PERJALANAN 2011

salam..

Hai readers.. jadi kan hari lepas sebagai pengajaran yang bermakna buat diri.. aku nak cerita serba sedikit perjalalan sepanjang tahun 2011.. sebab segalanya dah berubah sekarang..

Januari

Tahun 2011 datang dengan membawa aku ke peringkat yang atas sikit.. Aku dah upper 6, pergi sekolah kena awal sebab ada perhimpunan pengawas tapi nama perhimpunan tu PROGRAM PANTAS. Setiap pagi kena buat Macam-macam benda kena buat.. Entah, aku pun tak ingat.. Tapi satu perkara yang aku ingat, habis perhimpinan, aku masuk kelas.

 Lepas Indah dan Minnin pindah, aku memang duduk sorang sampailah hari tu, tetibaada beg kat sebelah aku.. Dia tu Kak Tasya lah.. Mulai hari tu, dialah yang termanja.. dialah bucuk-bucuk aku kat sekolah...

Dalam bulan tu jugak macam-macam meeting aku kena attend, sebab tahun baru macam-macam kena buat. Bulan tu jugak cikgu dah Start membebel.. yelah, tahun STPM..ngehehe..

Februari

Bulan huru hara sikit.. sebab aku terlibat dalam jualan korporat muda. Hari jumaat aku angkut budak-budak ni pergi beli barang jualan, tapi ada budak kecik terselit sibuk nak ikut aku.. hahahaha..... Hari sabtu jualannya sempena larian perdana mahkota.. nak dapat income kelab mestilah kena buat kerja..

Series, Jualan Kami tak cukup. Baru pukul 11, makanan gerai kami dah habis.. makanan kantin dah licin. Agaknya hari melantak sesekolah kot.. Alhamdulillah, untung amat masyuk time tu..


Mac

Masa ni yang aku ingat test month pertama.. serius soalan dia senang bagai.. nak dapat 4.00 flat pun kacang botak jek.. tapi tu lah, kesilapan yang kecil membuatkan markah yang di tarik banyak. mm memang kena pandai betul-betul.. no alasan..

Bulan 3 ni dah mula latihan rumah sukan. Tapi punya degil berapa kali jek nak datang.. pas tu merayu-rayu nak markah koko tinggi.. haha.. apa pun tak boleh.. ada sebab kenapa aku tak nak datang latihan rumah sukan.. tengok baju sukan la..

April

Seingat aku kan, bulan ni sambutan maulidurrasul.. haa seminggu sebelum tu sibuk kutip derma.. ingat lagi Cikgu Nadiah setiap hari mintak sesiapa nak bagi derma. Yang meriahnya sambutan kali ni kami semua nak pakai baju biru.. haha.. sedongdong..

Majlis mula dengan berarak dan kami berselawat memanjatkan kesyukuran.. seterusnya macam biasa lah kan, dengar ceramah.. rasanya intipati ceramah aku ada muatkan dalam blog.. tapi yang mana ye??? Entah la tak ingat.. hahaha... Ade ke tulis tapi tak ingat.. Apa yang terharu sangat apabila aku dapat anugerah tokoh pelajar. Bersama aku, dua orang kesyayangan Asiyra dan Natasya.. Tahniah!! tahniah!!

Mei

Bulan mei ni macam-macam benda nak buat dan macam2 aktiviti nak sertai.. bulan ni jugak junior lower 6 masuk. satu hal lagi nak pikir sebab nak rekrut pengawas baru dan calon kapten yang baru.

Aktiviti pengawas macam biasa lah setiap tahun.. tapi aktiviti yang julung-julung kali di adakan ni perlu di buat.. yang terpilih tahun 2011 la.. Cikgu pilih ke Perak.. Nak tau apa kami buat boleh la klik kat cini..
Kalau aku kata bulan ni aku exam mid year betul tak ek??? entah lah.. exam mid year la aku rasa..

Jun

Bulan june ni pun still melancong jugak.. Tapi bulan jun naik cuti terus dapat paper.. Alhamdulillah keputusan memberangsangkan.. nampak peningkatan yang membanggakan.. kui kui kui..

Tapi MPPU ada buat program lawatan ke Parlimen.. mestilah nak pergi.. nak tengok sendiri macam mana parlimen bersidang secara empat mata *sebab pakai spek*.. Belajar secara teori tak nampak sangat.. bila tengok betul-betul baru nampak gambaran yang jelas.. Nak tau lebih lanjut klik cini..

July

Bulan ni bulan KOKO.. Sebab apa??? sebab kerajaan dah selaraskan Dasar 1 Murid 1 Sukan.. So kiranya sukan sepanjang tahun.. Form 6 pun ada karnival KOKO sendiri.. dan macam biasalah aku terlibat dalam jualan sempena karnival koko form 6..

Tapi jualan kali ni macam pelik sebab menjalankan paksaan untuk membeli barangan kami.. paksa ke??? haha promote bagai kan.. mana belajar agaknya.. Pastu, last KOKO mestilah JPAM kan.. Macam biasalah kem tahunan dan memang seksa.. Diorang pulun 3 hari 2 malam tanpa tidur.. nak tahu ceritanya boleh la klik cini ok..

Ogos

Bulan ogos ni bulan puasa.. so tak banyak aktiviti yang di buat.. Just siapkan coursework computing dan prepare untuk trial..

Puasa yangt ak banyak dugaan fizikal tapi banyak dugaan mental.. 1 bulan tu kena sumbat dengan ekonomi yang tak habis-habis.. Pernah 1 hari kena buat lebih dari 20 esei.. sampai nak muntah.. tapi kalau tak dapat A, ohhh mak.... sila paksa pihak lelaki datang meminang.. isk isk isk.. pihak lelaki nak tak??? 0_o

September

Raya...yeaaa... raya.... main mercun, main bunga api, main meriam tanah semuanya dengan cousin.. haha.... cakap nak gempak bagai.. padahal diri ini hanya main mercun pop-pop dan bunga api.. haha.. apa pun tak boleh..
Tapi, nampak sangat tak sedar diri tu nak trial ooiii... gilo kau tak study.. haha..study la.. mestinya raya kedua dah balik rumah.. akhirnya trial berjalan dengan lancarnya..
~ eh, bulan ni bezday aku lah~

Oktober

bulan 10 dah mula saat genting nak hadapi STPM.. mula lah cikgu sumbat banyak soalan2 dari negeri lain bagai.. sampai kehabisan stok.. sampai terpaksa mintak dana dari kawan-kawan.. ohh kawan(tasya di sebelah), aku antara rakyat somalia yang kebuluran paper nak tulis.. tolong derma sikit.. hehe..

Bulan yang memang sarat dengan soalan-soalan dari negeri lain.. sampai cari blogger dari negeri lain.. jumpa cik mira liya.. tapi course dia tak sama dengan aku.. yang paling sakit bila gerak gempur di adakan setiap hari.. memang kena tembaklah sebab otak da tepu.. soalan senang pun macam tak boleh jawab.. haha.. tu lah saat streeeeeeeesss melampau-lampau..

November

hari semakin dekat dengan exam.. tapi sebelum tu ada aktiviti terakhir form 6.. iaitu hari graduasi.. orang u cakap convocation..kan3.. biasa boleh baca link aku bagi tu.. hikhikhik..
bila dah nak exam mesti rasa tak tenang.. nak tidur malam mesti tersedar tengah malam.. exam,,exam,,exam.. macam nightmare yang menakotkan.. kang sampai time exam ko jawab lah betul-betul..all out luar dalam..haa???

tapi syukur sangat-sangat.. setipa jadual nak exam tu ade gab yang sangat-sangat jauh.. Bloleh study swelagi boleh..

Disember

masih lagi berexam..tapi habis exam 13hb.. haha13 habis exam, 14 makcik aku panggil interview kerja dengan kawan dia..15 boss aku suruh kerja.. haa tengok la betapa segalanya berlalu begitu pantas.. hehe.. pape pun ni la life aku.. kerja sebagai kerani..

huuhhh...habis cerita pasal 2011.. tak ada gambar.. tapi ada link.. boleh la tengok..untuk tatapan anak cucu nanti.. (",) ehhh tak de pasal cinta pun??? haaa cinta saya haruslah sentiasa indah setiap hari..luv luv luv...

5 comments:

Nalisa Syahira said...

ha , 2012 cari lah cinta , haha .

Hawa Ahmady said...

memori indah bersama....muahh..!!

Qaseh Puteri said...

lisa syahira : haha, nampknye kt dah ade cinte..

hawa : memori tercipta..haha..nnt rndu kat ko weh

cik ika said...

heee..welcome 2012..moga 2012 menjadi tahun yg lebih baik dr sebelum ini..

nuyui a.k.a miss YUI said...

2012 ddah mnjelma..cerita2 baru lak..

p/s: yui dh masukkan ea..