HAKIKAT TAHUN BARU MASIHI

salam..

malam ni sure aku tak boleh tidur.. tapi aku akan pastikan 2 jam sebelum mereka pang pung pang pung buat bingung, baik aku tidur.. supaya tiba masanye mereka countdown aku dah lena di buai mimpi.. so, tak sah kalau tahun baru ni dengan azam baru kan.. ada jugak katanya nak lunaskan azam lama.. tapi ingat tak nabi pernah cakap??

yang semakin menghampiri kita adalah kematian dan yang semakin menjauh dari kita itu adalah perkara lepas..
so, azam lama biarkan yang lama.. mungkin kita ada lambaran baru.. tapi, hakikat yang sebenarnya, esok bila kita bangun tidur, segalanya sama.. macam hari2 biasa.. kan3.. tetap meneruskan perkara seperti biasa.. mungkin semangat baru.. err ada tak semangat dia sama aje dengan hari2 biasa.. itu aku lah.. isnin nanti tak ada apa yang berbeza.. tetap kerja macam hari2 biasa..

 oh pelissss.... kenapa aku sangat2 tak suka dengar bunyi letupan bungan api??
tak ada yang meriah apabila dengar letupan bunga api selain hari raya dan puasa..
suasana nya lain sekali..

errr sebenarnya apa point yang nak di cakap kan??? errrrrrrrrr...........
hihi.. haishh ketawa pulak.. ada dua benda aku nak cerita.. nak cerita mana dulu ekk??? mm pasal azam tahun lepas la..

haa, tahun lepas aku cakap pasal makanan.. dan Alhamdulillah, azam aku tercapai.. dalam masa setahun, aku boleh maintain berat badan kurang dari 55kg.. apa???? 55kg???? ni anak beruang ke anak gajah??? orang paling2 pun tak nak lebih dari 45kg kan3.. baik mengaku cepatan..!!!

kira ok apa.. aku kan gemok.. so, kurang dari 55kg tu ideal ape.. BMI aku 21 je ok.. ideal kan.. so alhamdulillah.. tercapai juga untuk maintain berat badan.. tapi tetap juga jeles dengan keadaan diri yang dulu.. kurus kiut miut.. mungkin ade orang cop kering kudung pun ade.. tapi dulu selekeh serabut.. nama pun budak hingusan.. kah3.. apa pun still ingat, benda dulu2 tetap semakin menjauh.. yang ada hanyalah sekarang.. sila move on..

macam semangat sangat kan..

ok tu cerita first.. dan aku yakin.. memang majoriti perempuan inginkan berat badan yang ideal.. kalau boleh nak kurus2.. baru pakai ape pun ok.. tak nampak cacat pada pandangan.. nak tau cerita apa lagi??


haa siapa tau bukuk ni???? ok buku ni realease tahun lepas.. dan aku pinjam pun tahun lepas.. u all know what?? habis STPM baru aku boleh baca buku ni.. tak sempat kata nye nak baca time2 sekolah.. siapa yang dah baca??? siapa yang dah khatam??? ada komen???

haha.. memandangkan dah nak masuk tirau 2012 ni.. aku pun nak ajak siapa2 saja lah yang rasa belum baca buku ni sila la baca.. pernah tengok cerita 2012??? haa aku tak pernah.. haha.. aku nak korang baca sebab korang boleh tau sendiri kajian2 yang orang buat mengenai kiamat.. dan sebagai manusia pun, kita tak akan boleh maramal bila kiamat..

sesuai sangat la di baca pada tahun ni kan.. kita boleh tau, kenapa segelintir kaum manusia meramai tarikh kiamat.. macam mana diorang maramal.. betul ke kiamat 2012??? jawapan nya ada dalam buku ni.. buku ni membuka mata semua manusia yang boleh baca tulisan bahasa melayu.. haha.. da banyak tulis?? ok la stop kat sini..

kat sini jugak nak ucap kan selamat tahun baru 2012 ke pada si dia yang sedang bertarung dalam dunia peperiksaan.. chill up dear.. doa ku mengiringi kejayaan untuk mu.. (",)

NEW LIFE : AS WOMEN, NOT A GIRL

salam..

Musim tengkujuh ni sangat2 sejuk hingga ke tulang hitam.. tapi diri ni penuh dengan lemak dan masih aktifkan kipas.. ok... intro tah apa2.. haha.. setiap manusia melalui peredaran masa dan usia.. memakin tua semakin berubah muka.. macam tu jugak aku..

Aku baru habiskan zaman persekolahan.. yela baru habis exam rasanya seminggu lepas.. 13hb habis exam, 14hb di panggil interview, 15hb kerja.. itu lah yang aku nak ceritakan.. aku bukan lagi penganggur yang berjaya.. tapi aku adalah kerani yang berwibawa..eleehhhh... kerani aje???

Bermula lah kehidupan aku sebagai wanita bekerjaya.. cewaahhh.. setiap hari pukul 8.30 pagi dah terpacak dalam office menunggu bos datang.. dan 5 petang boleh kunci office.. tapi 1 tgh hari lunch time.. itu lah life aku sekarang.. aku pun tak tau kenapa begitu cepat Allah bagi aku rezeki.. senang betul dapat kerja.. tapi tu pun atas recomend mak cik aku..

Alhamdulillah, aku boleh kerja.. masa first2 tu agak kekok.. sebab aku tak tahu apa yang patut aku buat.. tapi lepas bos aku ajar, better then never.. aku boleh buat.. ingatkan senang je jadi kerani ni.. tapi boleh tahan susah la.. apa pun, cari rezeki tu pentin dari duduk goyang kaki kat rumah dah susah kn mak bapak..

At lease, aku ade income untuk bagi mak abah aku.. sekurang-kurangnya aku dapat balas jasa mak abah aku.. tak banyak sikit pun jadilah.. nanti dah kerja bagus2 baru boleg balas jasa banyak.. errr... tapi ni kerja bagus ok..

Mm, apa pun ni lah life aku sekarang.. as women, yang dah ade kerja : tapi kerjaya ke??? ok konpius.. dan bukan lagi girl, yang tak fikirkan masa hadapan..

Dan inilah namanya kehidupan..

STORY AKU & LAGU

salam...


hai, hari ni aku berblogging lagi.. dah hari ni aku join aktiviti Geng fiQ'Ra yang ke lima.. hari in tajuk aktiviti pun dah terasa seronok sangat2.. sebab story aku dan lagu ni memang sebati dalam jiwa aku ni.. hehe..

ni syarat wajib..haha..my lovely card yg kiut miut ni..

Aku dan lagu.. yep, ada salah satu lagu yang cukup memberi kesan yang mendalam kepada aku.. lagu ni mengingatkan aku kepada si dia.. dan lagu ni menemani sepanjang malam sebelum baca doa nak tidur.. dan lagu ini sentiasa terngiang2 jauh di lubuk hati..

Apabila lagu ini berkumandang, maka tercipta lah satu impian dan angan untuk bersama si dia selalu.. kerinduan menggamit jiwa.. ok........ aku dah mula jiwang dah ni.. hihi.. lagu khas untuk aku dan dia..

PUTERI - ZAINAL ABIDIN

yep.. ni la lagu nya.. kenapa??? sebab dia beri nama aku puteri.. dan aku lah puteri kepada dia.. aku lah puteri hati dia.. aku lah yang menemani dia.. lagi menyayangi dia.. sungguh!!! ada dua perkara istimewa yang dia beri pada ku..

1) di henset dia tertera nama ku puteri
2) dan dia buat doodle serta header blog untuk aku masa ramadhan lepas.. tengok kat bawah ni..

dan aku akan letak header ni setiap kali ramadhan datang..

maka terciptalah nama blog Qaseh Puteri.. hasil gabungan nama blog dia dan nama blog aku.. PUTERI.. yaa aku lah puteri dia.. kekal selagi diri ini bernyawa.. terima kasih sayang..


p/s : errr.. maaf jika terjiwang sebentar.. entah kenapa terasa sangat dekat dengan lagu ni..

EPISOD TERAKHIR BERSAMA MEREKA

salam..

hai readers.. nak tau???? exam aku dah lama berakhir.. 13hb hari tu dah habis.. tapi tetap busy dengan perkara baru.. tapi kemudian cerita lah.. palng menyeronokkan kami sekelas dah habis exam.. last paper pengajiam am 1.. yang dia sangat2 memberi sinar harapan betapa tak sabarnya menanti pukul 4..

tepat pkul 4, dan selepas keluar dewan aku mesej kesayangan mintak nak pergi McD.. yelah, ni time terakhir bersama si busuk tasya ni.. lepas ni dia nak operate.. memang tak sempat nak umpa dia.. ni ade la sikit banyak gambar yang aku sempat amek dan boleh uplod..








semoge jumpa korang lagi.. dan bila aku jumpe korang lagi, korang dah dewase dan matang yek..haha..

TRAGEDI COMPUTING KU

salam..

hai readers.. rindu untuk mecoret sesuatu kat sini panjang lebar.. apa pun, aku tinggal 1 lagi paper untuk habis.. tapi kerinduan untuk mencurahkan idea dah datang.. ngeh3.. sebenarnya aku nak cerita pasal exam aku.. err 1 paper jek kot.. sebab paper yang 1 ni memang agak tak berape nak bagus sangat..

dah masuk dalam bilik exam tu dan dah mula pun exam, sekali baru teringat tak bawa kakulator.. ohh tidak.. masih boleh mengira dengan menual ke?? ni lah nama nya ujian.. agak2 korang, boleh tak korang mengira nombor2 besar tanpa menggunakan kakulator??? alahhh.. bugak2 upsr boleh tak kan korang tak boleh kan??

so ape aku buat???? dengan minat yang mendalam terhadap matematik masa form 5 aku praktikkan masa form 6 ni.. STPM weh tak bawak kakulator.. ni dah kira nazak.. padahal soalan tak susa mana pun.. tak macam add math pun.. jauh sekali dengan math T dan math S.. ngahaha... kelakar la aku ni.. jom wat soalan computing aku ni..kira sama2..

A 56k modem can transmit 56 000 bits per second. there are 8 bits in 1 byte. calculate the time taken, in minute to transfer a file of size 1 050 000 bytes from one computer to another using a 56k modem.

ok tu soalan dia.. mudah kan.. cuba korang kira tanpa kakulator.. yela lemak je otak asyik pakai kakulator.. cuba kira tanpa menggunakannya.. haha.. berpeluh2 aku di buatnya.. takot lupa teknik membahagi dalam bentuk manual.. lawak betul aku ni.. tapi ada soalan lagi yang memeningkan kepala.. atau aku ni yang jenis slow..

draw a flow chart which reads and prints the first numbaer that is multiple of 5 and is greater than 500. assume that the number is named multimediaNum and an initial value of integer 5 is read. hence, state the value of multipleNum.
ni soalan programming.. memang tak lepas dari math la kan.. aku konpius... multiple of 5 tu maksudnya sifir 5 yang :
1 X 5 = 5
2 X 5 = 10
3 X 5 = 15


or macam square root and cube root tu?? yang :

5 X 5 X 5 X 5 X 5 =.................sampai jawapan lebih dari 500??

yang mana 1 kah???

serius aku pening.. aku ada satu la paper pengajiam am 1.. soalan 46 hingga soalan 60 soalan kuantitatif.. pengiraan.. kalau keluar macam ni lagi serius aku pening.. kawan aku cakap yang 5 X 5 X 5 X 5 tu..cikgu pun cakap macam tu.. hai pening.. ke mungkin betol la aku ni yang slow sangat..