MISI TIGA TAHUN DAH SELESAI

Assalamualaikum,

Yeahh,,,

Aku dah habis bekajar. Dan tak sangka, pengakhiran yang sebegini. tak ada beza pun dari sebelum aku sambung belajar. Ermm tak cerita kot apa yang dah berlaku selamat 3 tahun kat bumi Penang tu. Aku always je update insta, dan aku akui, bukan semua aku cerita dalam tu. Untuk cerita apa berlaku selama 3 tahun tu, aku pasti semua orang hadapi benda yang sama.

Mungkin aku akan kembali berblog secara sepi. Ye sepi, dulu adalah rakan-rakan yang sama berkongsi kisah di blog. Zaman kegemilangan blog dah lama habis. Dan kalau jadikan blog untuk diary peribadi pun tak pa, tak ada siapa yang akan baca. huh!! sarkastik sangat.!

Apa yang aku nak bualkan?

Entah...

Tak ada idea..

Dah lama mulut aku terkunci dari bercerita since tak ada orang yang nak mendengar...

Begitu sedih?

Entah...

Ok lah, kita cerita apa rancangan aku lepas ni? mestilah kerja.. tapi sebenarnya aku belum bersedia untuk buat apa-apa.. entah, diri macam kaku tak tahu nak buat apa since kembali jejakkan kaki di bumi Johor ni atas alasan dah habis belajar. Dah tak perlu terkejar-kejar untuk membeli tiket bas takut tak dapat single sit.. Semua tuh habis.. Sekarang aku kembali semula macam tiga tahun yang lalu..

hurmmm TIGA TAHUN!!!

Apa yang aku patut buat??

Sekarang banyak sangat masa untuk diri sendiri.. Banyak sangat masa untuk berangan, mengimbas kembali.. Dan ini yang aku sangat-sangat takut. Takut akan banyangan sendiri yang masih tak dapat lepaskan apa yang berlaku.

Macam-macam dah berlaku dalam masa tiga tahun ni. Sengaja aku tak ceritakan pada sesiapa. Mereka cuma nampak kesusahan aku yang satu tu, keperitan yang lain, tak apa lah.. Allah kan ada.. Hati kita Allah yang jaga.

Melayan cerita-cerita fantasi hanya akan bawa aku untuk hidup berfantasi, dan sampai bila?? sampai bila nak lepaskan belenggu yang kau cipta untuk diri kau sendiri??

Dan tu tugas aku untuk diri aku sendiri selepas misi tiga tahun ni selesai.

KERJA DAN KERJA

Assalamualaikum..

Sekarang dah 10 malam terakhir ramadhan.. tapi waktu ni cuti pulai.. haihhh... Dan tak sangka, dah almost 3 weeks aku kerja.. buat dua kerja.. part time dan part time.. kerja pertama mengajar tusyen.. kerja kedua tak boleh bagitau.. haha..

Pikir nak raya, nak ada duit beli baju raya.. berhutang, nak bayar hutang.. kerja.. kerja.. kerja... kerja pun salah satu perkara yang baik untuk aku.. dapat lah sibuk-sibukkan diri..

Tapi apa lah sangat dapat sibuk-sibukkn diri ni.. tetap teringat benda lepas.. haihhh.. semoga Allah kuatkan hati aku.. semoga Allah cekal dan tabahkan hati aku.. Amin..

Hidup kena kuat.. jangan hidup dibayangi masa lalu.. jangan hidup dibayangi kenangan dulu.. mesti move on.. nak move on pun, kena sungguh-sungguh.. tau Aishah tau.. kau boleh.. insyaAllah kau boleh..

Sayang kat diri sendiri dulu.. Sebab Allah sayang kau.. mak abah sayang kau... pedulikan kau orang lain tak sayang kau..

heeee.. ni kalau hawa ke tassa ke julaika baca ni, mesti kena bebel ni..

RAMADHAN 2013

Assalamualaikum..

Tak sangka dah ramadhan.. berakhirnya paper final exam, bermulanya cuti, bermulanya puasa.. Dam macam biasa perpuasa dirumah.. tapi tanpa apa-apa kerja.. niat nak tolong mak su buat kuih raya.. tahun ni mesti dia dapat tempahan kuih banyak.. tapi mesti malam..

Sem 2 dah habis.. sem ni alhamdulillah di kurniakan kawan2 yang banyak support, memahami, boleh jadi sahabat, boleh jadi family, boleh jadi kakak or adik, aktiviti rohani yang sangat membantu mengeratkan hunbungan antara kita.. sebagai tutor dalam study all most..

Alhamdulillah, aku tak pernah ada terasa dengan korang.. even, sakat menyakat, usik mengusik, kacau mengacau tu aku anggap gurauan.. gurauan berkasih.. hahahaha.. insyaAllah persahabatan di universiti ni akan jadi kenangan satu hari nanti..

see u all next sem..

Kedatangan ramadhan ni aku harap, aku dapat sucikan hati.. berusaha memaafkan.. tingkatkan amalan.. dan paling penting, berusaha elakkan perkara yang lagah.. insyaAllah.. Walaupun, ramadhan kali ni tak macam dulu..tapi tak pa.. family kan utama.. family di hati.. yang selalu support aku pun family..

Rasulullah s.a.w bersabda : barang siapa yang mendirikan malam2 dalam bulan ramadhan kerana mengharap iman dan pahala (Dari Allah) nescaya diampunkan dosa2nya yang telah lalu.



Selamat berpuasa, tingkatkan amalan, tingkatkan ketaqwaan..

Assalamualaikum..

GEGARAN DI PENANG

Assalamualaikum..

Hari ni sngat lega dan terasa burden tu da lepas.. sebab........ paper finance dah lepas.. Alhamdulillah.. walaupun two more paper ti go but, macam dah habis paper rasa nya.. walau macam mana pun, jihad tetap jihad.. two more paper la..

Dan semalam, sesuatu berlaku.. sekitar pukul 3++ petang semalam aku rasa kenapa pening semacam ni.. mungkin otak dah penat dengan finance kot.. aku cuba betulkan duduk kt kerusi ni.. walaupun telingan di sumbat headphone, aku dengan roomate yg lain cakap pasal pening.. eh, pening berjemaah ke ni..

Sume cerita saat pening yang diorg rasa.. aku pun.. aku pun.. tetiba rasa macam something.. terus aku bukak FB la nk tau ape cerita.. confirm la ramai akan post kalau ada pape belaku..

Ok post pertama aku dapat dari sorang budak diploma.. Ada gegaran sekitar kampus.. ok, batul la apa aku rasa tadi.. aku tunggu post seterusnya.. dari pegawai HEP.. hamek sekali dia post gegaran tu kuat sampai pakat nak turun dari tinggat 8.. dan post seterusnya pelajar yang bersama dengan beliau kata barang2 sampai jatuh.. punya kuat gegaran.. tapi di kolej delima ni rasa sipi2 je..

Mm.. betullah ada gegaran.. tapi effect dari gempa kat mana?? dalam fikiran terfikir Indonesia.. mula la suroh kawan cari mana2 sumber.. dan sorang roomate aku jumpa..

Gempa Bumi Kuat di Sumatera Utara, Indonesia
Pada 02 Julai 2013, 03:37 petang

Satu gempa bumi Kuat bermagnitud 6.1 pada skala Richter telah berlaku di Sumatera Utara, Indonesia pada 03:37 petang, 02 Julai 2013. Pusat gempa bumi terletak di 4.7° Utara dan 96.8° Timur, 65km Barat Daya dari Lhokseumawe,Indonesia, 385km Barat Daya dari Balik Pulau,Pulau Pinang.

GEGARAN dirasai di P.Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan Melaka. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia sedang memantau perkembangan ini dan akan memaklumkan maklumat yang terkini.


SubhanaAllah.. Peringatan dari Allah.. Allah nak kita sentiasa ingat mati.. Supaya dapat jaga iman, bertaubat dan kumpul seberapa banyak amalan kat dunia ni..

Dan peringatan untuk diri sendiri.. Now, two more paper.. jihad.. Doakan aku berjaya dan selamat habiskan final sem 2 ni.. Assalamualaikum..

FINAL SEM 2

Assalamualaikum,

Final dah semakin hampir.. kurang dari 24 jam.. haha.. Alhamdulillah, hujan tujun kat bumi permatang pauh ni menyebabkan jerebu semakin mengundurkan diri.. Tak de istilah batal kelas or batal final exam sebab jerebu.. hamboi hamboi hamboi..

So, final ni ada 5 papers compared to last sem.. hanyak 5 papers je.. Sem ni memang banyak dugaan.. tak ape, dugaan tu mematang kan.. Sem ni jugak stady week 4 hari jadi 2 hari.. haha...

Operation Management - 27/6/2013
Tamadun Islam dan Tamadun Asia - 29/6/2013
Principle and Practice of Marketing - 1/7/2013
Finance - 3/7/2013
International Business Management - 5/7/2013
Human Resource Management - 8/7/2013

Selang sehari je setiap paper???


Dan, sedikit selingan, program bersama angkasawan masuk sukabo.. haha..


Ok, dan akhir sekali, good Luck!!! Jia You!! Ganbatte!!! Semoga Berjaya!!! Bittaufiq Wannajjah!!! for you all yang akan final exam.. buat yang terbaik, banyak kan berdoa.. InsyaAllah, Allah tolong...


Selamat berjuang... Assalamualaikum..