JOM MASAK | AYAM BERLADA HITAM

Salam,


haaa.. lama kan cik Puteri tak kongsi resepi dengan korang.. ok sebnanya dah lama dah cik Puteri buat ayam black pper ni.. tapi baru hari ni rasa nak post.. ok resepi di gubal, di guling, di edit dan di sesuka hati kan sendiri oleh cik Puteri.. Alhamdulillah.. sangat sedat sehingga tambah menambah seisi keluarga..

Masak ni tak de lah susah sangat.. campak2 aje.. tapi kalau untuk insan tersayang jangan campak2 k.. jom tengok resepi untuk buat nye.

Bahan-bahan yang diperlukan :

- 1 biji Bawang Merah , 3 biji bawang putih, 2 biji lada basah , sepotong halia dihiris halus
- 3 sudu sos black pepper
- 1 paket serbuk maggi berlada hitam ( mestilah dibancuh dengan air suam - sukatan 1 cawan besar )
- ayam yang telah di potong ( 5 ke 6 ketul ayam - mestilah di goreng dulu baru sedap )
- 1 sudu besar serbuk cukup rasa ( ganti garam dan perasa )

serbuk maggi perencah black pepper

aku gunakan sos black pepper yang ni.. sedap..

mudah kan bahan2 nya.. ok korang boleh letak bahan lain seperti carrot dan kentang yang di potong dadu.. tak de lah botak sangat hidangan tu nanti.. boleh juga letak sayur campur.. baru meriah.. ok cara2 nak buat pulak..

cara-cara memasak :

1) Panaskan minyak. Pastikan minyak sedikit saje ye..

2) Tumis bawang merah, bawang putih, lada dan halia yang di hiris tadi.. tumis sehingga naik bau.

3) Masukkan sos black pepper dan tumis sehingga naik bau.

4) Masukkan larutan serbuk perencah black pepper tadi dan tumis sehingga mendidih dan menjadi pekat.

5) Sekiranya ada bahan tambah boleh masukkan.

6) Setelah kuah menjadi pekat, masukkan kan perasa ( garam / gula / serbuk cukup rasa ) kacau sehingga sebati.

7) Masukkan ayam dan tumis sehingga mendidih. Tutup api dan sedia untuk di hidangkan..


 nyummy!!!!

Selamat Mencuba (^^,)

3 comments:

tassyanatassya said...

Pah nie inak ajar u masak ice cream goreng lah...
sedap pulok hari tu nabilah ajar i...hehe..

smpai ter melt2..heee..

Qaseh Puteri said...

wah.. sedap sedap sedap..

Kak Noor said...

Mesti pedaskan. Kombinasi perencah lada hitam maggi dengan sos lada hitam life. Puuh! berpeluh ni.... walaupun pedas tetapi sedap. Satu kepuasan!