Sila Undi Kami!!!


oh rakan2 pembaca sekalian..
aku nk cite ni..nak dengar tak???? nak dengar tak???

mm ape la kena mengena dengan sila undi kami ni? macam pilihan raya je bunyi nye..
mm sebnanye, di sekolah tadi berlakunya pilihan raya bagi pemilihan parti untuk memegang
jawatan Majlis Perwakilan Pra-Universiti (MPPU).. ha jangan tak tahu pule..

suasana amat lah riuh dan rendah.. aku ditugaskan kan untuk menjadi agen, yakni pemerhati kepada satu parti ni yang aku akan bagitaulah nanti.. apa tugas aku?? huh!!!! amat lah boring plus mengantukkan.. aku dan tiga rakan lagi yang mewakili parti masing2 di tugaskan untuk memerhati gelagat para pengundi agar tiada penyelewengan berlaku.. huh..sangat mengantuk (kalau ada bantal dah lama aku sampai london)..

ok sekarang aku nak cite pasal dalam dewan mengundi.. aku felik (pelik) la dengan upper six.. bukan ke diorang dah ade pengalaman mengundi dulu?? tapi mengapa ya diorang macam blur2 je bila masa mengundi? apa yang tak kena.. ada tu aku ten
gok, lower six lebih matang dari upper six.. ok yang lain tu no komen.. ada gak aku kena tembak nanti.. seterusnya, pose budak2 yang mengudi.. wah, macam2 peten ada.. korang nk yang macam apa? kaki bersilang? berlutut di lantai? goyang2 kaki? ha semua ada.. tak apa lah..asalkan mereka selesa..

korang nak tengok gamba ke? maaflah.. aku belum ambil.. tuggu post akan datang ye.. ok mari kita tengok parti2 yang bertanding..

calon MPPU
1) PARTI GEGAR
2) PARTI EHSAN
3) PARTI PreTUni
4) PARTI Bernas,Pantas,Handal

so mereka tadi di letakkan di pondok panas yang sememangnya panas..huh.. macam2 gelagat aku dapat saksikan.. yelah, nak meraih undi.. apa2 pun, proses pengundian berjalan dengan lancar dan tiada cacat celanya.. tahniah exco bertugas..!!!
tak lupa juga kepada guru2 yang meyelaras proses ini dan guru2 yang turut mengudi dengan jayanya..

selepas undian ditutup, aku dan krew agen lagi 3 orang pun di panggil untuk proses mengira undi.. ha yang ni lagi kalau ada tilam dah lama aku terbang.. tak ap
a.. ni pengalaman yang julong2 kali diraih.. so fokus ok.. haha.. setelah undi di kira dengan ketelitian, huh, terjawab sudah siapakan yang akan memegang tampuk monarki baru..(eh lain je ayat)

so penentuaan muktamad hari esok..maaf lah rakan2.. aku dah sumpah akur janji tidak membocorkan rahsia kenegaraan.. harap bersabar dan tunggu esok..



ok sampai kat sini dulu ya.. KLIK!!!

No comments: