RAYA SEMAKIN DEKAT, EXAM SEMAKIN HAMPIR

salam...

agak berhari jugak lah tak mencoret sesuatu di laman blog ni.. setiap hari hanya tengok visitor yang keluar masuk.. tanpa sebarang post baru.. tahun ni raya yang menyulitkan.. tak seperti raya tahun2 lepas.. raya tahun ni bertindih dengan exam.. persiapan nak raya dan persiapan menghadapi exam adalah dalam masa yang sama.. seminggu ni memang tak ada persiapan raya dan persiapan menghadapai exam.. masa2 yang ada hanyalah untuk siapkan homework yang bertimbun2..

jadual yang pack untuk hari2 menjelang raya.. esok hari jumaat.. hari terakhir sekolah sebelum cuti hari raya.. esok nak siapkan kerja masa cuti computing dengan buat kiuh suji.. hari sabtu langsung tak buat homework.. kakak dari singapore nak datang.. dia nak buat kuih raya.. tapi aku kena anyam ketupat.. di jangka sebanyak 100 biji.. dalam rumah tu aku dengan bapak je yang boleh anyam.. adik aku anyam jadi tikar mengkuang.. akak aku anyam jadi tudung saji..haila...

kemudian hari ahad dah kemas2 rumah.. aku cadang nak cat bilik(sabtu ke ahad ek).. cari kayu untuk rebus ketupat.. mana weh nak cari kayu kat tengah2 bandar pasir gudang ni..da ok baru nak kemas2 baju untuk balik kampung.. lepas buka ahad malam tu dah kena rebus ketupat..langsung tak ada masa nak baca buku..

keluhan yang tidak di dengar.. aku mahukan 1 time untuk study week.. no homework.. just focus pada exam.. baca buku.. hafal.. ingat.. faham.. sisa2 hari ni hanyalah untuk buat homework sampai 60 esei 1 hari.. macam mana aku nak study?? macam mana aku nak fokus pada buku.. nota2 comel tu hanyak terbiar sepi.. mind map dah jadi my mop.. penat fikirkan hal yang 1 ni.. sesak kepala..saat genting macam ni semuanya jadi kucar kacir..

hopefully, aku dapat handle semua ni.. harp aku dapat hadapi dugaan yang datang ni supaya tak menyimpang jauh dari sasaran..

4 comments:

Emmy Nur said...

haha..padan muke!!!

cuba la curi masa utk study..raya or exam lg penting?

harap2 biskut suji tu x jd suji made in bangla...

zUlaikha rAzak said...

HAHAHAHAHAHA..HEY!!!due laki bini asek nak kutok kite je knape.tsk tskhahaha

eca..cool2..sume org pun aka rase sesak cenggini lagi2 bile mase yg dtakdirkan tuh dah dekat gilerr
chill..cube curik2 mase skett.
yg pntg skrg latihan kena bykkan.
hubungan ngn Allah pun plg kena jage.hee:)

Unknown said...

emy : nmpak nye kuih suji sangat suci..hik hik hik...

Unknown said...

akak : mari la doa bersama2 dgn ku.. brkat doa kakak kt jd pndai cm akak..sobbss