KEM KIEZEN GUNUNG PULAI

salam...

hai semua..aku nak cerita pasal kenagan di kem kiezen..aku cerita secara ringkas la..nk cerita panjang2 kompom tak sudah..malam ni nak tidur awal..esok nak sekolah..

khamis 29 jun
sampai ke kem terus di beri salam perkenalan dengan terjun ke dalam kolam..kau tau dengan pakaian uniform jpam tu kami kena terjun kolam..!!! baik terima kasih..pada masa yang sama hujan mencurah2 membasahkan beg kami..siyes la baju dalam tu semua basah..depa sangat2 mahu tinggal kan kesan yang mendalam dalam jiwa nih..huh!!! aktiviti pertama kami di bahagi kumpulan dan di beri tugas dengan sehelai kain putih untuk buat bendera..kami juga di suruh mencipta lagu sendiri..
nama kumpulan aku karisma..entah kenapa tu yang terkeluar kat kepala diorg ni.. nak tau apa lagu kami??? ha korang nyanyi kan dalam rentak bad romance..
api membawa semangat membara
ilmu di junjung kemana sahaja
kami semua.....1 Malaysia
kami semua.....1 Karisma 
K.A.R.I.S.M.A here wo go!
go go karisma!
we are the winner..
oooo......karisma is the best
oooo..... karisma is the best
begitulah.. sebelah malam kami memang tak tidur..pukul 1 pagi ada nite walk..kami di lepaskan sorang berjalan dalam gelap..ada tali sebagai pandu arah..aku ingat jalan mendatar..sekali berbukit2 nyah..bayangkan la mak daki bukit dengan kasut crok tiruan mak tu..tergolek2 mak..tapi mak tak putus asa..nyawa mak ada pada tali yang mak pegang..kalau terlepas alamat mak jatuh dari bukit tu..dah penat2 aku pun samapi kat tempat mendatar..peh..ni mendera jiwa..tali yang aku pengan tu atas die ade hantu..aku capai tali tu jek terus mengilai "heeeeheeeeeheeeeeee" mak yang penat tadi tergolek2 sebab licin dengan kasut ni pun secara spontan " hoi..orang tengah penat ni kau boleh pulak ketawa2.." tetiba aku pun terdiam..alamak mampus aku kena gula lepas ni..terus aku jalan lagi..betol ke aku mara hantu ni??jiwa kacau..

kira2 pukul 5 baru selesai..ada sesi penderaan mental ngan psikologi dan berakhir rasanya pukul 6 pagi terus di beri masa untuk ciap2 mandi dan solat..6.30 pg dah kena kumpul..bila mak nak tidur???

jumaat 30 jun
pagi tu macam2 aktiviti lah sehingga lepas solat jumaat.. kami daki gunung pulai.. yang ni gugung dia tak berapa penat macam daki gugung dekat mersing dulu..tapi yang ni mencabar sebab tak ada tali nak panjat.. terpaksa cakai pokok..dah tu capai2 pokok pun reput dan tercabut..ahh sudah!!! kalau jatuh mau mati kat situ jugak..sampai akan puncak kami di beri peluang untuk jerit sekuat hati..hah jerit la kau..wat sakit tekak aku jek..dah turun bawa terus kena lalui halangan berair..atas halangan..kalau jatoh, jatuh dalam air..kah2.. memang cannot go la..malam tu kami de beri tidur awal..sampai jek dalam bilik kami tutup lampu nak pasang strategi..ahhh..ni tipu ni..masing2 tak tidur..saje jek nak tipu..tapi dengan kitorang mmg tak boleh tipu la..

selepas 1 jam dalam pukul 2 pagi kot..tetiba bunyi seren petama..kan betol..ni tipu jek..siren kedua..kami masuk bawa katil..siren ketiga siap sedia..siren ke empat terus kami bergegas keluar bilik..mai ai..semua tidor mati..alamat mati la kena ngan jurulatih..geng blilik aku jek yang bangun..jurulatih tengok diorang tak bangun2 terus di bunyi nya alarm dari ambulance pertahanan awam..bunyi mau gegar 1 kampung..pun tak bangun2..ok mereka pun ke bilik budak2 ni kejut..kau..setengah jam nak kejut..akhirnya terus buat aktiviti burung hantu..ni memang cannot go..kena tutup mata..tak nampak punya pasal terus peluk erat2 kawan tu..dah habis aktiviti terus kena guling2 atas pasir..peh macam feroro salut coklet la..pukul 5.30 aktiviti habis terus mandi dan siap2 solat..6.30 harus la ada di padang..tak tidur lagi mak..

sabtu 1 julai
kami bermain dengan halangan lagi samapi pukul 12..yang cannot go tu aku jatuh dalam kolam dan tertelan air kolam tanah tu segelas kot..peh memang ape pn tak boleh la..yang aku suka tu masa lompat atas tayar yang atas air tu..aku rasa macam super girl lak..boleh lepas lak tu..heee...dah habis kami bersiap2 dan ada majlis penutup..kami balik pada pukul 4 petang..dalam bas kompom sume tidor kepenatan..

p/s : kem ni memang memberi kesan yang sangat mendalam..kiezen bererti berubah..semoga segala apa yang aku dapat dalam kem ni membawa satu perubahan besar dalam hidup aku..awak.....saya berubah untuk awak...!!!!

No comments: