BLUEBERRY CHEESE TART PLEASE!!!!

salam..


hai readers.. dah berapa hari ni tak hapdate belog.. fuhhh2.. lap2 sikip monitor ni.. habis berhabuk dah belog ni.. atas permintaan si manja Qaseh, aku bagi resepi macam mana nak buat bluberry cheese tart ni.. tapi sebnanye resepi jek ade.. tapi tak pernah mencube.. almaklumlah bahan yang di perlukan hamat tinggi kos nye.. simpan jek la dulu niat di hati nak buatnye..


ok, firstly, nak buat tu mestilah kena tau bahan2 dia.. tau tak acuan untuk buat tart ni?? jom tengok..

 nampak tak??? yang ni acuan biasa lah..

kalau nak extreme sikit boleh guna acuan ni..tapi kompon tak best..

da pilih nak guna acuan ape, baru bleh cri bahan2 pengadun kan..

untuk buat biskut tart duku k..

170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C : tak kisah la gred apa yang korang nak
290gm tepung gandum (cari perkataan superfine : yang tu sedap)
1 sudu kecil esen vanilla (vanila, tapi warna itam tau3)

ok pas tu cara nak buat dia pulak..
  1.  Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu(alah senduk apa pun boleh). Jangan putar lama sangat. maksudnye tak perlu terlalu kembang.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu. pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh. agak2 la nak masukkan tepung bia jadi lembut.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.


ha buat macam ni tau.. dah bakan keluarkan dari acuan..
eh??? melekat? tak boleh keluarkan??? ha sapu la mentega pada acuan sebelum tepek aduanan tu..

lebih baik guna telur gred c sebab adunan die sebati..biskut tart tu tak terlaku keras k..

bahan2 untuk buat krim cheese..

250g krim keju (cream cheese)
3 cmb gula pasir
2 cmb mentega
1 bj telur
6 cmb krim putar (whipping cream)
2 cmb tepung gandum
2 cmb blueberry filling

kalau tak nak guna whipping crean pun bleh.. tapi nak sedap gunalah ok..
cara2 nak buat cheese cream 

  1. Pukul krim keju, mentega dan gula
  2. Masukkan telur dan krim putar dan kacau lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga semuanya bercampur rata.
  4. Ambil sedikit blueberry filling dan masukkan kedalam kulit tat.
  5. Sudukan sedikit adunan tat keju menutupi seluruh blueberry filling. Jangan isi terlalu penuh. Sebaik-baiknya melebihi 3/4.
  6. Titikkan sedikit blueberry filling dibahagian atas dan lorekkan menggunakan lidi yang tajam untuk membuat corak dan hiasan.
  7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170C selama 10 minit sehingga masak.


 masuk kan blueberry filling tu macam ni..
nak sedap bubuh kurang lebih..

lorekkan dengan lidi spaya comel macam ni.. cantikkan

Selamat Mencuba (^^.)

7 comments:

emynur said...

alamak..terliur la tgk bluberi cheese tat tu puasa2 ni..huu~

aishah rahman said...

sedapppp.. cer buat...

en.doktor & cik dietitian said...

tetibe rase lapaa..

aishah rahman said...

hehe..sila la buatnye dgn ati terbuke..

zUlaikha rAzak said...

omaigod!sy akan meng copy post inih!!thanx adik manissss..hik3

aishah rahman said...

oh akak jelitek.. sila copy.. potosetet pn bleh.. bg pd jran rkan shabat handai pn bleh..

pinkysh aQuiela said...

teringin nak belajr buad cheese tart neh... bila nak aja ? hee