JOM MASAK | APAM POLKA DOT


salam...

hai readers.. ingat lagi tak aku nak buat segmen macam ni dulu?? so arini aku teruskan segmen masak yang pertama.. biasa hujung minggu tak sah kalau tak masak something.. so semalam aku buat sesuatu yang dah lama teringin nak buat.. aku buat apam polka dot.. tapi serius weh aku tak pandai pun buat dot2 nye tu.. susa kot.. so, korang mestilah nak resepi dia.. ok jom tengok cara2 nak buat apam ni ok..

bahan-bahan yang diperlukan :



1 cawan gula - gula halus or korang kisar gula
1 1/4 cawan tepung gandum
3 sudu baking powder - pastikan nama tin tu baking powder, bukan soda bikarbonat
3/4 cawan fresh milk - korang boleh gunakan susu dutch lady full cream, sedap
1 sudu kecil ovallete - google ok kalau tak tau ovallete tu ape
3 biji telur dari peti sejuk - mesti sejuk..kalau tak sejuk tak jadi la apamnye
esen vanilla
pewarna - macam2 warna korang boleh gunakan
filling - inti dalam apam korang la


cara-cara nak buat :

  1. pukul telur hingga kembang, masukkan ovallete, esen vanila, gula, dan susu.. pukul hingga sebati..
  2. tepung dan baking powder mestilah di ayak dahulu, kemudian masukkan dalam mixture tadi.. gaul sehingga sebati..
  3. asingkan mixture tadi kepada beberapa bahagian ikut korang suka, baru warnakan mixture tu ikut warna kegemaran korang..
  4. sediakan mangkuk cawan, masukkan mixture separuh, masukkan inti @ filling, then masukkan lagi sedikit mixture tu jagan sampai penuh..sebab apam akan kembang..
  5. buatlah dot2 di permukaan apam tu..
  6. semasa korang buat adunan ni, panaskan pengukus dahulu.. barulah kukus apam tu dalam 15 minit gitu.. semasa kukus korang jangat bukak penutup.. rasa2 kalau dah lebih 15 minit tu, korang angkat terus..
apam sedia untuk di kukus..

oh tidak..apam ku terlampau gemok..
ei..tak santek..

kegelapan malam..oh my apam polka dot..

nyummy.. boleh la menjamu selera..

selamat mencuba.. kalau2 kebingungan.. jangan segan2 tanya yek..di shutbox pun boleh..

No comments: