pengawas, MPPU, JPAM


yuhuu..
assalamualaikum..salam 1 Malaysia..

hari ni sangat huh!!!
penat la u..ok berbalik ada apa yang aku nak sampaikan.. hari ni macam-macam jadi.. sebnanya post aku kali ni aku dalam keadaan mengantuk..tapi sebab keadaan yang memaksa aku untuk menceritakan apa yang berlaku.. almalumlah, takot lupa pule..

hari ni, kaptan pengawas telah melakukan sesuatu yang mengejutkan, yang di luar jangkaat aku.. mm sebnanye biasaje.. just for pemilihan kaptan pengawas yang baru.. di luar jangkaan aku sebabnya aku ingat undi guna kertas so privacy la sikit.. tapi yang berlaku adalah undian secara rawak.. so okey Aishah tak kesah.. yang penting aku puas hati dengan pemilihan yang telah di buat..

calon2 bagi kapten pengawas ialah :
1) Basnel guswindoo
2) mohamad Zahid
3) Prisscilla sasidaran
dan pemenangnya adalah :
............(alamak..terpaksa dirahsiakan..tuggu sehingga waktu di sebut semula)

okie dokie..tutup...
seterusnya, pasal majlis Perwakilan PraUniversiti (MPPU) lak..
macam yang aku janjikan.. pemenang baagi pemilihan MPPU yang baru jatuh kepada.......
JENG...JENG...JENG........
parti PerTUni..haha tahnia ya kepada yang akan pemimpin tampuk pemerintahan yang baru..
tahniah kepada Zahid, Aminnin, Kanakam dan lain2 lagi..
lepas ni tunaikan janji2 manis yang telah korang wat.. semoga jadi parti y
ang terbaik ok..

ha yang 2 da abis..
sekarang aku nak cita pasal Jabatan Pertahanan Awam malaysia(JPAM)..
aku nak jakun sebentar,,sebnanya kami semua budak lower 6 dah dapat baju kprporat JPAM..
ha smart gilak aku pakai.. apa2 pun terima kasih kepada cikgu Juri Jusoh yang sudi memberi kami peluang memakai baji koprat ni..


Sila Undi Kami!!!


oh rakan2 pembaca sekalian..
aku nk cite ni..nak dengar tak???? nak dengar tak???

mm ape la kena mengena dengan sila undi kami ni? macam pilihan raya je bunyi nye..
mm sebnanye, di sekolah tadi berlakunya pilihan raya bagi pemilihan parti untuk memegang
jawatan Majlis Perwakilan Pra-Universiti (MPPU).. ha jangan tak tahu pule..

suasana amat lah riuh dan rendah.. aku ditugaskan kan untuk menjadi agen, yakni pemerhati kepada satu parti ni yang aku akan bagitaulah nanti.. apa tugas aku?? huh!!!! amat lah boring plus mengantukkan.. aku dan tiga rakan lagi yang mewakili parti masing2 di tugaskan untuk memerhati gelagat para pengundi agar tiada penyelewengan berlaku.. huh..sangat mengantuk (kalau ada bantal dah lama aku sampai london)..

ok sekarang aku nak cite pasal dalam dewan mengundi.. aku felik (pelik) la dengan upper six.. bukan ke diorang dah ade pengalaman mengundi dulu?? tapi mengapa ya diorang macam blur2 je bila masa mengundi? apa yang tak kena.. ada tu aku ten
gok, lower six lebih matang dari upper six.. ok yang lain tu no komen.. ada gak aku kena tembak nanti.. seterusnya, pose budak2 yang mengudi.. wah, macam2 peten ada.. korang nk yang macam apa? kaki bersilang? berlutut di lantai? goyang2 kaki? ha semua ada.. tak apa lah..asalkan mereka selesa..

korang nak tengok gamba ke? maaflah.. aku belum ambil.. tuggu post akan datang ye.. ok mari kita tengok parti2 yang bertanding..

calon MPPU
1) PARTI GEGAR
2) PARTI EHSAN
3) PARTI PreTUni
4) PARTI Bernas,Pantas,Handal

so mereka tadi di letakkan di pondok panas yang sememangnya panas..huh.. macam2 gelagat aku dapat saksikan.. yelah, nak meraih undi.. apa2 pun, proses pengundian berjalan dengan lancar dan tiada cacat celanya.. tahniah exco bertugas..!!!
tak lupa juga kepada guru2 yang meyelaras proses ini dan guru2 yang turut mengudi dengan jayanya..

selepas undian ditutup, aku dan krew agen lagi 3 orang pun di panggil untuk proses mengira undi.. ha yang ni lagi kalau ada tilam dah lama aku terbang.. tak ap
a.. ni pengalaman yang julong2 kali diraih.. so fokus ok.. haha.. setelah undi di kira dengan ketelitian, huh, terjawab sudah siapakan yang akan memegang tampuk monarki baru..(eh lain je ayat)

so penentuaan muktamad hari esok..maaf lah rakan2.. aku dah sumpah akur janji tidak membocorkan rahsia kenegaraan.. harap bersabar dan tunggu esok..



ok sampai kat sini dulu ya.. KLIK!!!

Perjalanan bermla disini

selepas SPM pasti tertanya-tanya kemanakah aku membawa diri selepas ini.. nak sambung atau kerja aje?? tapi bila fikir-fikir balik, for what kerja pada usia yang muda?? so aku ambil keputusan sambung belajar.. tapi kat mana?? rsult pun keluar dan keputusan penempatan aku adalah SMK Permas Jaya.. pra-universiti, form 6.. ohhh!! tidak..ramai yang pandang rendah pada form 6.. betul kan????


ni lah rakan rakan seperjuangan ku..6 teknologi

segalanya bermula disini apabila aku ditempatkan kat form6.. see rakan-rakan bagi nama kelas ni kelas budak ais kacang.. why nama tu? macam kana-kanak riang je.. haha.. korang tengok kelas aku ni..semua ada..melay, cina, india, lelaki, pempuan.. ha..
tengok apa ada dalam ais kacang.. macam-macam ada.. ada tu letak aiskrim kat atas umpama guru kelas yang berperanan sebagai kapten kapal yang mengemudi bahtera layaran..(amat dramatis ye ayat)
meraka semua sentiasa ada idea-idea bernas untuk mengindahkan pelayaran bahtera ni.. perjalanan kami masih jauh.. belum lagi menghadapi saat-saat diuji di atas lembaran kertas.. rakan-rakan, study lah sungguh-sungguh sebab peluang kemenara gading amat cerah sinarnya..
huh!!! da bermadah-madah ni..ok mari kita tengok pic seterusnya..


putri-putri yang gemar snap-snap


masa ni karnival koko..pn sempat gak snap-snap..

aku harap korang semua akan bagi yang terbaik untuk kelas kita.. budak ais kacang terbaik!!!

Kenyataan hati


cinta dan perasaan saling bergantung antara satu sama lain.. aku perlukan cinta untuk mengisi perasaan yang inginkan kasih sayang.. ye betul.. cinta itu dah ada sejak 4 tahun yang lalu.. semasa ia masih hangat dan segar.. semasa ia sedang berputik yang menimbulkan bibit-bibit kasih dan sayang.. semakin lama semakin mekar..ohh.. bahagia rasanya.. segalanya di kongsi bersama.. suka ataupun duka.. kata-kata yang terluah sangat mendalam maksudnya sehingga membaitkan kata-kata janji.. hari demi hari semakin indah dengan gelak tawa.. indah dengan suasana yang aman dan damai.. hati aku berbunga ceria.. setiap yang hadir bererti membawa sinar..sinar kegenbiraan yang memancar hingga di dasar hati..

oh betapa indahnya waktu itu.. betapa damainya waktu itu.. selama manakah ia dapat bertahan? detik demi detik masa berputar telah menunjukkan tanda-tanda kebahagiaan itu tak kekal lama.. persengketaan berlaku merobek kegembiraan yang di cipta.. jatuh tersungkur.. dengan sisa kekuatan yang ada dan perasaan yang menggunung itu lah adanya kesetiaan.. aku relakan diri memaafkan segala yang berlaku..



pertama dari ku

wah sangat teruja ni ada blog sendiri.. Ada aku terfikir untuk buat blog ni.. Sebagai titipan kasih tatkala tida sesiapa yang mendengar rintihan hati..
okie.. tutup..
pasal aku, aku suka tak suka makan meggi sebab tak sedap abah aku marah.. aku tak suka shopping sebab penat 'dia' suka shopping aku suka teman.. aku tak suka dengan cicak sebab cicak kuat lari aku tak dapat kejar.. aku tak suka tikus sebab lappy aku tak pernah guna tetikus (ada kena mengenakah?).. aku tak suka berlari sebab aku aku akan pancit 'dia' marah aku patut kurus.. aku sayang 'lapok' sebab die bantai je apa yang aku sumbat (cuking aku lah!!!).. aku tak suka bunga sebab buat aku resdung mak aku marah..
aku suka masak sebab aku pandai masak adik aku puji (betul ke?).. aku suka lappy sebab bila cucuk b.band bak kata tok wan astro 'macam-macam ada'.. aku suka makan nasi sebab nasi buat aku gemuk 'dia' marah aku patut control.. aku suka tidur sebab aku boleh mimpi macam-macam tapi mengigau pula abah aku marah.. aku suka tengok tv sebab drama pasti ditonton tv marah die selalu rosak..
lagi apa aku patut cakap?? rasanya tak ada.. aku nak ucap terima kasih kepada yang sudi mengunjungi blog aku ni (agak pelik ye ayat).. terimalah IRISYATULAISHAHRAHMAN