KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

salam..

hai bertemu lagi.. aku dapat artikel ni dari bapak.. dia bawak balik dari masjid.. so aku rasa aku pun nak share dengan korang.. eh korang dah baca ke?? kalau belum sudilah baca..

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendah ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu dengan kamu selepas tahun ini. oleh itu, dengarlh dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang di amanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. jangalah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba. oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba di batalkan mulai sekarang..


Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk di beri makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan  orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan di larang melakukan zina..

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di buan Ramadhan dan tunaikanlah zakai dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahwa setiap Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain.. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh..


Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku..

Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua-duanya nescaya kami tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnah ku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain.. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.. Saksikanlah ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu..

Khutbah ini di sampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.

JOM MASAK | NASI LEMAK BANDAR

salam...

hai..hai ..hai... dah tengok banner kat atas.. ni mesti Cik Puteri nak bagi resepi istimewa kan.. kan3.. haa exceli dah lama dah aku nak bagi resepi ni.. nama dia macam lain kan.. nasi lemak bandar?? bandar sangat la kan.. nanti kite tengok ye apa la yang bandar sangat resepi pada kali ini..

apa yang ada pada nasi lemak??? ok nasi lemak yang biasa selalunya ada nasi la kan.. pas tu ada sambal, telur mata, kacang dan ikan bilis goreng, serta timun..

bahan nak buat nasi lemak bandar :


beras yang sudah di basuh - mengikut sukatan sendiri
1 kotak susu segar
1 batang serai
1/2 sudu kas-kas
halia mengikut sukatan sendiri

cara-cara menbuat nasi lemak bandar :

1. beras di basuh sebersihnya bagi membuang segala kotoran.
2. beras yang telah di basuh di masukkan ke dalam periuk
3. masukkan susu segar sehingga melebihi 1 inci paras beras.. paham tak?? (ikut sukatan sendiri agar nasi tidak terlalu lembik dan tidak terlalu keras.).
4. masukkan serai, halia dan kas-kas tadi..
5. nak rasa sedap, gaul lah semua bahan tadi menjadi sebati.. boleh la tunggu sehingga masak.. mudah kan..
6. letaklah daun pandan bia wangi..kalau boleh daun pandan biar di ikat..

bahan nak buat sambal ikan bilis :

lada kering, bawang merah, bawang putih di kisar halus
3 sudu asam jawa
2 genggam ikan bilis di goreng
halia mengikut sukatan sendiri
1 sudu minyak masak
1/2 bawang merah di racek
perasa secukup nya

cara-cara nak buat sambal ikan bilis :

1. panas kan kuali, masukkan 1 sudu minyak.. ye kawan2 jangan letak minyak yang banyak ye..
2. masukkan bawang potong dan halia, tumis sehingga naik bau dan kekuningan..
3. masukkan kan bahan yang di kisar, tumis sehingga naik bau..
4. masukkan air asam jawa, tumis sehingga kering..
5. akhir sekali, masukkan ikan bilis yang sudah di goreng dan perasa yang mencukupi.. kalau nak sedap, masukkan kiub pati ikan bilis buat pengganti garam dan perasa lain..

nasi dah ciap, sambal dah siap, goreng le telur.. pandai kan goreng telur.. haha.. ok selamat mencuba ye readers.. ok la tu la nama nya nasi lemak bandar.. tukar santan kepada susu..

akibat tiada timun di ganti dengan kubis..hehe..

selamat mencuba (",)

PERJALANAN 2011

salam..

Hai readers.. jadi kan hari lepas sebagai pengajaran yang bermakna buat diri.. aku nak cerita serba sedikit perjalalan sepanjang tahun 2011.. sebab segalanya dah berubah sekarang..

Januari

Tahun 2011 datang dengan membawa aku ke peringkat yang atas sikit.. Aku dah upper 6, pergi sekolah kena awal sebab ada perhimpunan pengawas tapi nama perhimpunan tu PROGRAM PANTAS. Setiap pagi kena buat Macam-macam benda kena buat.. Entah, aku pun tak ingat.. Tapi satu perkara yang aku ingat, habis perhimpinan, aku masuk kelas.

 Lepas Indah dan Minnin pindah, aku memang duduk sorang sampailah hari tu, tetibaada beg kat sebelah aku.. Dia tu Kak Tasya lah.. Mulai hari tu, dialah yang termanja.. dialah bucuk-bucuk aku kat sekolah...

Dalam bulan tu jugak macam-macam meeting aku kena attend, sebab tahun baru macam-macam kena buat. Bulan tu jugak cikgu dah Start membebel.. yelah, tahun STPM..ngehehe..

Februari

Bulan huru hara sikit.. sebab aku terlibat dalam jualan korporat muda. Hari jumaat aku angkut budak-budak ni pergi beli barang jualan, tapi ada budak kecik terselit sibuk nak ikut aku.. hahahaha..... Hari sabtu jualannya sempena larian perdana mahkota.. nak dapat income kelab mestilah kena buat kerja..

Series, Jualan Kami tak cukup. Baru pukul 11, makanan gerai kami dah habis.. makanan kantin dah licin. Agaknya hari melantak sesekolah kot.. Alhamdulillah, untung amat masyuk time tu..


Mac

Masa ni yang aku ingat test month pertama.. serius soalan dia senang bagai.. nak dapat 4.00 flat pun kacang botak jek.. tapi tu lah, kesilapan yang kecil membuatkan markah yang di tarik banyak. mm memang kena pandai betul-betul.. no alasan..

Bulan 3 ni dah mula latihan rumah sukan. Tapi punya degil berapa kali jek nak datang.. pas tu merayu-rayu nak markah koko tinggi.. haha.. apa pun tak boleh.. ada sebab kenapa aku tak nak datang latihan rumah sukan.. tengok baju sukan la..

April

Seingat aku kan, bulan ni sambutan maulidurrasul.. haa seminggu sebelum tu sibuk kutip derma.. ingat lagi Cikgu Nadiah setiap hari mintak sesiapa nak bagi derma. Yang meriahnya sambutan kali ni kami semua nak pakai baju biru.. haha.. sedongdong..

Majlis mula dengan berarak dan kami berselawat memanjatkan kesyukuran.. seterusnya macam biasa lah kan, dengar ceramah.. rasanya intipati ceramah aku ada muatkan dalam blog.. tapi yang mana ye??? Entah la tak ingat.. hahaha... Ade ke tulis tapi tak ingat.. Apa yang terharu sangat apabila aku dapat anugerah tokoh pelajar. Bersama aku, dua orang kesyayangan Asiyra dan Natasya.. Tahniah!! tahniah!!

Mei

Bulan mei ni macam-macam benda nak buat dan macam2 aktiviti nak sertai.. bulan ni jugak junior lower 6 masuk. satu hal lagi nak pikir sebab nak rekrut pengawas baru dan calon kapten yang baru.

Aktiviti pengawas macam biasa lah setiap tahun.. tapi aktiviti yang julung-julung kali di adakan ni perlu di buat.. yang terpilih tahun 2011 la.. Cikgu pilih ke Perak.. Nak tau apa kami buat boleh la klik kat cini..
Kalau aku kata bulan ni aku exam mid year betul tak ek??? entah lah.. exam mid year la aku rasa..

Jun

Bulan june ni pun still melancong jugak.. Tapi bulan jun naik cuti terus dapat paper.. Alhamdulillah keputusan memberangsangkan.. nampak peningkatan yang membanggakan.. kui kui kui..

Tapi MPPU ada buat program lawatan ke Parlimen.. mestilah nak pergi.. nak tengok sendiri macam mana parlimen bersidang secara empat mata *sebab pakai spek*.. Belajar secara teori tak nampak sangat.. bila tengok betul-betul baru nampak gambaran yang jelas.. Nak tau lebih lanjut klik cini..

July

Bulan ni bulan KOKO.. Sebab apa??? sebab kerajaan dah selaraskan Dasar 1 Murid 1 Sukan.. So kiranya sukan sepanjang tahun.. Form 6 pun ada karnival KOKO sendiri.. dan macam biasalah aku terlibat dalam jualan sempena karnival koko form 6..

Tapi jualan kali ni macam pelik sebab menjalankan paksaan untuk membeli barangan kami.. paksa ke??? haha promote bagai kan.. mana belajar agaknya.. Pastu, last KOKO mestilah JPAM kan.. Macam biasalah kem tahunan dan memang seksa.. Diorang pulun 3 hari 2 malam tanpa tidur.. nak tahu ceritanya boleh la klik cini ok..

Ogos

Bulan ogos ni bulan puasa.. so tak banyak aktiviti yang di buat.. Just siapkan coursework computing dan prepare untuk trial..

Puasa yangt ak banyak dugaan fizikal tapi banyak dugaan mental.. 1 bulan tu kena sumbat dengan ekonomi yang tak habis-habis.. Pernah 1 hari kena buat lebih dari 20 esei.. sampai nak muntah.. tapi kalau tak dapat A, ohhh mak.... sila paksa pihak lelaki datang meminang.. isk isk isk.. pihak lelaki nak tak??? 0_o

September

Raya...yeaaa... raya.... main mercun, main bunga api, main meriam tanah semuanya dengan cousin.. haha.... cakap nak gempak bagai.. padahal diri ini hanya main mercun pop-pop dan bunga api.. haha.. apa pun tak boleh..
Tapi, nampak sangat tak sedar diri tu nak trial ooiii... gilo kau tak study.. haha..study la.. mestinya raya kedua dah balik rumah.. akhirnya trial berjalan dengan lancarnya..
~ eh, bulan ni bezday aku lah~

Oktober

bulan 10 dah mula saat genting nak hadapi STPM.. mula lah cikgu sumbat banyak soalan2 dari negeri lain bagai.. sampai kehabisan stok.. sampai terpaksa mintak dana dari kawan-kawan.. ohh kawan(tasya di sebelah), aku antara rakyat somalia yang kebuluran paper nak tulis.. tolong derma sikit.. hehe..

Bulan yang memang sarat dengan soalan-soalan dari negeri lain.. sampai cari blogger dari negeri lain.. jumpa cik mira liya.. tapi course dia tak sama dengan aku.. yang paling sakit bila gerak gempur di adakan setiap hari.. memang kena tembaklah sebab otak da tepu.. soalan senang pun macam tak boleh jawab.. haha.. tu lah saat streeeeeeeesss melampau-lampau..

November

hari semakin dekat dengan exam.. tapi sebelum tu ada aktiviti terakhir form 6.. iaitu hari graduasi.. orang u cakap convocation..kan3.. biasa boleh baca link aku bagi tu.. hikhikhik..
bila dah nak exam mesti rasa tak tenang.. nak tidur malam mesti tersedar tengah malam.. exam,,exam,,exam.. macam nightmare yang menakotkan.. kang sampai time exam ko jawab lah betul-betul..all out luar dalam..haa???

tapi syukur sangat-sangat.. setipa jadual nak exam tu ade gab yang sangat-sangat jauh.. Bloleh study swelagi boleh..

Disember

masih lagi berexam..tapi habis exam 13hb.. haha13 habis exam, 14 makcik aku panggil interview kerja dengan kawan dia..15 boss aku suruh kerja.. haa tengok la betapa segalanya berlalu begitu pantas.. hehe.. pape pun ni la life aku.. kerja sebagai kerani..

huuhhh...habis cerita pasal 2011.. tak ada gambar.. tapi ada link.. boleh la tengok..untuk tatapan anak cucu nanti.. (",) ehhh tak de pasal cinta pun??? haaa cinta saya haruslah sentiasa indah setiap hari..luv luv luv...