NEVER GETTING OLD, BUT GETTING MATURE

Assalamualaikum,

everyone have their own life now, but the terms of friend never care who are they before.








Aku...aku.

Ya Allah,
Aku nampak kau la..
Aku nampak kau..
Sungguh aku rindu kau..
Rindu sangat-sangat..
Tapi ni je aku mampu luah...
Aku nampak kau...
Aku rindu kau..
Aku....aku....
Aku tak boleh lupa..
Aku ingat kau..aku rindu kau...
Aku.....

BILA PEREMPUAN PUN TAK PAHAM DENGAN DIRI DIA

Assalamualaikum..

Malam ni boleh pulak aku scroll blog seseorang.. aduhai.. cari nahas sungguh la..

Kalau nak cerita tentang hati, hati tu sendiri terlalu panjang untuk dihurai.. kalau kita bercerita soal perasaan.. perasaan tu pun terlalu eksklusif untuk dihurai.. haihhh...

Sedar tak sedar, dah 4 bulan bertunang.. pertunangan yang tak dijangka.. entah kenapa aku boleh terima.. betul lah, jodoh tu pun antara rahsia Allah.. kita rancang dengan orang lain, jadi dengan orang lain.. rahsia yang sangat eksklusif..

Akhir-akhir ni aku jadi tak paham dengan diri sendiri.. salah satunya dalam hal nak berkahwin.. serius, lepas apa yang berlaku, aku memang tak terfikir dah pasal ni.. dan tak nak fikir.. jalani hidup sebagai pengembara di bumi penang, semua tempat aku nak pergi sampai tak sempat nak pergi semua.. dari situ, dah jadi satu keseronokan aku hidup single, sendiri.. yaa bahagia sangat.. tak perlu fikir orang lain, nak jaga hati, nak susah hati, nak bahagiakan hati, nak sakit hati.. yup, sangat bahagia..

sehingga menjadi keselesaan hidup single tanpa seorang lelaki untuk berkasih.. satu masa yang agak panjang, di campur dengan student life yang majoriti banyak habiskan masa dengan kawan berbanding dengan buku.. haha.. nama pun student business.. dan, masa aku enjoy dengan student life aku yang berubah 360° dari life aku sebelum jejakkan kaki dibumi penang..

Dan bila aku habis belajar, merdeka la katanya.. seronok tu dalam 30% je... sebab 70% tu aku dah start bimbang pasal nak cari kerja, nak support abah, nak back up adik.. dan nak capai impian nak travel seorang diri keliling satu Malaysia.. kira kawin tu langsung tak masuk dalam list.. memang tak ingat pun kawin tu salah satu life dalam life.. kau paham???

Masa aku tengah terumbang ambing dilema pilihan kerja, muncul satu makhluk Allah, seorang lelaki.. datang untuk mengisi kekosongan dalam jiwa.. dalam masa dua bulan aku tak stabil dengan diri aku nak adapt dengan alam pekerja, kat tengah-tengah tu muncul dia..

Dalam masa tak sampai sebulan kenal aku dah bertunang dengan dia.. aku memang tak berapa nak pasti kenapa boleh terima, atau mungkin masa tu aku fikir, "kalau tolak takut tak da orang datang minang lagi dah" sebab tau perangai diri sendiri yang Allah dah tutup aib supaya orang lain tak nampak...

Bertunang dengan orang yang kita tak cinta dan orang yang kita tak bercinta tu bukan mudah.. susahnya aku nak develop perasaan kat dia.. semua novel yang kau orang baca yang indah-indah tu memang tipu di alam realiti.. langsung tak sama.. bayangkan dalam masa aku yang terumbang ambing ni, nak sesuaikan diri nak terima seseorang yang baru dalam hidup kau yang serba kekurangan, macam mana kau nak handle?

Aku jenis yang malas nak ambil kisah bab-bab yang susah, akhirnya aku pilih untuk biala apa nak jadi, jadilah.. tapi yang ni pun menjerat diri aku jugak... rasa annoying sangat-sangat.. rasa menyampah.. rasa nak kembali hidup single yang kita boleh buat apa yang kita nak sesuka hati kita, tak perlu fikir orang lain..

Susah... susah sangat..

Aku nak ikhlaskan diri aku.. aku try hard untuk terima semua ni.. macam-macam dah aku buat.. aku cuma nak happy dengan life aku..

aku tak happy ke?

Aku happy....... tapi...

Tapi sememangnya perempun ni tak paham dengan diri dia sendiri...that's it..

2015 MACAM-MACAM BERLAKU

Assalamualaikum,

Hari ni 1 Jan 2016.. Dah masuk tahun baru. 2015 terlalu mencabar bagi diri aku.. Sampai rasa nak berhenti dari buat semua perkara. 


Januari

Final exam semester 5. Memang kena all out untuk jawab semua paper sem ni. Sebab semester 6 nak pergi praktikal. Taknak la sangkut mana-mana paper yang akan menyusahkan urusan aku untuk praktikal nanti. Dan berakhirnya kehidupan bersama housemate kesayangan.



Februari - Jun

Alhamdulillah. Dah selesai final exam. Bulan Feb ni aku mula praktikal. Praktikal kat Penang. Ramai family tanya kenapa nak praktikal kat Penang. Kat Johor kan senang. Lepas praktikal serap masuk terus kerja. Tapi hati ni masih lagi kat Penang. Masih nak duduk kat Penang. so, thats why aku pilih Penang sebagai tempat praktikal. Senang urusan kajian thesis aku kat sana. Kalau praktikal kat Johor kena selalu ulang alik Johor-Penang boleh penat aku.

Alhamdulillah, di tempatkan di company yang sangat humble, seronok sangat.. Relationship antara boss dan pekerja yang baik. Relationship antara company dengan pekerja pun baik.. Macam-macam aku belajar kat sana. Aku memang jatuh hati dengan working environment kat sana. 

Dalam masa tugas sebagai trainee, aku perlu siap kan thesis. Thesis pun benda yang mencabar. Banyak kali kena reject. Dan buat jugak. Alhamdulillah.. selesai thesis dan viva. Bukan perkara mudah. Tapi bila dapat buat, wow!!! baru rasa mudahnya buat thesis ni..

Sebenarnya aku tamat praktikal bulan 5. Tapi disebabkan boss aku sayang aku sangat-sangat.. Dia minta aku sambung kerja kat situ. Tapi aku cuma sambung sebagai part time ja sementara boss aku cari pengganti aku. Sebuan ja aku aku kat situ. Seriously aku sayang sangat kat company tu.. sayang kat team, sayang kat boss.. sayang nak tinggalkan. Tapi apakan daya, jiwa aku sangat meronta-ront nak balik. Berapa malam aku nangis-nangis kat abah nak balik.. hahahaha....



Julai

Awal July aku dah totally habis belajar.dan balik Johor. Fuhhh... lega sangat dapat balik Johor. Rindu kawan-kawan kat Penang. Tapi jiwa aku memang dah kat Johor. Masa ni puasa. Lepas tu raya. Dalam masa sebulan ni aku memang jammed. Aku tak mampu nak buat apa-apa.. tak kerja, tak buat apa-apa.. masa tu aku fikir, tak apa rehat dulu. Bila dah ok baru cari kerja. Tapi aku dah apply kerja awal dah. Cuma belum dapat interview mana-mana lagi.




Ogos

Bulan ni aku terima bebrapa interviiew. Aku grab yang mana area Pasir Gudang. Dalam banyak-banyak aku tak tau kenapa aku nak kerja kat Shang Wei, kilang polestrine. Working environment kat situ sangat best. kerja tak stress, kerja dah ada.. Tinggal buat aja. Tak stress sangat. head of department pun sempoi.. banyak ajar.. Pekerja yang lain pun sempoi.. ok la.. best..



September

Ni bulan huru-hara bagi aku. ok ada seorang mamat ni mintak no phone dan akhirnya dalam bulan yang sama aku boleh tunang dengan dia. Macam lawak, tapi tu la yang berlaku. Dalam bulan ni jugak aku dapat invitation interview untuk jawatan yang aku nak sangat-sangat.. menang aku nak.. betapa aku nak berusaha untuk dapatkan jawatan tu. yup, akhirnya aku pass interview.. pass group interview.. ada 9 org interviewee.. dan yang dapat 2 org.. aku sangat bersyukur. Dan aku lepaskan Shang Wei berpindah ke tempat tu. Sebelum aku masuk company tu, aku bertunang. nanti aku cerita nest post kisah tunang mengejut aku ni.. hahaha.. dan aku masuk company tu right same time birthday aku.

Oktober - Disember

Dalam masa aku berusaha untuk adapt diri sebagai executive dalam department tu, terlalu banyak duagaan yang aku lalui. Bila orang atas pertikaikan jawatan aku. Bila orang atas push aku untuk cepat hadam semua perkara dalam masa yang singkat. push dan push.. sampai 1 masa, aku jadi blank, aku start lupa pada benda yang baru. pagi aku belajar, tengahari dah lupa. apa yang berlaku minggu ni, minggu depan aku dah tak ingat. Aku start tak ingat orang.

Alhamdulilah aku di kurniakan tunang yang sangat caring. dia sanggup bawa aku ke hospital, check up apa yang beraku kat diri aku. Dalam masa sebulan ulang alik hospital, lepas MRI doktor sahkan aku sihat alhamdulillah. Tapi simptom-simptom tu mungkin sebab aku stress.. stress kat tempat kerja. Kalau simptom-simptom tu boleh hilang bila aku tukar tempat kerja, ok itu yang terbaik.

Memang aku stress teruk kat situ, tapi aku tetap bertahan. Tapi hari demi hari ada je masalah berlaku. sampai 1 masa, aku dah hilang confident untuk process document. Aku dah tak mampu nak buat. Rasa takut menguasai perasaan aku. Aku tak dapat ganti perasaan takut tu dengan yakin.. memang tak dapat nak buat.

Bukan senang aku nak buat keputusan. Susahnya aku nak masuk situ. Susahnya aku nak tempuh interview. Dalam masa 3 bulan aku kerja situ, terlalu berat untuk aku tanggung. Terlalu berat aku nak hadap. Lepas bincang dengan family, akhirnya aku resign. Sedih, tapi itu lah yang terbaik.. mungkin aku terlalu gelojoh untuk dapatkan jawatan tu.. mungkin aku terlalu terburu-buru yang sebenarnya aku masih belum bersedia untuk melangkah kealam the real job. Sokey, pengalaman yang aku dapat tu aku akan gunakan kat tempat kerja bru nanti. insyaAllah aku lebih kuat lepas ni. Dont give up Aishah.

If you're not happy,  
leave your boyfriend,
quit your job,
move from your place,
go,
get your happiness,
choose which part of your life 
you must leave.
then,
you leave it.
As long as you happy. 

SAKURA

The leaves will flutter to the ground
It reminds me of the days when you
Were here to hold my hand
And the promises we've made along
Still keeps me hanging on
Hold me now just like other lovers

Every now and then I remember when
We would ride this train together
And thought these precious moments
Would last forever
Every now and then I look back again
Every time I close my eyes and
The memories are with me
But you're not here with me

I know that is time for me to set free
But there is still an emptiness inside me
My life without you baby it's just hard for me to imagine
Everytime I look outside the window
I see those cherry blossoms
Although you're far away
I can hear you
I can feel you next to me

Getting over you is what I've tried to do
Can't get you out of my mind
Why can't we be together
Now the way we used to be
Talkin' to my heart trynna explain
Our love has faded away
Just like the seasons go by
And now it's here again