JOM MASAK | AYAM BERLADA HITAM

Salam,


haaa.. lama kan cik Puteri tak kongsi resepi dengan korang.. ok sebnanya dah lama dah cik Puteri buat ayam black pper ni.. tapi baru hari ni rasa nak post.. ok resepi di gubal, di guling, di edit dan di sesuka hati kan sendiri oleh cik Puteri.. Alhamdulillah.. sangat sedat sehingga tambah menambah seisi keluarga..

Masak ni tak de lah susah sangat.. campak2 aje.. tapi kalau untuk insan tersayang jangan campak2 k.. jom tengok resepi untuk buat nye.

Bahan-bahan yang diperlukan :

- 1 biji Bawang Merah , 3 biji bawang putih, 2 biji lada basah , sepotong halia dihiris halus
- 3 sudu sos black pepper
- 1 paket serbuk maggi berlada hitam ( mestilah dibancuh dengan air suam - sukatan 1 cawan besar )
- ayam yang telah di potong ( 5 ke 6 ketul ayam - mestilah di goreng dulu baru sedap )
- 1 sudu besar serbuk cukup rasa ( ganti garam dan perasa )

serbuk maggi perencah black pepper

aku gunakan sos black pepper yang ni.. sedap..

mudah kan bahan2 nya.. ok korang boleh letak bahan lain seperti carrot dan kentang yang di potong dadu.. tak de lah botak sangat hidangan tu nanti.. boleh juga letak sayur campur.. baru meriah.. ok cara2 nak buat pulak..

cara-cara memasak :

1) Panaskan minyak. Pastikan minyak sedikit saje ye..

2) Tumis bawang merah, bawang putih, lada dan halia yang di hiris tadi.. tumis sehingga naik bau.

3) Masukkan sos black pepper dan tumis sehingga naik bau.

4) Masukkan larutan serbuk perencah black pepper tadi dan tumis sehingga mendidih dan menjadi pekat.

5) Sekiranya ada bahan tambah boleh masukkan.

6) Setelah kuah menjadi pekat, masukkan kan perasa ( garam / gula / serbuk cukup rasa ) kacau sehingga sebati.

7) Masukkan ayam dan tumis sehingga mendidih. Tutup api dan sedia untuk di hidangkan..


 nyummy!!!!

Selamat Mencuba (^^,)

TRAGEDI PENCURIAN BERSIRI

Salam...

Hai.. nampak sangat pemalasnya nak update kan.. Ni nak cerita la tragedi yang sungguh menyayat hati ni.. julung-julung kali di sambut.. eh bukan.. ni kira first time la.. haiihhh tak tau nak macam mana nak cerita.. eh belit2 pulak ni ape hal..???

haha.. ekceli kite punya helmet dah sah di rompak oleh manusia yang tidak kenal apa itu erti kesusahan apabila tiada helmet utnuk pulang ke rumah.. sungguh!!!! aku dapat siapa yang amek helmet tanduk aku tu memang aku ikat gantung kat langit.. spanar punya budak!!!!!

moh le tengok gambar.. kepala dah tak ada.. tinggal leher aje.. macam kene hukum pancung.. kesian kat kau..


:- jadi.. kenangan ini perlulah di abadikan bersama kari adabi..

ALAMAK KELEWATAN NAK UCAP SELAMAT HARI GURU

Salam.. Hai..

Dah setahun masa berlalu.. Teringat kembali tahun lepas sambut hari guru di sekolah, handle program supaya semua orang berpuas hati dan tak boring.. Rindu nya waktu tu.. Dikelilingai junior comel2 yang support akak abang untuk menjayakan program ni.. Akak sangat hargai ye adik2..

Dan sekarang, khabarnya suasana dah tak macam dulu.. Sambutan yang hambar dan kurang menyeronokkan.. Tak ape.. yang penting, ucapkan Selamat Hari Guru kepada guru2 yang telah memberi tunjuk ajar kepada korang.. Hargailah dia selagi kita dibawah tanggungjawabnya..

Nak kongsi rahsia aku dengan cikgu aku la.. nak tau???

1) Masa form 4, first day and first month belajar Add Math dengan Cikgu yang bernama Azhawani.. yup cikgu tu sangat la bagus mengajar Add Math.. jadi my favret teacher la.. Exam cun je dapat B+.. Tapi tahu tak cikgu, lepas cikgu pindah je, saya belajar Add Math dengan cikgu lain, habis terjuman semua.. tak paham dan susah nya nak paham.. asyik2 G je..

2) Masa darjah 2, yup aku baru masuk sekolah baru, SK Taman Molek.. Second day tukar bas sekolah dah kena tinggal sebab lambat keluar.. wuwuwuwu....T__T menangis aku kat situ.. Berjalanlah longlai sambil teresak2 nagis sebab kena balik jalan kaki dengan umur baru 8 tahun..

Tiba2, seorang cikgu bermotosikal lalu di sebelah dan bertanya :
" Kenapa menangis?? "
" Saya kena tinggal bas. "
" Rumah awak kat mana ??"
" Kampung Baru. "
" Awak tahu jalan balik rumah.??"
" Tau.."

Cikgu tu pun hantar aku balik ke rumah dengan selamat.. Cikgu tu lah yang ajar aku matematik darjah 6.. mm Cikgu Zakaria.. Dialah yang ajar aku apa itu matematik, yang sebelum ni tak pernah nak lulus matematik dari darjah 3 sampai darjah 5.. Nampak sangat kurang pandai nya.. dia ajar aku sampai jadi top 3 student dalam kelas dan bertanding quis matematik pasca UPSR..

Tahu tak cikgu??? yang sebenarnya rumah cikgu sekarang berada di belakang rumah saya.. tu pun anak cikgu yang cakap.. Siti Humairah.. Junior kesayangan saya.. hehe.. Tapi saya pun tak tahu rumah cikgu yang mana 1.. hihi..

2 cerita jelah nak kongsi.. hehe.. jom tengok gambar sekitar majlis sambutan Hari Guru tahun lepas.

Hasil kreativiti senior2 form upper 6..

With my assistance a.k.a my twin..haha sangat la kan..

With my class teacher.. We all miss u..

Aku nak ucapkan SELAMAT HARI GURU buat semua guru yang telah mendidik aku sejak tadika hingga berjaya menjadi dewasa.

The Avengers Gelak Sakit Perut

Salam..

Hai Cik Tassa.. Dah macam sistem berbalas email melalui blog ye cik Tassa.. Haha.. ok The Avengers ye.. Ceritanya sangat menarik tertarik lagi mengusik.. hahaha.. Jalan cerita yang tidak membosan kan.. eh ade ke cerita orang putih yang membosankan??? hahaha...

ok, ni la baru di panggil The avengers.. ye tak Cik Tassa..

Character Pilihan Hati :

1) Loki
Haha.. dia ni katanya adik berdik kepada Thor.. tapi Thor cakap dia ni hanyalah anak angkat.. memang tak boleh menahan gelak nye.. Dia la yang  cuba nak merampas menatang nama ape ek?? ala lupa lah.. tapi mende tu sebagai kunci untuk tentera alien pelik lagi hodoh lagi menggelikan turun ke bumi untuk memulakan peperangan. Tak menahan bila Loki di bantai oleh hulk yang mula naik angin.. "DEWA LEMBIK"!!!! haha..

2) Iron Man
Dalam Cerita ni dia seperti mekanik saja.. tugas untuk membaiki kapal terbang yang rosak.. tapi adakah itu kapal terbang?? ape ek nama kenderaan tu?? dua alam.. boleh hidup di laut dan di udara.. Iron Man macam biasa lah dengan perangai berlagak dia tu bak kata Cik Tassa kita ni..

3) Thor
Tu la dlu tak nak tengok cerita Thor.. kan dah tak tau siapa dia tu.. Yang aku tahu Thor ni abang kepada Loki yang turun ke bumi menjejaki adik nya  yang telah hilang.. Hilang ke?? Cik Tassa.. tolong jawab kan.. Thor ni ade tukul besi yang sangat berat.. tak menahan tengok hulk cuba nak angkat tukul besi tu tapi tak kuat.. sempoi..

4) Captian America
Ok dia ni tak habis2 cik Tassa cakap hensem la..ape lah.. pun begitu, dia ni ada piring besi ntah apa nama nya.. haha.. semua tak tau.. piring besi yang sangat ampuh dan mampu menahan segala serangan.. Cheers la captain..!!!

5) Bala Tentera Alien
Haha.. sekali tengok depa ni macam ulat bercengkerang.. dua kali tengok tak dapat den nak describe mahluk apa ni.. huduh sungguh.. Askar aliean yang kecik2 ni lagi lah huduh.. da la huduh.. ganas pulak tu.. haha..

6) Polis
Rasanya dalam cerita ni kehadiran polis sangat tak di perlukan.. kehadiran mereka hanya meningkatkan jumlah kematian aje.. hehe.. 

Ok so far cik Tassa.. lepas saya tengok cerita ni sangat lah best.. dan dekat dengan jiwa ni pun kan.. Alangkah bagusnya kalau avengers 2 mereka berkolaberasi dengan hero2 yang lain.. ultraman mungkin.. ultraman kan besar dan mampu melawan alien besar tu..haha..

Mungkin jugak mereka boleh berkolaberasi dengan hero malaysia seperti Cicak-Man ni cik Tassa kata.. atau Super-Mak.. Mungkin Bionik pun mampu melawan depa yang jahat ni..hehehe..


STPM : MUDAH ATAU SUSAH???

Salam,

Hai warga blogger, rasa nya semalam adalah tarikh keramat bagi mereka yang bergelar pelajar STPM 2011.. sebab tarikh keputusan STPM keluar semalam.. Adakah korang berpuas hati?? atau adakah keputusan korang tu tak logik?? dan adakah keputusan korang tu telah tertukar markah dengan orang lain??

Banyak tak tanda tanya terhadap keputusan korang tu?? adakah korang jangka keputusan korang tu lebih baik dan hebat dari apa yang korang dapat?? atau keputusan korang tu sebenarnya amat mengejutkan kerana korang peroleh keputusan yang lebih baik dari yang korang jangka??

Inilah alam realiti.. bergelar pelajar pra-u bukan mudah.. kerana korang adalah calon untuk melangkah ke peringkat yang yang lebih tinggi dan peringkat itu adalah pasaran masa hadapan korang.. Susah ke peperiksaan STPM ni??

Jom lihat satu persatu :
  • Di sekolah, korang di ajar oleh guru.. Dan korang yakin, cikgu tu mampu mengajar korang untuk berjaya. Korang ikut setiap kata cikgu, buat kerja rumah, buat latihan, ikuti teknik menjawab dan yang paling hebat lagi, korang dah khatam pun buku tu.. nak khatam untuk yang ke 1000 kali nya boleh muntah.
 
  • Tapi, yang menanda peeriksaan sebenar bukan lah cikgu korang.. tapi orang lain.. mungkin dia seorang guru tingkatan 6, mungkin juga die seorang pensyarah universiti.. setiap orang lain cara menandanya walaupun menggunakan skema jawapan yang sama..
 
  • Apa yang perlu korang buat, adakan jaringan luas sesama rakan pra-u dari lain-lain negeri.. sekarang ada facebook dan twitter.. gunakan semuanya ke arah itu.. Mungkin rakan negeri lain menggunakan buku yang lain dari buku yang kita gunakan..
 
  • Cikgu aku pernah kata, pelajar pra-u tak cukup baca 1 buku, sekurang-kurangya bacalah 3 atau 4 buah buku dalam 1 subjek.. itu pun belum tentu kita boleh dapat A.. ini bermakna, pelajar pra-u perlu banyak membaca dan perluaskan pengetahuan.
 
  • Lebih penting lagi, dapatkan soalan2 latihan dari negeri lain serta jawapan nya.. mengkin korang buat soalan yang sama tapi, setiap tempat mempunyai jawapan yang berbeza.. dan dalam banyak2 jawapan, yang di terima mungkin 1 atau 2 jawapan sahaja..
 
  • Ingat, STPM buakan seperti PMR dan SPM.. pelajar arus perdana telah di tetapkan silibus untuk pembelajaran dan rujukan pertama adalah buku teks. Tetapi STPM perlukan pelbagai buku, pelbagai rujukan.

  • Seharusnya usaha yang berlipat kali ganda.. STPM 2012 beruntung kerana menerima bantuan dari kerajaan.. Sepatutnya gunakan wang itu kearah untuk mencapai kejayaan.. wang itu sangat cukup untuk membeli buku untuk rujukan perbagai kerana buku rujukan STPm bukan semahat buku budak di universiti.

Aku dah usaha tapi aku tak berjaya :

  • Persoalan itu tetap berlegar2 dalam kepala aku ni.. sebenarnya, ada beberapa sebab.. Bila kita dah berusaha, dan peperiksaan dah beakhir, yang ada hanyalah urusan kita dengan tuhan.. sebab tuhan yang tentukan hikmah nya..
 
  • seperti usaha fizikal kita menghadapi peperiksaan.. baca buku, buat latihan, menghafal, memaham dan banyak me lagi.. macam tu jugak usaha kita dari segi rohani.. mungkin kesilapan yang kita tak nampak tu pada Tuhan.. mungkin kita tak cukup mendekatkan diri dengan Tuhan dan mugnkin kita tak istiqamah dalam melakukan sesuatu..kan3???
 
  • Percayalah pada D.U.I.T   :   Doa  |  Usaha  | Ikhlas/Istiqamah  |  Tawakal
 
  • Selain tuhan, hubungan kit dengan manusia pun perlu baik.. dengan bibu bapa, rakan2.. guru2 dan semua orang di sekeliling kita..kadang2 kita tak perasan kesilapan kita.. kan3..

Jika kita dah lakukan semua kat atas tapi masih tak berjaya???

  •  Jawapan nya senang je, Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.. Dia ada hikmah yang kita tak nampak.. Dan kita akan nampak bila sampai masa nya..
Dan percaya setiap apa yang berlaku ada hikmah nya - Alhamdulillah, sudah memotivasikan diri-