BILA PEREMPUAN PUN TAK PAHAM DENGAN DIRI DIA

Assalamualaikum..

Malam ni boleh pulak aku scroll blog seseorang.. aduhai.. cari nahas sungguh la..

Kalau nak cerita tentang hati, hati tu sendiri terlalu panjang untuk dihurai.. kalau kita bercerita soal perasaan.. perasaan tu pun terlalu eksklusif untuk dihurai.. haihhh...

Sedar tak sedar, dah 4 bulan bertunang.. pertunangan yang tak dijangka.. entah kenapa aku boleh terima.. betul lah, jodoh tu pun antara rahsia Allah.. kita rancang dengan orang lain, jadi dengan orang lain.. rahsia yang sangat eksklusif..

Akhir-akhir ni aku jadi tak paham dengan diri sendiri.. salah satunya dalam hal nak berkahwin.. serius, lepas apa yang berlaku, aku memang tak terfikir dah pasal ni.. dan tak nak fikir.. jalani hidup sebagai pengembara di bumi penang, semua tempat aku nak pergi sampai tak sempat nak pergi semua.. dari situ, dah jadi satu keseronokan aku hidup single, sendiri.. yaa bahagia sangat.. tak perlu fikir orang lain, nak jaga hati, nak susah hati, nak bahagiakan hati, nak sakit hati.. yup, sangat bahagia..

sehingga menjadi keselesaan hidup single tanpa seorang lelaki untuk berkasih.. satu masa yang agak panjang, di campur dengan student life yang majoriti banyak habiskan masa dengan kawan berbanding dengan buku.. haha.. nama pun student business.. dan, masa aku enjoy dengan student life aku yang berubah 360° dari life aku sebelum jejakkan kaki dibumi penang..

Dan bila aku habis belajar, merdeka la katanya.. seronok tu dalam 30% je... sebab 70% tu aku dah start bimbang pasal nak cari kerja, nak support abah, nak back up adik.. dan nak capai impian nak travel seorang diri keliling satu Malaysia.. kira kawin tu langsung tak masuk dalam list.. memang tak ingat pun kawin tu salah satu life dalam life.. kau paham???

Masa aku tengah terumbang ambing dilema pilihan kerja, muncul satu makhluk Allah, seorang lelaki.. datang untuk mengisi kekosongan dalam jiwa.. dalam masa dua bulan aku tak stabil dengan diri aku nak adapt dengan alam pekerja, kat tengah-tengah tu muncul dia..

Dalam masa tak sampai sebulan kenal aku dah bertunang dengan dia.. aku memang tak berapa nak pasti kenapa boleh terima, atau mungkin masa tu aku fikir, "kalau tolak takut tak da orang datang minang lagi dah" sebab tau perangai diri sendiri yang Allah dah tutup aib supaya orang lain tak nampak...

Bertunang dengan orang yang kita tak cinta dan orang yang kita tak bercinta tu bukan mudah.. susahnya aku nak develop perasaan kat dia.. semua novel yang kau orang baca yang indah-indah tu memang tipu di alam realiti.. langsung tak sama.. bayangkan dalam masa aku yang terumbang ambing ni, nak sesuaikan diri nak terima seseorang yang baru dalam hidup kau yang serba kekurangan, macam mana kau nak handle?

Aku jenis yang malas nak ambil kisah bab-bab yang susah, akhirnya aku pilih untuk biala apa nak jadi, jadilah.. tapi yang ni pun menjerat diri aku jugak... rasa annoying sangat-sangat.. rasa menyampah.. rasa nak kembali hidup single yang kita boleh buat apa yang kita nak sesuka hati kita, tak perlu fikir orang lain..

Susah... susah sangat..

Aku nak ikhlaskan diri aku.. aku try hard untuk terima semua ni.. macam-macam dah aku buat.. aku cuma nak happy dengan life aku..

aku tak happy ke?

Aku happy....... tapi...

Tapi sememangnya perempun ni tak paham dengan diri dia sendiri...that's it..

No comments: