AWAK SANGAT KREATIF SAYA JELEXXXX!!!!

ni lama..simple mample la..



baru.. pewitt.. comel kan..
salam..

hai.. ade nampak sesuatu yang lain tak pada belog ni??? eh belog ni makin cute la.. perkenalkan header baru sempena bulan ramadhan mulia ni.. dan perkenalkan lelaki masa depan (bak kata yuyu) yang comel lagi kreatifkan inovatif..

header kat atas ni di beri suntikan yang lebih menawan dari si manja Qaseh..maceh banyak2.. dan rasanya sangat terharu dan nangis mood sobbss sobbss sobbss tiga laki.. haila.. main aci nangis2 jek.. puasa2.. dan dengan new look ni, akan aku hadiahkan pembaca dengan isi2 post yang berfaedah.. selamat membaca yek..

nak korek wet tabung untuk di di hadiahkan ayam golek 6 eko kepada Qaseh..awat demand sangat ni???

APABILA PUTERI MARAH..

salam..

hai pembaca budiman.. sedar tak sedar dah hampir setengah bulan kita menjalani ibadah puasa.. terasa masa kali ini sungguh panjang.. kan.. korang sedar x?? harap selagi baki ramadhan yang ada ni, korang dapatkan lah segala keistimewaan dalam bulan mulia ni.. tak rugi, malam berbaloi.. kalau boleh dapatkan khatam Al-Quran dalam masa puasa ni.. pasti satu kepuasan dan ketenagan yang korang boeh dapat..

malam ni aku nak cerita soal satu2nya perasaan yang sangat sensetif dan boleh mengakibatkan kesan yang buruk.. perasaan itu adalah marah.. marah adalah merbahaya.. siapa tak pernah marah??? tipu3..cepat mengaku yang kau ada perasaan marah terhadap sesuatu yang buat korang bengang.. tapi bagaimana korang hadapi masalah marah korang tu??? jom baca apa aku buat bila aku marah..

*powerpuffgirl - dulu masa aku agak ganas dan kasar, aku akan lepaskan marah aku pada orang yang aku marah tu la.. hamek kau penyepak dan tumbukan padu.. berkecai muke kau.. yup.. tu la puteri masa kecik2.. asyik nak tumbuk orang jek.. nak jenjalan kat kawasan kampung tu kayu kat tangan tok sah cite lah.. sentiasa ada kat tangan.. habis di bantainya siapa2 yang kacau.. terimalah penagan padu dari ku..
* diam - cara lain aku lepas kan marah dengan diam.. kalau ada ketegangan yang berlaku dan aku tetiba diam.. diam terus tak berkata.. tu tandanya aku tengah marah.. bila aku diam, aku langsung tak akan dengar kata sesiapa.. dan tak akan jawab apa orang tanya.. ayo macam mana nak buat ni..ok tengok apa yang berlaku lepas tu..
 * menangis - bila aku terus diam tetiba orang datang tanya kenapa kenapa kenapa... boommmm!!! akhirnya air mata suci ini meleleh tanpa segan silu.. tapi malu weh bila menangis ni.. nangis depan pakwe pun mintak jauhkan.. mana boleh tahan weh bila tengah marah tu tak nangis. kompom lah nangis..
* gigit bantal - ha ni dah macam drama melayu cintan cintun.. kalau marah sangat aku akan amek bantal sembam kat muka dan jerit kuat2.. sambil gigit.. kompom segala benda terlekatkan.. pehhh!! ok ni salah satu cara orang tak aku apa berlaku pada kita..
 ada lagi lah.. tapi ni la yang posible orang yang marah akan buat.. series, aku tak pandai nak marah depan2.. nak maki hamun.. bibir ni terkunci untuk semua tu.. jadi, ni lah yang berlaku bila aku marah.. paling tak best bila marah aku akan bawak moto dan drive kereta selaju mungkin.. tak bagus kan.. tapi lepas ni aku bagi tau cara baik untuk tenangkan hati yang marah..

p/s : adakah aku sedang marah.. oh pastilah tak..
 

SEMANGAT MASAK!!!! (SUP SAYUR CIK PUTERI)

salam..

hai.. dah berhari ni tak hupdate belog.. banyak yang nak di kongsikan.. tapi entah idea apa yang nak di tulis.. macam soalan p.am2.. kalau huraian ada tapi idea tak ada pun tak boleh.. jawapannye 0.. sobss.. penat mak tulis panjang2 tapi takde markah.. err.. da lari tajukk..

bulan2 pose ni kan, tangan aku semangat gila masak memasak ni.. dan cipta rekod semalam aku cuma makan nasi dengan sup sayur jek.. haaa.... kenyang weh.. tapi kenyang nye tak lama.. pukul 10 dah guing2 lapa balik.. pada pendapat readers.. kenapakah begitu???

ok hari ni aku nak kongsi resepi khas yang di cipta sendirik oleh cik puteri ni *aku lah*.. tapi nak kata cipta sendirik pun tak jugak.. sebab nak masak sayur bahan dia sama aje kot.. ape yang beza??? serbuk pasti sedap?? serbuk cukup rasa??? atau kiub pati ayam knor???

ok tak pe..jom tengok bahan2 yang di perlukan untuk buat sup sayur ni.. sup sayur ni mampu membangkitkan selera makan pada mak cik pak cik yang dok tak da selera makan kan.. ceritanya begini sahur pagi tadi my daddy tak ade slere nak makan, pas makan sup sayur tu, dia pun bertambah2 plak..

-lobak merah
-jagung kecik
-kubis bunga
-cendawan
-brokoli
-kentang
semua sayur tu ambil bilangan ikut kperluan..nak tambah sayur lagi bagai pun boleh..
-bawang puting, bawang merah (di tumbuk kasar)
-kiub pati ayam knor
-lada sulah
-tepung jagung 2 sudu besar(gaul ngan air mangkuk kecik)

cara nak masak :
1. amek periuk sederhana yang boleh muatkan segala sayur yang korang inginkan.. panaskan minyak dalam kuantiti yang sedikit. masukkan bawang puting dan bawang merah yang telah di tumbuk.. kacau hingga naik bau..
2. masukkan air sedikit..dalam setengah cawan.. kacau hingga sebati dengan bawang tumbuk tadi.. tunggu sehingga mendidih barulah masukkan kentang dan carrot.. kasi empuk dulu tau..dan dia sehingga memdidih..
3. masukkan air ikut keperluan korang nak kuah sup tu banyak atau sikit.. tunggu sehingga mendidih.. masuk kan tepung jagung yang dah di bancuh dengan air.. tepung jagung ni untuk memekatkan kuah.. kalau taknak kuah pekat so tak payah la letak..
4. gaul sehingga memdidih baru masukkan lebihan sayur tadi, kacau2.. masukkan lada sulah ikut keperluan nak rasa pedas atau tak..tunggu sehingga memdidih lagi baru masukkan kiub..1 aje tau..
5. jangan samapai sayur lodoh, tutup api..sedia untuk di hidangkan panas..

yummy..ni kalau nak letak telur dan fish ball pun bleh..

Selamat mencuba ^^,

SIRAP BANDUNG COCKTAIL, sedapnyeeee

Salam readers..

rasa pagi bebute cenggini nak berblogging pasal resepi.. apehal la dia ni.. pagi nak semangat sangat ni nak berkongsi menu di bulan ramdhan ni.. tak payah pergi bazar yang belum tentu tahap kebersihan die terjamin.. selalunye, kalau dah mask dalam kadar yang banyak apa pun dah tak amek kira dah.. air pun tak di masak dak.. terusnye buat air.. korang pun minum sedap jek.. malam2 sakit perut..

selalu korang minum air bandung biasa2 jek kan.. paling hot pun bandung soda, or bandung cincau, or bandung cendol.. eh ade ke???? ok pagi ni aku ada resepi baru yang aku buat semalam.. puihhh tapi baru nak kongsi hari ni.. yup!!! mustilah!!! kita kena cuba dulu.. *try try..u wont die* eh bukan.. *try and error* pun bukan.. tapu try dulu sedap ke tak baru boleh kongsi ngan orang lain..

mula2 kita kena tau bahan2 dulu..
1 tin cocktail buah
1 tin suju sejat (tak kesah la F&N ke Ideal ke sebat jek)
sesudu sirap gula rose (bau rose yg wangi tau)
1 cawan air(nak panas boleh, sejuk pun boleh)
ais kiub yang banyak

ni la buah kotel tu.. tapi yang laici tu jangan la kau sumbat..
laici tu buat la air laici..kan tak jadi macam minaci..suma kau letak..

ok pas tu kita aku bagitau macam mana nak buat nye:

1. amek jug, senduk.. letakkan kat atas meja.. eh, kau pakai apron dulu tau.. bukak tin buah, bukak tin susu sejat..
2. masukkan sesudu sirap gula rose.. kalau nak merah kau letak dua sudu.. nak merah lagi kau amek inci merah buat kek, then kau letak..
3. amek air secawan masukkan dalam jug, baru larutkan dengan sirap.. masukkan buah cocktail tu dengan air dia sekali.. baru sedap..
4. kau kacau dengan slow motion supaya buah2 kat dalam jug tu tak pening.. baru kau masukkan susu sejat.. kacau sehingga rata..
5. untuk di hidangkan, letaklah ais kiub.. sejuk dan menyegarkan..

 selalu buat cocktail jek.. ni tuka cara k..

eh ni bukan sirap cocktail.. kau jangan letak cincau tau..
nanti rasa dah pelik aku tak bertanggungjawab!!!

Selamat Mencuba (^^..)

BLUEBERRY CHEESE TART PLEASE!!!!

salam..


hai readers.. dah berapa hari ni tak hapdate belog.. fuhhh2.. lap2 sikip monitor ni.. habis berhabuk dah belog ni.. atas permintaan si manja Qaseh, aku bagi resepi macam mana nak buat bluberry cheese tart ni.. tapi sebnanye resepi jek ade.. tapi tak pernah mencube.. almaklumlah bahan yang di perlukan hamat tinggi kos nye.. simpan jek la dulu niat di hati nak buatnye..


ok, firstly, nak buat tu mestilah kena tau bahan2 dia.. tau tak acuan untuk buat tart ni?? jom tengok..

 nampak tak??? yang ni acuan biasa lah..

kalau nak extreme sikit boleh guna acuan ni..tapi kompon tak best..

da pilih nak guna acuan ape, baru bleh cri bahan2 pengadun kan..

untuk buat biskut tart duku k..

170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur Gred C : tak kisah la gred apa yang korang nak
290gm tepung gandum (cari perkataan superfine : yang tu sedap)
1 sudu kecil esen vanilla (vanila, tapi warna itam tau3)

ok pas tu cara nak buat dia pulak..
  1.  Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu(alah senduk apa pun boleh). Jangan putar lama sangat. maksudnye tak perlu terlalu kembang.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu. pukul sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh. agak2 la nak masukkan tepung bia jadi lembut.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.


ha buat macam ni tau.. dah bakan keluarkan dari acuan..
eh??? melekat? tak boleh keluarkan??? ha sapu la mentega pada acuan sebelum tepek aduanan tu..

lebih baik guna telur gred c sebab adunan die sebati..biskut tart tu tak terlaku keras k..

bahan2 untuk buat krim cheese..

250g krim keju (cream cheese)
3 cmb gula pasir
2 cmb mentega
1 bj telur
6 cmb krim putar (whipping cream)
2 cmb tepung gandum
2 cmb blueberry filling

kalau tak nak guna whipping crean pun bleh.. tapi nak sedap gunalah ok..
cara2 nak buat cheese cream 

  1. Pukul krim keju, mentega dan gula
  2. Masukkan telur dan krim putar dan kacau lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga semuanya bercampur rata.
  4. Ambil sedikit blueberry filling dan masukkan kedalam kulit tat.
  5. Sudukan sedikit adunan tat keju menutupi seluruh blueberry filling. Jangan isi terlalu penuh. Sebaik-baiknya melebihi 3/4.
  6. Titikkan sedikit blueberry filling dibahagian atas dan lorekkan menggunakan lidi yang tajam untuk membuat corak dan hiasan.
  7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170C selama 10 minit sehingga masak.


 masuk kan blueberry filling tu macam ni..
nak sedap bubuh kurang lebih..

lorekkan dengan lidi spaya comel macam ni.. cantikkan

Selamat Mencuba (^^.)