekelas dah habis exam.. last paper pengajiam am 1.. yang dia sangat2 memberi sinar harapan betapa tak sabarnya menanti pukul 4..

tepat pkul 4, dan selepas keluar dewan aku mesej kesayangan mintak nak pergi McD.. yelah, ni time terakhir bersama si busuk tasya ni.. lepas ni dia nak operate.. memang tak sempat nak umpa dia.. ni ade la sikit banyak gambar yang aku sempat amek dan boleh uplod..








semoge jumpa korang lagi.. dan bila aku jumpe korang lagi, korang dah dewase dan matang yek..haha..

TRAGEDI COMPUTING KU

salam..

hai readers.. rindu untuk mecoret sesuatu kat sini panjang lebar.. apa pun, aku tinggal 1 lagi paper untuk habis.. tapi kerinduan untuk mencurahkan idea dah datang.. ngeh3.. sebenarnya aku nak cerita pasal exam aku.. err 1 paper jek kot.. sebab paper yang 1 ni memang agak tak berape nak bagus sangat..

dah masuk dalam bilik exam tu dan dah mula pun exam, sekali baru teringat tak bawa kakulator.. ohh tidak.. masih boleh mengira dengan menual ke?? ni lah nama nya ujian.. agak2 korang, boleh tak korang mengira nombor2 besar tanpa menggunakan kakulator??? alahhh.. bugak2 upsr boleh tak kan korang tak boleh kan??

so ape aku buat???? dengan minat yang mendalam terhadap matematik masa form 5 aku praktikkan masa form 6 ni.. STPM weh tak bawak kakulator.. ni dah kira nazak.. padahal soalan tak susa mana pun.. tak macam add math pun.. jauh sekali dengan math T dan math S.. ngahaha... kelakar la aku ni.. jom wat soalan computing aku ni..kira sama2..

A 56k modem can transmit 56 000 bits per second. there are 8 bits in 1 byte. calculate the time taken, in minute to transfer a file of size 1 050 000 bytes from one computer to another using a 56k modem.

ok tu soalan dia.. mudah kan.. cuba korang kira tanpa kakulator.. yela lemak je otak asyik pakai kakulator.. cuba kira tanpa menggunakannya.. haha.. berpeluh2 aku di buatnya.. takot lupa teknik membahagi dalam bentuk manual.. lawak betul aku ni.. tapi ada soalan lagi yang memeningkan kepala.. atau aku ni yang jenis slow..

draw a flow chart which reads and prints the first numbaer that is multiple of 5 and is greater than 500. assume that the number is named multimediaNum and an initial value of integer 5 is read. hence, state the value of multipleNum.
ni soalan programming.. memang tak lepas dari math la kan.. aku konpius... multiple of 5 tu maksudnya sifir 5 yang :
1 X 5 = 5
2 X 5 = 10
3 X 5 = 15


or macam square root and cube root tu?? yang :

5 X 5 X 5 X 5 X 5 =.................sampai jawapan lebih dari 500??

yang mana 1 kah???

serius aku pening.. aku ada satu la paper pengajiam am 1.. soalan 46 hingga soalan 60 soalan kuantitatif.. pengiraan.. kalau keluar macam ni lagi serius aku pening.. kawan aku cakap yang 5 X 5 X 5 X 5 tu..cikgu pun cakap macam tu.. hai pening.. ke mungkin betol la aku ni yang slow sangat..

GRADUATION VS FASHION

salam..

hai readers.. minggu depan aku dah mula exam.. now boleh tahan buzy sampai phone pun terbiar sepi tanpa si dia.. tanpa kredit.. ohh sepi menyelubungi hati series sepi sunyi sendiri.. isk isk isk.. before exam mula, sekolah aku adakan majlis terakhir untuk upper six.. MAJLIS GRADUASI DAN RESTU ILMU kelolaan MPPU.. sebenarnya restu ilmu tu yang penting.. tapi memandangkan last year dah ade graduasi ofcoz la kitorang ni pun nak merasai nikmat bergraduasi.. nak graduasi ekk??? kat u famos nama konvokesyen.. haha..

ok la graduasi kali ni bertemakan biru,hitan dan putih.. so apa yang aku nak ceritakan majlis ni dah jadi majlis pertunjukan fashion.. serius.. semua nak melawa.. cakap banak je kan.. jom tengok gambar..

perkenalkan.. geng Qu..
Qu Iqa, Qu Dila, Qu Ayu, Qu Icha, Qu Aniz, Qu Ela, Qu Wari
dan adik2 lower 6.. syafiq dan abu

geng biru sains sosial
Saedah, Nani, Leha, Fiqa, Ayu, Fiza, Sarida, Bedah

lelaki pun sama bergaya
Basnel, Iszu, Edy, Zaid

lagi dan lagi
Epul, Nas, Shamil

ok yang tu kelas diorang.. sikit jek cukup.. dan kelas aku pulak.. satunye kelas yang huruhara.. orang suroh pakai baju ikut tema di pakainya baju lawan tema.. konon nak nampak kelainan kan.. dan satu2nya kelas yang tak pandai bergaya macam they all.. haha.. kelako wehh..

gambar tekahir dengan cikgu Nadiah
dia akan berpindah ke kluang

tiga amoi yang peragakan pakaian Che B
haha..kitorang nak diorang pakai kebaya
Kiwi, Lemon, Tomato
jangan tanya kenapa nama diorang macam tu..

indian girls
menaga dan jayanthi with sari

priscilla (kakak)
upper six

jacyhtha (adik)
lower six- MPPU

 this me..
with Tasya B and Kiwi

Keseluruhan bergambar dengan Penolong Pengarah Tingkatan 6

majlis ni ada celanya.. tetapi harap perbaikki untuk tahun hadapan.. lebih2 lagi part VIP tu.. jangan datang lewat.. jangan berucap panjang sangat..

p/s : aku nak ucapkan selamat maju jaya for u all yang akan menghadapi STPM bermula 21.11.11 nanti.. buat yang terbaik.. jaga kesihatan, jaga pemakanan.. be smart studying.. dalam waktu2 kecederaan macam ni banyakkan berdoa dan bertawakal.. all out ok. all the best..

p/s : sakit kepala terlampau.. first time rasa macam ni.. need ais masak yang bayak dan rehat yang cukup.. errr... boleh rehat lagi?? ni berblogging!!! heeee

p/s : my dear kuci-kuci, gud luck for ur test.. buat yang terbaik.. fokus pada study.. semoga cemerlang.. ku akan merinduimu

p/s : gela bila dan mintak maaf dengan kawan2 dan cikgu.. rasa tenang mungkin kegelisahan yang aku alami ni sebab tak mintak maaf dengan mereka.. pasni turn si dia pulak.. abis lah meleleh kesat hingus ni nanti.. mak abah??? setiap pagi nak pergi sekolah mohon maaf... tacing pagi2 kan..

k lah.. sehinggah bertemu lagi.. daa~~

JOM MASAK | APAM POLKA DOT


salam...

hai readers.. ingat lagi tak aku nak buat segmen macam ni dulu?? so arini aku teruskan segmen masak yang pertama.. biasa hujung minggu tak sah kalau tak masak something.. so semalam aku buat sesuatu yang dah lama teringin nak buat.. aku buat apam polka dot.. tapi serius weh aku tak pandai pun buat dot2 nye tu.. susa kot.. so, korang mestilah nak resepi dia.. ok jom tengok cara2 nak buat apam ni ok..

bahan-bahan yang diperlukan :



1 cawan gula - gula halus or korang kisar gula
1 1/4 cawan tepung gandum
3 sudu baking powder - pastikan nama tin tu baking powder, bukan soda bikarbonat
3/4 cawan fresh milk - korang boleh gunakan susu dutch lady full cream, sedap
1 sudu kecil ovallete - google ok kalau tak tau ovallete tu ape
3 biji telur dari peti sejuk - mesti sejuk..kalau tak sejuk tak jadi la apamnye
esen vanilla
pewarna - macam2 warna korang boleh gunakan
filling - inti dalam apam korang la


cara-cara nak buat :

  1. pukul telur hingga kembang, masukkan ovallete, esen vanila, gula, dan susu.. pukul hingga sebati..
  2. tepung dan baking powder mestilah di ayak dahulu, kemudian masukkan dalam mixture tadi.. gaul sehingga sebati..
  3. asingkan mixture tadi kepada beberapa bahagian ikut korang suka, baru warnakan mixture tu ikut warna kegemaran korang..
  4. sediakan mangkuk cawan, masukkan mixture separuh, masukkan inti @ filling, then masukkan lagi sedikit mixture tu jagan sampai penuh..sebab apam akan kembang..
  5. buatlah dot2 di permukaan apam tu..
  6. semasa korang buat adunan ni, panaskan pengukus dahulu.. barulah kukus apam tu dalam 15 minit gitu.. semasa kukus korang jangat bukak penutup.. rasa2 kalau dah lebih 15 minit tu, korang angkat terus..
apam sedia untuk di kukus..

oh tidak..apam ku terlampau gemok..
ei..tak santek..

kegelapan malam..oh my apam polka dot..

nyummy.. boleh la menjamu selera..

selamat mencuba.. kalau2 kebingungan.. jangan segan2 tanya yek..di shutbox pun boleh..

MUET SPEAKING DGN PRIVATE CANDIDATE

salam...

hai readers... nak cerita ni.. nak baca kan.. nak baca kan.. mai cini aku pakse korang baca.. *smbil mengasah2 parang di tangan*... apa yang berlaku di sekolah tadi aku menduduki peperiksaan muet part speaking.. pada mulanya memang aku dan tasya ingat kami satu kumpulan.. mungkin only 3 candidate.. tak pikir pun yang aku akan satu group dengan calon private..

bila masuk bilik kuarantin, tengok slip pengawas, sah aku duduk dengan calon private.. tasya jadi candidate D di kumpulan lain.. aku pulak jadi candidate A ke kumpulan lain.. ada la kalid dari kelas lain.. dua orang selebihnya calon private.. sorang tu lepasan diploma, nak masuk ijazah kena amek muet.. sorang lagi pelajar uum (PJJ-pembelajaran jarak jauh) bekerja di TNB yahya awal.. dia di sem akhir ijazah tapi still tiada muet lagi.. so kena ambil muet sebelum grad..

kami pun berkumpul dalam satu group.. sumpah aku kata.. calon private memang tak tahu pape pasal muet.. diorg daftar, beli buku baca2.. dan attend for exam.. zero and infinity... so aku bagitau lah dekat diorg macam mana exam ni di jalankan.. macam aku pulak ni yang cikgu.. aku kena tolong diorg untuk kebaikkan aku jugak.. pastu kami pasang strategi  untuk discussion..

melihat keadaan diorg, aku dah kurang takot.. kita sama jek.. tiada yang beza.. aku broken english macam diorg la.. but, diorg lebih baik struktur ayat.. antara kami sama jek.. aku as budak sekolah takot pada private candidate sebab aku pikir, diorg boleh berbahasa inggeris.. tapi diorg pulak takot pada budak sekolah sebab budak sekolah ni belajar muet.. dah tau cara2 nak jawab.. sedangkan diorg just daftar dan masuk untuk exam..sebelum exam diorg hanya berteman kan buku rujukan.. tak jauh bezakan..

kebetulan, tajuk yang kami dapat memang menepati ciri2 dalam kehidupan kami.. dalam kehidupan aku lah.. soalan dia aku lupa.. tapi lebih kurang macam ni la :

siapakah yang anda akan jemput untuk memberi ucapan kepada pelajar pra-universiti mengenai kehidupan di universiti..
candidate A : a university lecture
candidate B : a unversity student
candidate C : a university councelor
candidate D : a succesfully graduation student
see.. memang dalam kehidupan kami.. aku sentiasa di dedah kan mengenai kehidupan di u oleh si dia.. tak ada masalah nak jawab dan bagi isi.. tapi masalah tu memang tak lepas dari seorang calon menghadapi exam macam ni.. macam aku la.. masalah aku bila dah ada isi tak tahu pulak nak buat ayat.. pulak tu candidate A.. tapi kita kena la yakin pada diri kita kan untuk berjaya.. tak ada siapa pun boleh tolong melainkan diri kita..

jangan pandang seseorand tu boleh melemahkan kita.. tapi pandanglah seseorang tu sebagai satu motivasi untuk ita lebih berdaya saing.. nak jadi modal insan bukan senang.. kerohanian sangat penting.. bila kerohanian dah mantap baru la go to fizikal.. adanya daya saing yang boleh menaikkan semangat kita.. so, for does school candidate have group with private candidate, dont think dan feel u are so small.. jadikan diorg mencetus semangat untuk berjaya...

haaa..panjang beno ni.. k la daa~~

Perempuan cantik??? Perempuan tak cantik??

salam...

dahlama tak mencoret sesuatu kat blog kesayangan ni.. eh aku sayang kau ke??? haha.. abis la die sentap terus line macam siput trafic light jem kan.. ok bila kite bercakap pasal budak comwl, budak baik, budak sopan dan sewaktu kutu nye la kan... so whats on ur mind???kalau perempuan cantik mesti terbayang benda yang baik je kan.. perempuan tak cantik???

kalau perempuan cantik pendiam
----- waahhh..pemalu la die tu..sopan jek..
kalau perempuan tak cantik pendiam
----- eishh dah kenapa la dia tu kan bisu ke ape..

kalau perempuan cantik buat jahat
----- kesian die..agaknye ape masalah die ek..kalau la aku boleh tolong..
kalau perempuan tak cantik buat jahat
----- ei da la tak lawa, buruk perangai lak tu..tak de sivik betol..

kalau perempuan cantik tolong orang lelaki dalam kesusahan
----- wow!! ni la namenye heroin sejati..baik betul hati die..
kalau perempuan tak cantik tolong orang lelaki dalam kesusahan
----- alah.. saje la tu mnitak perhatian..

kalau perempuan cantik ada boyfren hensome
----- pergghhh memang sepadan lah diorg..untung laki tu..
kalau perempuan tak cantik ada boyfren hensome
----- dah kena guna2 ke laki tu?? kesian betul..

kalau perempuan cantik di tinggal kekasih
----- buta kayu ke ape mamat tu??awek penye lah lawa..
kalau perempuan tak cantik di tinggalkan kekasih
----- bagus lah..cermin sikit diri tu..

kalau perempuan cantik drive mercedes
----- ini simpanan vvip ni.. siapa la bela dia ni..
kalau perempuan tak cantik drive mercedes
----- anak orang kaya memang la bawak kereta mewah kan..

kalau perempuan cantik tuangkan air ke gelas lelaki
----- cam ni la boleh wat bini..rajin betul
kalau perempuan tak cantik tuangkan air ke gelas lelaki
----- saje lah tu nak ambik hati..gedik je..

kalau perempuan cantik sedang bersedih
----- sokey dear..saya boleh gembirakan hati awak..
kalau perempuan tak cantik sedang bersedih
----- ei mengada2 betol.. sikit2 nangis..

kalau perempuan cantik pandai masak
----- dah la cantik.. pandai masak lak tu..
kalau perempuan tak cantik pandai masak
----- sedap ke?? macam tak pandai masak je..

kalau perempuan cantik wat salah
----- xpe, saya maafkan awak..saya paham..
kalau perempuan tak cantik wat salah
----- cermin diri la dulu.. jangan harap la aku nak maafkan
begitulah pandangan sesetengah orang pada perempuan..terpulang bagi diri kita sendiri nak nilai macam mana.. ade bayak lagi lah pandangan orang ni.. kita ni siapa lah kan untk di bawa ke tempat yang adil.. begitu kah nasib perempuan j=hingga seterusnya???

TRAGEDI RAYA 2011

salam..

hai semua.. selamat hari raya.. nampak nya raya tahun ni bersebelahan dengan sambutan hari kemerdekaan.. selamat hari kebangsaan ke 54.. tapi sesuatu la yang sepoil pada raya tahun ni.. tapi ape kate kt cerita dari A dulu k.. macam biasa la aku akan balik kampung yang 1 tu.. mane lagi kalau bukan batu pahat.. setiap taun ke citu jek..tapi kalau da kawen ke lain pulak kan.. hik hik hik...muke gatal patbelas.. ok jom kita role baca apa yang berlaku sepanjang tiga hari hari ni ok..

1 syawal
bangun pagi yang agak liat lagi mahu tunaikan kewajipan.. auww.. sdapnya tido kat kampung kan.. aku rasa syaiton berlari2 keluar jail suroh aku jangan bangun.. tidur lah..tidur la..hari masih mudah.. perrghhh.. hingat aku dengar ke??? sori naik moto kawasaki la.. semua orang dah gi solat raya baru aku mandi dan pakai baju raya comel..huhu.. dah comel2 ni mstilah nak mintak wet raya kan.. waaa.. tahun ni aku dapat 10 sampul wet raya.. dan 3 lagi tak bersampul..huhu.. ade 1 sampul ni bile aku bukak.. mak oi la mak jemah kate... 50 hingget dol dalam dia.. bia betik?? kayo ni kasik wet raya 50 hinggit.. dah bersalaman di hari lebaran mestilah time tu konvoi beraya.. kali ni ada mak long.. sebab family mak long jek da 3 kerate.. family aku 2 kereta..dan family mak cik 1 kereta.. oleh kerana kereta abah rosak jadi konvoi 5 kereta dari batu pahat ke muar.. dah melantak kat sana time tu balik parit kaspan semula.. ondaway nak blik tu......ha kau tengok la pic ni,
tak dapat di gambarkan perasaan abang ku..kereta di sondol oleh pihak tak btanggungjwab...isk isk isk..

begitulah kejadian malang menimpa abang aku...raya pertama tu jugak tengok cousin2 main mercun.. katanya pukul 12 tgh malam sambut merdeka.. tapi, kul 8.00 dah berdentam dentum kat luar tu.. haila kan.. mercun oleh cousin2 VS meriam tanah oleh adek aku..melawan-lawan nyah...aku??? aku ni main mercun pop2 tu bleh la.. sekadar melihat saje... tak ade sambutan merdeka.. pukul 11 lagi semua da senyap kecuali asakar meriam yang tidur pukul 3 pagi..ngeh3...aku pun tidur awal..

2 syawal
raya kedua ni, aku dan family dah bersiap2 pulang ke rumah..tapi sebelum tu kitorang singgah rumah besan mak aku la..abang aku nye mentua punye nenek kat air baloi.. tahun ni tak beraya pun rumah sedare2 di belah abah.. kereta la buat hal.. haila kan.. sampai jek kat rumah nenek baik nye parking kan.. dua2 kereta ade bekas excident..tengok ni..
kereta abang dengan abah same jek..cenggini lah raya..

begitu lah raya kedua..lepak pergi raya kat rumah nenek ni terus balik rumah.. baru tinggalkan rumah 3 ari dah berhabuk bilik.. abis semua baju di basuh.. begitulah kan..

3 syawal
waaa... bile tengok kalender 3 syawal nih dah kire cerita sedih.. sob sob sob... pagi tu ngedate dengan my incik emy.. hikhikhik..nih apesal gegatal kan belog jejari runcing dulu...hehe... kitorang gi makan piza.. lepas ni entah kan bila dapat jumpa..lepas rindu ketat2 ni..



bju rye kt thun ni...comel x??pinky2..

ye begitulah raya tahun ni..mungkin hari2 lepas ni raya dengan kawan di kelas ajelah gamaknye.. papeun, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ya kawan2.. yang penting, pandu lah kenderaan dengan hati2.. inganlah insan yang di sayangi dan menyayangi..agak perkara buruk tidak terjadi..salam syawal..

KAd RAYA ITU NOSTALGIA

salam..

hai readers.. dah sahur??? ape menu sahur??? nasi kicap telur???haha.. dulu kecik2 makanan utama nasi kicap telur.. sampai beso pun cam tu lah gamak nye.. pagi ni tergerak hati nak mencoret sesuatu kat belog ni pasal kad raya.. ni sume k.ika nye pasal la..Qaseh pun sama.. saje jek nak kite ni terimbau kembali zaman kanak2 dulu.. kad raya tu lambang kasih sayang tau..jom kita role kembali zaman menerima kad raya dan menghantar kat raya.. sebelum tu korang boleh la terjah entri nasib sekeping kad raya dan entri abang posman mana kad raya saya ok..

dulu kad raye yang kite terima semuanya dari kawan2 dalam kelas.. jadi tak payah la cari abang posman tanya mane kad raye kita.. kalau sekali dapat kad raye, kawan2 lain pun nak bagi kad raya jugak.. ada yang sedih tak dapat bagi kad raya sebab esoknya dan abis sekolah.. hukhukhuk...koleksi kad raya kita ni tak banyak pun.. tapi cukup la boleh tunjuk kan anak2 nanti, eh mak kau ni dulu dapat kad raye dari kawan2 mak.. kau ade??? hahaha.. sabo je anak aku nanti kan..

ni antara koleksi kad raya kite..

bila dah mencoret sesuatu dekat kad raye ni.. macam2 nak tulis.. paling cannot go bila tanya baju raya bape pasang? nanti raye datang lah uma.. rugi tak datang umah.. kuih raye banyak tak buat?? macam2 lagi lah soalan2.. sebaik tak ada yang ajak raya nanti beli kabait, paip tiub, tin kosong, kapas.. waaaa.. main meriam tanah wooo.. nampak nye adik aku jek yang line2 meriam ni.. x pandang lagi dah mercun bola ape  lagi mercum pop pop.. bila nak tulis kad raya, mula la nak letak pantun sana sini..

ketahuilah yang kad raya mu ini ku tak akan buang..
tak cukup satu kat kad........

kat belakang sampul pun dia tulis skali..
kalau la awk tau awal2 awak bagi kite kad ni pun kita da senyum tau..

ha tengok.. pantun lagi.. ni dekat bahagian depan pulak..
memang gila pantun ni..

ada lagi pantun yang memerli.. tapi lite dulu kurus ok.. slim melim jek.. kite tak gemok macam sekarang.. dulu kite budak comel tapi ganas.. keganasan kite tu la wat kite ni kurus tau.. dulu kite macam nasi kicap telur jek.. tu yang selim jek.. eh eh eh.. ni apesal lahin macam jek..ok jom tengok kad seterusnye..

tengok la.....awak.. kite ni masa pose ke masa raye ke.. kurus jek tau..
saje le tu nak mendengki kan..

ok yang ni memang kita.. kita sangat selim lagi comel tau..

haha.. ok ada lagi kad raya yang memang iklah hati lutus suci dari jiwa nurani.. orang dok beli kad raya ekau boleh rerajin pulak buat sendirik??? ada kawan ni memang rajin la.. bagi aku kad raya yang di wat sendiri.. ade gambar baju raye.. leceh weh nak gumting baju raye..ape pun maceh la bebanyak..

tengok tu..rajin lah wat kad raye sendiri.. terharu sob sob sob jek..

tapi semua kad raya tu datang ni dari girl friends la.. mana ada orang laki nak kawan dengan kita ni.. muke belasah orang jek kan.. tapi akhirnye ada jugak orang laki nak kawan dengan kite.. nak this is kad raya paling istimewa buat kite. nak tengok tak??? eh tak pe la.. eleh.. 

santek kan..

apa pun, kad raye ni semakin di lupakan.. abang aku cakap, ofis die masih gunakan kad raye.. tapi akak aku cakap, kat singapore dah tak jumpe da kad raya ni lagi.. tapi bagi aku, kad raye ni lambang nostalgia.. bila dah tua nanti kad raye zaman muda tu la yang akan di belek2..di kenang2..

P/s : malam tadi abang aku datang tolong anyam ketupat..kah3.. ringan sikit beban yang di tanggung..

dia wat ketupat sate..alo comel nye ketupat leper..


RAYA SEMAKIN DEKAT, EXAM SEMAKIN HAMPIR

salam...

agak berhari jugak lah tak mencoret sesuatu di laman blog ni.. setiap hari hanya tengok visitor yang keluar masuk.. tanpa sebarang post baru.. tahun ni raya yang menyulitkan.. tak seperti raya tahun2 lepas.. raya tahun ni bertindih dengan exam.. persiapan nak raya dan persiapan menghadapi exam adalah dalam masa yang sama.. seminggu ni memang tak ada persiapan raya dan persiapan menghadapai exam.. masa2 yang ada hanyalah untuk siapkan homework yang bertimbun2..

jadual yang pack untuk hari2 menjelang raya.. esok hari jumaat.. hari terakhir sekolah sebelum cuti hari raya.. esok nak siapkan kerja masa cuti computing dengan buat kiuh suji.. hari sabtu langsung tak buat homework.. kakak dari singapore nak datang.. dia nak buat kuih raya.. tapi aku kena anyam ketupat.. di jangka sebanyak 100 biji.. dalam rumah tu aku dengan bapak je yang boleh anyam.. adik aku anyam jadi tikar mengkuang.. akak aku anyam jadi tudung saji..haila...

kemudian hari ahad dah kemas2 rumah.. aku cadang nak cat bilik(sabtu ke ahad ek).. cari kayu untuk rebus ketupat.. mana weh nak cari kayu kat tengah2 bandar pasir gudang ni..da ok baru nak kemas2 baju untuk balik kampung.. lepas buka ahad malam tu dah kena rebus ketupat..langsung tak ada masa nak baca buku..

keluhan yang tidak di dengar.. aku mahukan 1 time untuk study week.. no homework.. just focus pada exam.. baca buku.. hafal.. ingat.. faham.. sisa2 hari ni hanyalah untuk buat homework sampai 60 esei 1 hari.. macam mana aku nak study?? macam mana aku nak fokus pada buku.. nota2 comel tu hanyak terbiar sepi.. mind map dah jadi my mop.. penat fikirkan hal yang 1 ni.. sesak kepala..saat genting macam ni semuanya jadi kucar kacir..

hopefully, aku dapat handle semua ni.. harp aku dapat hadapi dugaan yang datang ni supaya tak menyimpang jauh dari sasaran..

KENAPA PERLU BUAT KUIH RAYA SENDIRI???

salam..

sedar tak sedar dah tinggal seminggu jek lagi hari yang kita ada untuk berpuasa.. dan waktu2 macam ni masa yang di tunggu2 iaitu malam laitulqadar.. masa2 macam ni jugak la orang berpusu2 ke pasaraya untuk persiapan raya..

tapi satu part yang aku rasa patut untuk persiapan raye ni adalah makan..kuih raya dan makanan raya.. korang rasa patut tak buat kuih raya?? atau korang rasa beli jek la senang.. sibuk sekarang kerja..raya pun sekejap.. tapi pernah tak korang terfikir akan datang mana?? maksud aku, masa muda2 ni tak latih dari buat kuih raya sendiri..tapi beli aja.. macam mana pulak bila kita akan datang?? ilmu apa yang kita nak turunkan pada waris kita..???

salah satu ilmu tu adalah ilmu buat kuih raya.. raya setahun sebulan.. ramadhan pun setahun sebulan.. waktu tu lah paling berharga.. betapa meriahnya buat kuih raya dengan mak.. uli adunan.. pastu bakar.. hasil yang sedap pun lebih berharga dari beli kat kedai..

teringat masa kecik2 dulu.. asal puase jek mesti waktu tu cuti sekolah.. balik kampung teman nenek.. then, pagi2 lepas sahur tengok nenek buat kuih raya.. kalau buat dodol tu sampai itam legam muka terbako dek asap kayu api.. macam tu jugak buat rempeyek dan tumpi..bila buat bahulu tu.. sampai terlentok2 dok tunggu nenek ciap ayak telot 40 bijik.. lama betul.. tapi tu la petua nenek.. hasilnya bahulu yang sangat lembut.. even hangus pun still sedap.. tu la istimewanya buat kiuh raya sendiri..

tapi sayang.. waktu tu aku masih kecik.. nenek tak dapat turunkan ilmu dia pada aku.. sekarang segalanya canggih.. cari jek la dekat tenet ni.. dah boleh buat kuih raya sendiri.. kalau jadik, cuba create something new pada resepi tu.. kan lebih bagus..

apa lagi nak cakap pasal raya ni?? haaa... siapa pandai anyam ketupat?? ni lagi satu ilmu istimewa.. korang patut blaja anyam ketupat.. tahun ni aku kena anyam 150 bijik.. abis la bersengkang mata.. tak pe.. walaupun raya dua ari jek tapi rasa jugak kan..

ok la sampai sini dulu.. selamat membuat persiapan raya ok..daa~

AWAK SANGAT KREATIF SAYA JELEXXXX!!!!

ni lama..simple mample la..



baru.. pewitt.. comel kan..
salam..

hai.. ade nampak sesuatu yang lain tak pada belog ni??? eh belog ni makin cute la.. perkenalkan header baru sempena bulan ramadhan mulia ni.. dan perkenalkan lelaki masa depan (bak kata yuyu) yang comel lagi kreatifkan inovatif..

header kat atas ni di beri suntikan yang lebih menawan dari si manja Qaseh..maceh banyak2.. dan rasanya sangat terharu dan nangis mood sobbss sobbss sobbss tiga laki.. haila.. main aci nangis2 jek.. puasa2.. dan dengan new look ni, akan aku hadiahkan pembaca dengan isi2 post yang berfaedah.. selamat membaca yek..

nak korek wet tabung untuk di di hadiahkan ayam golek 6 eko kepada Qaseh..awat demand sangat ni???