MENCARI KEIMANAN DIRI

Assalamualaikum..

Dah jarang sangat dapat update something kat blog ni.. rasa nya blog ni perlu di update lagi tapi kena kerah idea lagi.. mood nak bercerita tak sehebat dulu.. dulu ada geng blogger yang hangat nak mengupdate cerita.. sekarang dah jarang.. ada yang dah hilang.. betul la zaman kegemilangan blog bukan lagi sekarang.. untuk aku la..

Dan sekarang, dalam proses mencari identiti sendiri.. kemana nak bawa diri ni? apa tujuan hidup ni? dan apa arah tujuan aku hidup kat muka bumi ni?

Sebagai seorang manusia, hidup sebagai umat islam yang berlandaskan agama, perlu pandai meletakkan diri tu di tempat yang betul.. Dari seorang perempuan yang kasar sepatut nya menjadi seorang perumpuan yang elok sesuai diletakkan di tempat seorang perempuan, muslimah, lemah lembut, sopan, beradab dan banyak lagi.. itu hal sifat perempuan..

Sebagai seorang islam, 5 waktu solat tu tak cukup.. buat wajib aja tak cukup nak tambah keimanan dalam diri.. tampal lubang2 kosong dalam hidup tu dengan berbuat benda yang sunat.. Aku tengok roomate aku kerap bangun qiam sedangkan aku hanya bangun qiam berapa kali aja dalam sebulan.. baikkah?? cukup ke untuk menampal dosa yang aku telah buat sebelum ni??


Jadi apa diri sendiri kena buat??

Belajar..

banyak panduan sekarang.. jika tak mampu nak berguru kita masih ada kitab.. Al Quran mengajar segalanya.. kita masih ada panduan.. buku2 panduan yang banyak kat kedai tu kalau bukan kita yang pergi cari siapa yang nak dapatkan untuk kita??

Balajarlah..

Masih belum terlambat untuk  belajar selagi kita belum mati..

PENDIRIAN | THINK

Assalamualaikum,

Dah lama sangat cuti.. Dah rasa segalalemak naik semua.. Latihan fitness perlu di teruskan.. tapi apekh?? sanggup?? Dan bulan 3 pun menjelama.. maksudnya sem baru pun akan mula.. subject baru pun akan mula.. dah sedia?? ok you think sendiri..

Dan tetibe nak update satu petikan hasil pembacaan dalam err.... novel?? haha.. sejak bila kau ada hobi baru mengumpul novel yang banyak dalam masa sebulan?? Dan berapa duit kau habis dengan novel2 tu?? sungguh la.. entah hobi baru yang tak tau datang dari mana.. dari langit??

" Relationship bagi dia satu ending je, marriage. Dia tak nak bawak awek lawa seksi ke hulu ke hilir buat teman sosial macam dah kahwin, lepas tu nak kahwin nanti cari lain pulak. Dia nak wife dia nanti, yang tak pernah di sentuh di pandang lelaki selain dari apa yang patut. Dan dia tak rasa patut untuk dia buat macam tu pada mana2 perempuan yang bakal jadi isteri orang jugak suatu hari nanti."
See, ayat makan dalam sentap, bisa dan segalanya. Pendirian yang teguh dah utuh. Fikiran perenpuan only one bila cerita pasal relationship. Their man is their future man. Man, can't you got it?? realized that??


hlovate[pelangi]

DOA KETENANGAN HATI #2

Assalamualaikum..

Hai.. bertemu lagi.. dalam kehidupan seharian kan, banyak tak masa yang kita bazirkan untuk benda-benda lagha?? banyakkan.. Tapi ada tak kita top-up balik dengan mendekatkan diri dengan Tuhan??

Waktu kita susah memang kita cari Allah sebab masa tu kita tau kita buat salah dengan Dia.. Tapi bila kita senang pun kita wajib ingat Allah.. sebab Allah yang bagi kesenangan kepada kita.. Jadi, tingkatkan doa, mintalah apa sahaja kepada Allah.. memang tu pun yang Dia nak..

Jadi, ni adalah doa seterusnya. Boleh diamalkan ketika belajar, bekerja, merasa susah, menikmati kesenagan.. Semuanyalah..

" Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada Kami; sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (Al Baqarah 32)

" Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Ath Thalaaq: 2-3) - ayat seribu dinar

" Maha Suci Tuhanmu yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka katakan. Dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam." (Ash Shaaffat: 180-182)

" Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung." (Ali'Imran: 173)

Akhiri penutup doa ini juga selawat. Sebab selawat itu umpama setem yang nak membawa doa ke langit. Sebab tu kena buka dan tutup dengan selawat. Agar berkat. Amin.

hlovate[tunas]




DOA KETENANGAN HATI #1

Assalamualaikum...

Hai readers.. Dah lama tak mencoret sesuatu kat sini.. Dan rasanya, InsyaAllah aku akan tulis benda yang lebih bermanfaat kat sini selain dari rutin hidup sebagai manusia.. InsyaAllah.. mungkin ini permulaan yang baik.. Setelah sesuatu berlaku pada diri ini, Alhamdulillah, ia lebih mendekatkan diri aku dengan Tuhan.. Tuhan yang Satu.. Tuhan yang Maha ESA.. Maha AGUNG...

Sesungguhnya, apabila berlaku sesuatu pada diri, Allah tu nak uji samada kia masih ingat dia lagi ke tak.. Betulkan.. Alhamdulillah.. Stelah berkira-kira hari demi hari.. rasa yang tertanggung itu semakin menampakkan ketenangan.. Sebanarnya diri kita sendiri yang kena kuat.. Diri kita sendiri yang kena tabah.. Kita yang perlu mulakan.. Alhamdulillah Ya Allah.. Diri ini semakin dekat dengan mu.. Tolong aku untuk terus berada di jalan mu..

Sejak-sejak ni jugak, hati dan fikiran telah membawa aku untuk membaca novel2 rileks dan islamik.. Jadi aku sertakan beberapa doa hasil petikan dari salah satu novel yang aku baca.. Dan InsyaAllah.. Aku akan naikkan kan lagi beberapa petikan yang sangat bermanfaat.

1) Ini doa Nabi Musa selepas baginda balik daripada berbicara dengan Allah dan menerima perintah. Yang bila baginda balik sahaja pada kaum dia, Samiri dah mengajak orang lain agar sesat dan sembah patung anak lembu :

"Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmat Engkau, dan Engkau adalah maha Penyayang antara para penyayang." (Al A'raaf: 151)

2) Doa pemuda-pemuda dalam cerita Ashhabul Khafi tu semasa melarikan diri daripada raja zalim :

"....Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)." (Al Khafi: 10)

3) Doa Nabi Musa, yang dibaca selepas dia terbunuh seorang Qibti yang bergaduh dengan seorang bangsa Israel di tengah pasar. Yang dibaca unuk memohon ampun:

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku." (Al Qashash: 16)

4) yang daripada Surah Thaahaa ini pula doa Nabi Mus alaihissalam memohon kepada Allah agar dadanya dilapangkan untuk menghadapi Firaun yang terkenal sebagai seorang raja yang kejam :

".... Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan." (Thaahaa: 114)

"Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau daripada bisikan-bisikan syaitan, Dan aku berlindung pula kepada Engkau Ya Tuhanku, daripada kedatangan mereka kepadaku." (Al Mu'minuun: 97-98)

"Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku. Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku. Supaya mereka mengerti perkataanku." (Thaahaa: 25-28)

hlovate[tunas]


2013 | APA AKAN BERLAKU

Assalamualaikum,

Dah 2013 kan.. apa yang korang dapat tahun lepas? apa yang korang kumpul tahun lepas? apa yang terjadi pada korang tahun lepas? manis? pahit? atau no feels? apa yang korang harapkan tahun ni?? ni ni ni..tahun 2013 ni? lebih manis? lebih tabah? lebih berdaya? atau masih mencari erti hidup sebenar?


Sedar diri dah 21 tahun..tapi meningkatnya umur kita, meningkat ke amalan kita?? 2012.... sesuatu yang indah dan manis untuk aku di awal tahun.. tapi sesuatu yang pahit untuk aku kunyah dan hadam di hujung tahun.. sakit.. Allah je yang tahu..

Sedang berkira-kira jika ini adalah ujian, atau ini adalah takdir, atau jika ini adalah balasan..

Jika ini ujian, cekalkan hati aku, tabahkan hati aku..
Jika ini takdir, kuatkanlah aku, ikhlaskanlah hati aku..
Jika ini balasan, ajarkan aku untuk bersyukur kerana tuhan masih sayangkan aku..


Sesuatu yang indah di tahun lama mengukir senyuman, mengenang kembali kisah lama.. zaman kegemilangan darah panas.. berputiknya kelopak-kelopak kasih sayang.. mekar menyinari segenap inci kehidupan.. tahun yang indah melakar setiap detik melepasi waktu tanpa di sedari ia menghampiri kepincangan..

Jika sedih itu membawa lara, ajarkan aku untuk kembali senyum
Jika terseksa itu membawa derita, ajarkan aku untuk kembali meraih kekuatan
Jika kecewa itu membawa mebcana, ajarkan aku untuk kembali ke Maha Esa...



Perjalanan masih jauh, rintangan dan halangan makin panjang, ajarkan diri untuk lebih bersedia dengan lebih terbuka meneri apa yang berlaku.. belajarlah untuk menerima kesedihan.. belajarlah untuk bangkit mencari kebahagiaan.. sesungguhnya, kita hanya manusia yang banyak kekurangan..

Ya Allah, ajarkan aku untuk lebih matang dalam menghadapi halangan kedewasaan akan datang.. didik aku untuk selalu mengingatiMu.. bimbing aku untuk kambali kejalanMu. jika aku lalai, ingatkan aku.. jika aku alpa ingatkan aku, jika aku leka ingatkan aku..

2013 (tahun masihi, tapi bulan islam dihati)


Aku tak tahu apa yang akan berlaku..
Aku tak tahu apa yang bakal terjadi..

Tapi, apa yang aku harapkan, aku dapat merasai kemanisan, aku dapat merasai kegembiraan dan lebih penting lagi kebahagiaan.. walaupun aku terpaksa merangkak semula.. walaupun aku terpaksa berjalan semula.. walaupun aku terpaksa bertatih semula..

Sungguh aku harapkan yang baik dan yang membahagiakan hati dan jiwa.. jika itu adalah ujian aku gembira kerana mungkin akan kembali.. jika itu takdir, aku derita kerana aku mungkin aku sengsara dan jika itu balasan, aku terima dan aku reda..

Wahai hati, wahai jiwa.. kau kena bersatu dan suburkan rasa bahagia walaupun terluka..
Wahai hati, wahai jiwa.. kau kena kuat dan tabah walaupun terseksa..
Wahai hati, wahai jiwa..kau harus bersabar andai bahagia itu sedang menghampiri kalian tetapi datang dengan pelbagai halangan..


Jangan lupa pada yang Maha Mulia.. 
Dia penentu segalanya..
Dia mendengar kita..
Dia berkuasa... Kun fayakun
Assalamualaikum....


QasehPuteri 1/1/2013 @ 2.46am