SEMANGAT MASAK!!!! (SUP SAYUR CIK PUTERI)

salam..

hai.. dah berhari ni tak hupdate belog.. banyak yang nak di kongsikan.. tapi entah idea apa yang nak di tulis.. macam soalan p.am2.. kalau huraian ada tapi idea tak ada pun tak boleh.. jawapannye 0.. sobss.. penat mak tulis panjang2 tapi takde markah.. err.. da lari tajukk..

bulan2 pose ni kan, tangan aku semangat gila masak memasak ni.. dan cipta rekod semalam aku cuma makan nasi dengan sup sayur jek.. haaa.... kenyang weh.. tapi kenyang nye tak lama.. pukul 10 dah guing2 lapa balik.. pada pendapat readers.. kenapakah begitu???

ok hari ni aku nak kongsi resepi khas yang di cipta sendirik oleh cik puteri ni *aku lah*.. tapi nak kata cipta sendirik pun tak jugak.. sebab nak masak sayur bahan dia sama aje kot.. ape yang beza??? serbuk pasti sedap?? serbuk cukup rasa??? atau kiub pati ayam knor???

ok tak pe..jom tengok bahan2 yang di perlukan untuk buat sup sayur ni.. sup sayur ni mampu membangkitkan selera makan pada mak cik pak cik yang dok tak da selera makan kan.. ceritanya begini sahur pagi tadi my daddy tak ade slere nak makan, pas makan sup sayur tu, dia pun bertambah2 plak..

-lobak merah
-jagung kecik
-kubis bunga
-cendawan
-brokoli
-kentang
semua sayur tu ambil bilangan ikut kperluan..nak tambah sayur lagi bagai pun boleh..
-bawang puting, bawang merah (di tumbuk kasar)
-kiub pati ayam knor
-lada sulah
-tepung jagung 2 sudu besar(gaul ngan air mangkuk kecik)

cara nak masak :
1. amek periuk sederhana yang boleh muatkan segala sayur yang korang inginkan.. panaskan minyak dalam kuantiti yang sedikit. masukkan bawang puting dan bawang merah yang telah di tumbuk.. kacau hingga naik bau..
2. masukkan air sedikit..dalam setengah cawan.. kacau hingga sebati dengan bawang tumbuk tadi.. tunggu sehingga mendidih barulah masukkan kentang dan carrot.. kasi empuk dulu tau..dan dia sehingga memdidih..
3. masukkan air ikut keperluan korang nak kuah sup tu banyak atau sikit.. tunggu sehingga mendidih.. masuk kan tepung jagung yang dah di bancuh dengan air.. tepung jagung ni untuk memekatkan kuah.. kalau taknak kuah pekat so tak payah la letak..
4. gaul sehingga memdidih baru masukkan lebihan sayur tadi, kacau2.. masukkan lada sulah ikut keperluan nak rasa pedas atau tak..tunggu sehingga memdidih lagi baru masukkan kiub..1 aje tau..
5. jangan samapai sayur lodoh, tutup api..sedia untuk di hidangkan panas..

yummy..ni kalau nak letak telur dan fish ball pun bleh..

Selamat mencuba ^^,

2 comments:

farah hanim said...

wah
nmpk cam sedp je nie
:D

aishah rahman said...

sgt sdap.. bleh cuba k..