LAMA2 BOLEH JADI SICIMPING

salam readers..

nak tau tak.... nak tau tak..... ???? ni da entah minggu keberapa aktiviti tak habis2.. khamis ni pergi kem lagi.. minggu depan ada karnival pra-u.. lama2 boleh jadi sicimping.. ok kau gi tanya budak cina sicimping tu apa.. kah3.. baru2 nih habis banyak aktiviti dari pergi perak ke kuala lumpur..dari kuala lumpur ke kem perkampungan pra-u.. lepas ni ada dua lagi aktiviti menanti..

tolong lepaskan dekat student pra-u bawah boleh??? penat tak larat.. dah tu asyik gaduh jek dengan insan satu ni.. tolong la cepat habiskan semua ni..saya nak rehat..saya nak fokus pada study.. saya tak puas hati pada exam lepas.. tak mencapai pun apa yang di harapkan..tolong tolong tolong..

tapi ni la dugaan.. untuk mencapai satu kejayaan..kita kena hadapi 10 rintangan..jap eh aku kira dah cukup 10 ke balum..ok ini terlalu pembaris..sila bagi pelempang kat pipi suci gebu nih..hee...ok la yang penting usha untuk capai kejayaan...bye



AisHaH@Eca/photo..editor

Day 3 : 10 PASAL AKU BENCI

salam..

hao semua..kembali dalam ruangan cabaran hari2 anda..kah3.. sejak balik dari RTM terus kot becakap macam pembaca berita bersayap kiri..ok tak paham sila diam.. hari2 sy lagi comel nak cerita tentang perkara yang aku benci..jie...i benci.. i benci...!!!!

1. aku benci dan ayam hidup..sebab ayam goreng aku makan.. dulu masa aku 5 tahun kot, aku suka main depan uma.. maklumlah uma kampung.. 1 ari aku pegi ambil anak anak dan campak tinggi2.. kah3 ni jahat jie.. ibu ayam mane tak puas ati ngan aku..kompom2 la dia shoot aku..kau jie kena patuk beribu oren kat badan..ape cer???? sampai sekarang fobia dengan ayam..bila makan ayam aku gigit2 la ayam tu sampai ke tulang..ehh geram sampai sekarang??
2. aku fobia ngan anjing.. ape pengalaman kau dengan anjing jie?? ce cite kat mak cini meh... kah2.. aku pernah accident sebab kena kejar anjing.. da la accident, kena gigt pulak tu..tak ke haru?? ciap kena samak badan aku ni.. sape tak fobia??? baru2 ni kena kejar ngan anjing lagi.. yang tak puas ati nya aku ni apesal weh ko kejar aku sorang jek??? kawan2 aku ko tak nak kejar.. ko just tengok jek..muke aku spesis manusia yang akan tangkap ko kasuk dalam dog sekuriti ke weh??? sakit ati betul..
3. aku anti lelaki curang.. mai cini aku pacung kepala kau pakai katana yang aku baru beli..ok itu tipu.. aku bukan jenis boleh terima spesis saleh yaakob.. benda yang sangat menyakitkan hati bila boyfren curang.. tapi alhamdulillah, aku tak pernah berada dalam situasi ini.. ada perempuan yang boleh terima lelaki memiliki cinta lain.. tapi tak bagi aku.. hidup berkongsi budak pilihan.. ok setia setia setia..
4. kata kan tak pada perokok.. ok ni satu hal yang memang macam mintak aku tembak kau 45 darjah jarak dekat 30 cm dari aras laut.. kau pehal ha merokok.. kau tau tak setiap kali kau merokok time tu rokok tu da panggil2 kau masuk lubang jumpa mungkar nangkir.. kalau kau tak pikir diri kau, kau patut pikir orang kat sekeliling kau..mereka pun dapat hasil yang sama bila kau lepas kan asap rokok yang mengandungi tar, nikotin tu..cissss!!!
5. aku tak suka bila mana aku moody.. siyes weh tak ada mud.. rasa macam nak bagi orang penyepak jek.. lagi yang dok main2 bila orang series.. saje jek mintak balingan kerusi maut dari aku.. kenapa moody ek?? secara psikologi nye, seseorang u dalam keadaan tak selesa dan sesuatu yang berat dengan bermain di minda.. secara biologi ofcoz la ade kene mengene ngan hormon..ok tak moh da cakap banyak2..
6. aku sangan benci pada penyampuk tak kena masa.. kau tau tak semua orang tengah series.. boleh tak tunggu orang cakap habis dulu baru kau cakap.. jangan kerja nak menyampuk dam macam burung jampuk aku tengok siyes la aku macam nak bagi kau makan kasut 4 inci tu.. 
7. aku paling hangin dengan student yang perli cikgu berlebihan.. tau tak diorang tu cikgu kau.. agak lah weh kalau nak bergurau.. antara cikgu dan pelajar ada batasannya.. sometime diorang can be ur fren.. but diorang still cikgu kau la yang kau perlu hormat.. dah macam jatuh kan air muka sendiri.. peringatan untuk diri aku jugak..
8. aku tak suka bila sakit.. sebab bila sakit jek aku kena paksa jangan pergi sekolah.. aku dah la ketegori student moderate.. dah tu tak pergi sekolah.. kalau sesapae nak aja tak pe.. ni terbiarlah aku terkontang kanting keseorangan nak belajar terkial2.. sebaik i pick up jie..kah3..
9. aku benci pada orang yang cakap besar.. adakah aku tergolong?? sila bagitau awal2.. mudah perbaiki diri.. bila cakap besar segalanya tak jadi.. memalukan diri sendiri..
10. Aku tak suka mat sopan sotong.. be a gental la..wat pe kau nak jadi nyah sepenuh masa.. macam nak piat telinga kau heret macam suster ngesot pergi belajar agama balik.. 
ok tu la serba sedikit perkara yang aku tak suka..tapi suma orang buat..adakah banyak kali tu aku belasah orang..adekah??? jawapannya tidak.. sayagadisbaikmuslimahsejati!!!

AisHaH@Eca/photo..editor

CERITA DI KUALA BERLUMPUR

salam..

hai ape khabar..cepat cakap kabar baik..sekarang!!!!!!!  ko kenapa jie tetibe jek.. masuk air ke jie?? ok da lama tak mencoret sesuatu kat blog pink ni kan.. mesti pembaca tegar sentiasa ternanti2, tertunggu2, tercari2 entry2 baru dari aku..ce wah ayam cam mentak kena baling dengan batu.. ok la..harini nak cerita pasal trip sambil belajar kat KL.. sape tau kat KL ade ape?? ok sape yang tak tau tu sila terju bangunan dari aras ground..

mari dengar cerita ku..dari hari pertama hingga hari ke 3..actually cecah jugak sampai 4 hari..selasa malam 14 jun pukul 1 pagi dah mula gerak ke KL..naik bas..duduk sebalah kakak busuk..sampai ke KL dalam pukul 8 kot..

15 jun 2011
tempat pertama kami pergi adalah Universiti Malaya.. kami ke Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran.. di sebabkan naib dekan tak ade, so pembantu dia yang bagi taklimat..Pn.Zura.. comel weh..cam Jue Aziz.. kemudian kami ke Kementrian Belia dan Sukan.. kami di beri taklimat mengenai pentadbiran dan aktiviti yang di anjurkan dalam kementrian ni..ok lepas tu kami ke Istana Kehakimah di mana terletaknya mahkamah di dalam nya.. di sana kami ke dewan persidangan, perpustakaan kehakiman, muzium kehakiaman dan mahkamah rayuan..dalam mahkamah rayuan kami dapat merasaai bagaimana sesuatu kes di bicarakan.. aku duduk di kerusi pihak pendakwa raya..teringat cerita mandatori.. lepas tu baru kami check in kat UM.. menginap di hostel luar UM..satu2nya hostel yang berada di luar UM..
di UM.. 

ehem..hello2..roger2..di kementrian 

di mahkamah..

aku cuba mengshort kan cerita..malam tu kami gi makan malam..lepas makan malam tu cigu bawak kami ke petaling street..gila ke ape?? mahu migrain aku gi situ..memang tak ah aku nk membeli belah..dok tunggu bas bila nak sampai..sampai jek bas terus masuk dan tidur..ok gudnite..

16 Jun 2011
tempat pertama pagi tu kami ke parlimen..ok kat parlimen di nak cita banyak kurang..kami dapat tengok ahli dewan rakyat bersidang.. dalam tu memang kecoh betul..yang tak puas ati.. yang maki hamun nya..macam bukan wakil rakyat la..dalam kata lain, tk matang sungguh..memang lawak2..ahli pembangkang keje nak bangkang jek..ape pun tu la situasi sebenar..pk lepas tu kami ke Kementrian Pelancongan Malaysia.. kami di beri taklimat la macam biasa.. lepas tu kami di sajikan dengan persebahan kebudayaan..aku nak uplod video tapi kompom la lambat..31 minit weh..dalam ramai2 penari tu aku dapat tahu salah satunya adalan penari mari menari..patut pun perfect..lepas tu kami ke KLCC Skybridge..mesti la jakun sebab bekan senang nak dapat naik ke sana..hehe..ok last pada hari dapat pergi Berjaya Time Square untuk sesi bebas..roger sorang kakak ni..tapi dia dah ada kat uma..baru ingat nak jumpa..belum ada rezki..tak ape lah..
di parlimen 

pintu masuk skybridge.. 

post comel dari ku..kah3..

17 Jun 2011
kami bersiap2 nak blik..sebelum tu kami ke RTM dulu..kat rtm tu kami belajr banyak benda..macam mana orang kena tipu..kah2..means macam mana sesi penyiaran berlaku..kami jumpa artis yang kebanyakkannya aku tak kenal..alu kenal anne ngasri jek..kah3..ape pon tak bleh..ok destinasi terakhir kami adalah ke Perpustakaan Tun Sri Lanang di UKM.. dalam perjalanan pulang kami mencari konklusi daripada perjalanan kami..cikgu pun turun menceritakan bagaimana mereka bolhe ke peringkat menara gading..
cigu zaleh dah sampai master..
cigu rozila dalam perancangan nak buat phD..
cigu Azlen akan grad master..
cigu saravanathan dalam perancangan nk buat master..see..mereka tak henti sampai degree semata2..

nak cerita apa lagi???heee..nantikan cerita lain ok..bye..




AisHaH@Eca/photo..editor

SAPE KATE AKU HEPI TAKDE MASALAH?????

salam readers..

sape kate aku tak ada masalah?? aku hepi jek.. aku boleh ketawe.. aku boleh melawak.. aku boleh je menyakat..sape kate aku ni periang sepenuh masa..ketawa suka? tak de masalah? aku cuma manusia biasa.. aku bukan perdana menteri.. bukan jugak profesinal karier..

kat sekolah aku belajar.. bila aku pikir pasal masalah sampai tak sudah sama jek.. sampai bila2 masalah tak habis.. di tambah dengan masalah yang satu tu.. ingat aku ni tak de pementual cycle ke??? aku pempuan la weh.. serasi dengan perkataan nangis..

tapi tu tak bermakna aku perlu tunjuk kat seluruh cakrawala yang aku berduka sedih.. kalau aku sedih memanjang apa aku dapat?? dalam hidup ni perlu ada motivasi dari..ceh cakap macam ciri2 ahli psikologi berjaya.. macam aku cakap tadi la kan..luaran korang nampak aku lain.. tapi luaran tak sama macam dalam.. sape tau hati aku??? boleh menilai dalaman dari luaran..

yela luaran aku jahat.. sangat jahat.. kutuk orang.. sepak trajang orang.. tumpahkan air kat laptop orang, mengata orang, cakap lepas..ketawa gegar bumi.. sangat kejam.. tapi luaran ni mencerminkan dalaman? mencerminkan peribadi?? betullah pepatah somebody like tu jugde book by its cover.. orang memang nampak kat luar..orang susah nak nilai kat dalam.. seribu tahun hidup bersama pun belum tentu kita tahu hati budi dia..yup la aku mengaku aku jahat..

tapi sejahat kejam aku tercipta naluri seorang perempuan yang senang terguris, terhiris dan tergigit.. kau nak gigit ape jie??u jangan wat i cam ni jie..takot i..kah3..ok back to the topic..aku akan cuba sedaya upaya apabila di sekolah aku takkan campurkan masalah dengan belajar.. aku kan wanita taff...

bila ada dalam bilik, tu waktu paling aku suka.apa aku buat orang tak tahu apa aku buat..boleh nangis puas2..boleh gembira sorang..abis sapa nak kongsi cerita dengab aku???malam ni nak nangis puas2(perlu ke bgtau semua orang aku nak nangis ni jie??) sebab kesedihan melampau..harap encik selasa esok memberi sinar yg lebih baik..


saat muda kurus kudut lagi slim..now????



AisHaH@Eca/photo..editor

DAY 2 : 10 PERKARA AKU SAYANG

salam readers...

semalam sedih.. sekarang pun masih sedih lagik.. tapi doa la banyak2 supaya terbuka hatinya untuk meneruskan penulisan kreatifnya..

ok 10 perkara yang aku sayang..

1. Setiap manusia wajib sayang tuhan..Allah.. kerana dia yang mencupta kita..dia juga yang akan kembalikan kita.. tanpa dia, kita tidak mampu untuk hidup.. kita tak mampu untuk menghadapi segala dugaan walaupun cuma sekecil zarah masalah..Dialah segala-galanya..
2. Sayang ibu bapa sampai ke syurga.. mereka yang telah memberikan kita kehidupansebagai seorang anak.. memberi kita pelajaran tapi tak pandai-pandai.. memberi setiap apa yang kita mahukan, tapi apa balasan yang mereka dapat..ok tak nak cakap banyak2..nanti leleh kat cini tak boleh nak cerita lagi..
3. Sayang pakwe.. eh apesal jiwang sangat ni??? ala tipu la kau kalau tak sayang pakwe.. kan3.. dia penyayang.. dia selalu ambil berat.. dia tegas.. dia romantik.. dia garang.. dia manja.. sentiasa bersama..setia keakhirnya..haisshh.. tak nak la cakap lebih2.. rindu la pulak..
4. Satu benda yang aku sayang iaitu semua hasil pemberian dia.. tak terucap pada kata2.. tak terkira pada setiap nombor.. terlalu berharga.. izinkan ku bersamanya hingga akhir hayat ini..
5. Kawan, mereka yang bersama ketika di sekolah.. membantu dalam pelajaran.. saling berinteraksi.. bertukar pendapat.. dan suka mengutuk..aku sumpah kau jadi BMW nk???
6. Aku sayang pada hati.. sebab hati lah adanya kasih sayang.. sebab hatilah adanya dendam benci.. sebab hati la ada syurga neraka.. sebab hati lah itu yang terjadi sekarang..betapa pentingnya hati dan perasaan..haisshh!! T__T
7. Minda menggerakkan manusia untuk berada di mahmudah atau mazmumah.. tapi tu la.. diri ni masih lagi nak buat benda tak baik.. minda yang di sayangi.. tolong mainkan peranan anda..sekian.
8. Sayang pada ilmu.. kalau nak jadi orang yang berjaya dalam pelajaran kena lah sayang pada ilmu.. eh, ilmu rumah tangga boleh sayang tak?? haippp!!!! apehal kau tanye soklan tu? next question plzzz!!
9. Aku sayang pada warna2 kehidupan.. awat nyah lain macam jek ayat??? maksudnya, setiap yang berlaku yang memberi manfaat dan kebaikkan yang meningkatkan pahala aku sayang.. supaya aku akan cuba meningkatkan lagi mutu ibadah yang suci..
10. Saya sayang cinta.. erk?? apekah??? mu jiwang lagi ye??? haishhh....
ok tu la antara perkara yang aku sayang dalam berdepan dengan hidup duniawi ni.. walaupun banyak duagaan dan cabaran, yang paling penting kita patut sayang diri kita.. kerana diri kita yang akan membawa kita ke sempadan benar atau salah..daahttp://www.emocutez.com

AisHaH@Eca/photo..editor

DAY 1 : 10 SUBJECT TENTANG AKU

salam readers..

datang2 jek  terus sebut pasal ni kan..cam pelik jek..haha..tak payah la nak intro2.. ni mak join menatang yang si busuk syorkan.. ahah!!! something mak suke.. ramai ni readers yang tak tau pasal mak..heee...

10 benda tentang aku :

1. Nama aku AISHAH binti AB RAHMAN.. sejarah tentang nama aku ni sungguh sadis.. ni makcik aku cerita.. tahun 1992, penyanyi Aishah tengah meletop..masa tu dok gado2 ngan Zaiton Samion siapa lagi popular.. lahir lah aku yang zuhud ni..inesen weh inesen.. letak la nama Aishah ni sempena nama Aisya humairah hai isteri nabi Saw.. baru la ada semangat nak jadi muslimah sejati.. sobsss....ToT
2. Aku ni penggemar makanan berunsur pedas.. berjuta2 hari lemon pun aku sanggup makan sambal jek.. hui tak pedas perut ko nyah?? nanti sampai masa sakit perut tu kang jangan ngadu kat mak eh..
3. Aku tak boleh kawad la weh.. jangan paksa aku masuk..!!! ngahaha.. ni cannot go la.. dalu mak ni penari tarian dan kebudayaan.. tup2 lemon kena masuk kawad.. sebaik takda paksaan.. tak mampu mak.. now a day kena jadi atlet rumah sukan??? what the oren?? masuk air aku nanti sape weh sape nak bertanggungjawab..???
4. Aku pencinta putih sejati ye tuan puan..sila perhatikan jam saya..putih..sila perhatikan beg saya..putih..sila perhatikan phone saya..putih..else plzzz!! lihat la pencil case saya.. putih ok..
5. Aku memang anak jati Johor.. aku lahir kat Batu Pahat.. Membesar kat JB tapi kawasan kampung.. kampung girl.. tapi sekarang kat bandar..still jiwa dan suasana kampung.. sesegar a + b = aman dan bahagia.. kah3.. padahal nangis2 nak duduk uma lama balik..waaaa...sobsss... 
6. Aku pencinta berok........band.. waaa.. sekarang cannot life la without internet.. semua benda mesti perlukan internet.. nak buat homework perlukan internet..nak tengok pakwe pun guna internet..kan3...
7. Aku fanatik pada kartun detective conan.. kenapa ek??? sebab cerita pasal jenayah..bunuh mati bunuh mati..i like mati2..misi penyiasat yang sangat hebat.. teringin nak jadi bijak macam conan..heee...angan la kau nyah..pastikan setiap sabtu dan ahad aku akan tercongok depan tv dok tengok natang nih..
8. Nak tau tarih lahir aku??? tak payah la.. bukan korang nak buat grand party pun kn..haa meh aku bagi tau pasal aku lahir.. aku lahir dalam keadaan operation.. keluarnya aku dari perut mak dah tercatat aku seorang yang kidal..orang kata budak kidal ni comel..tulisan dia cantik..ok masuk dalam mesin basuh then basuh sendiri..
9. Ada kakak gojes ni cakap aku ni gila2..haha.. aku ni boleh la layan kepala kalau bab2 sakat orang kan.. masuk air kadang2.. so jangan sakit ati ngan aku..percuma anggur jek sebab aku tak pujuk dah..bia jek..ngahaha..*ketawa paling kejam*
10. Aku romantik???waaaa.... i like...haisshh malu la nak cakap bab yang ni..
ok tu la cerita pasal aku..ada pening tak? baik kau cuci muka pastu tidur..daa..http://www.emocutez.com

AisHaH@Eca/photo..editor

EXPLORE THE JOURNEY

salam readers..

hai...lama nya menyepi tanpa sabarang khabar berita.. ok sebelum ni aku merantau ke batu layar..tapi aku tak cerita pasal tu.. sebab macam2 kejadian aneh disana dan nasib MALANG meminpa aku sepanjang berada di sana.. memang pada awal nya tak nak pergi..tapi apa boleh buat..

ok baru2 ni aku pergi lawatan ke Perak under pengawas.. nama lawatan ni Explore The Journey.. memang explore abis weh sampai aku demam2 nih..ehem!!! baru baik demam ni..kebah2 lagi badannya..
ok mai tengok cacatan lawatan besama gamba2 terpilih dari nset aku..

29 mei 2011
pukul 9 malam bertolak ke sekolah.. berkumpul disana sementara tunggu bas sampai dalam pukul 9.30 malam gitu la.. bas seterusnya bawa kami ke JB Central, dimana stesen KTM *kerata api tanah melayu la weh* berada.. tepat pukul 11.45 kami bertolak menaiki kerata api..
beg kanak2 nak travel..

30 mei 2011
sampai ke KL Central pukul 6.00 pagi.. masa tu siap2 untuk solat dan sarapan.. kira2 pukul 8.00 pagi baru bertolak terus ke perak.. ketapi berhenti pada pukul 12.00 tghari di stesen Batu Gajah..dah sampai..dah sampai..!!!!

tempat pertama kami pergi KELLIE's CASTLE
sebuah tempat bejarah malam di Perak ni..setiap pelosok istana ni boleh dilawati..dari bawah tanah sampailah ke puncak paling tinggi di istana ni..
pintu masuk istana..banyak pintu masuk sebnanya..

antara puncak di istana ni..

dari bawah..ada lagi tingkat lebih atas..

loroong berhantu..

tempat seterusnya gua tempurung..
dalam gua tempurung ni terdapat macam2 benda yang tak expect ada kat dalam tu.. terdapat bentuk2 haiwan yang terbentuk secara semula jadi hasih dari pembentukan staliktik..kami kena daki lebih 1000 anak tangga dalam gua tu...penat kau tau tak..turun berat badan mak..

keadaan di dalam gua tempurung..

kesian.....

seteusnya kami ke kampung sayong dimana tempat membuat labu sayong di jalankan.. waahh....terceruk dalam kampung beb..lama gila nak sampai.. di situ kami dapat belajar cara buat cik labu tu..ada demo sekali.. dan yang paling seronok dapat cantik kan cik labu..*eh ni da ciap punye la..xde masa la kau nak buat dari awal..tinggal nak cantikkan jek..*
tu la cik labu yang kami kena cantikkan..

sila pastikan wajah2 suci masing2..

 ni la cik labu yang da di cntikkan..
santek tak???

setakat tu jek tempat yang kami pergi..selebihnya kami pergi masjid ubudiah tunaikan yang wajib..dan terus ke tempat penginapan hotel bertaraf 2 bintang..kah3...kami menginap di asrama SMK DR BURHANIDIN.. patut la dapat banyak sponsor...nama pengetua dah...


malam tu kami round2 kat pekan taiping yang ada tesco dan taiping sentral.. beli stok makanan untuk esok hari..

31 mei 2011
seawal 6.30 pagi dah tercongok kat luar dorm..tapi cikgu dan budak lelaki tak bangun lagi.. peh.. amat panas dan hot.. pukul 7 kot diorg baru bangun.. macam nak bagi jeritan loceng paling hiba ni.. pagi yang mendamaikan *mata ke atas, tangan ke bahu* kena buat senaman pagi.. waa.. sakit badan weh..
3 cikgu comel yang sporting..

tempat pertama pagi ni kami ke tapak kubur apa ek nama die??? lupa lah.. heee....

 ni kubur army kristian..

ni tugu kot..tembok nama tempat ni..

tempat seterusnya kami ke zoo taiping.. ni tempat cannot go la kawan.. kami ada explorace kat citu.. dia bagi klu guna kompas dan dapat kan klu lagi.. peh.. tak dapat nak nikmati haiwan2 comel.. dapat penat.. dapat no last lak tu..kah3.. cannot go la.. gamba??? ape??? gamba??? memang tak ada.. sebab tak ada la..

dah penat2 tu kami terus ke bukit merah..di situ kami ke pulau orangutan, water park dan ecopark..weh.. penat la nak taip..dari pagi samapi sekarang tak ciap2..kah2.. k la.. korang tengok gambar jek k..

 ni max..eh mike kot..haha..sejak bile ko ilang ingatan ni nyah..

 baby orangutan..haha so cute..pakai cawat lagi..

 ni kat ecopark..just amek gamba jek..

 ni dah lepas main air..nak balik dah..

 dalam dewan makan besama bedak kecik..

 ni hilman si budak lincah..
adik cikgu emyrah..

ni nak balik JB..di stesen KTM perak..bye Perak...

jika hari ini berlaku tanpa sesuatu yang indah, muhasabah diri..jika itu lah yang terbaik untuk diri..

p/s : aku nak tukar header lagi..lebih kreatif..

AisHaH@Eca/photo..editor