DAH DISEMBER

Salam..

Haa dah disember pun kan.. maknanya tinggal beberapa minggu lagi berkuliah sebelum final sem.. final sem ni sama la macam UPSR, PMR, SPM, STPM rasa nya.. tak caye?? percayalah..

Time ni la rase kaki tak jejak lantai.. keja sana cini.. waaa program masih berterbangan.. haha apa nak jadi.. tiap2 malam asyik bersendu je.. apa pun tak ciap.. siapa tahu?? budak bilik pun tak tahu.. time tu la nak cakap tengok drama sedih lah apa lah.. erk?? ape aku merepek ni..

haaa.. dah nak habis tahun dah.. bila bapak call " ko bila nak balik??" aku pun jawab tahun depan bah baru balik" . haa bunyi macam tahun depan tu lama je kan.. padahal bulan depan je.. beberapa test dan quiz dan esemen dah lepas.. tapi quiz test esemen seterusnya masih menunggu.. waaa... buzy tau??? dah tau buzy tu nak melaan perasaan tu kenapa??

haaaa... tu la penyakit paling sakit daripada sakit kat organ dalam atau sakit nak demam exam ni.. tapi.... bila tau diri ni tak berapa nak pandai, tolong lah bangun...bangun.. study.. jangan dok nak melayan perasaan sangat.. nanti free je daftar diri sendiri kat tanjung rambut.. haa dah dekat dah ni nak gi tanjung rambutan..

kau kan ade Heart de Pure.. luahkan je kat citu.. no one knows your heart except DIA. haa.. haishhh sudah la tu.. dah disember dah ni.. ada la dalam dua tiga minggu lagi kan nak habiskan kuliah ni.. balik rumah nanti nak terjun laut ke nak cari laut je boleh kan.. yang penting time ni tolong la focus..

Ea Aishah Rahmany... haaa Tassya.. ciap la nanti.. wait for dark revenge from me.. ok la.. lama tak geram2 kat cini k.. bye.


SEMAKIN PANAS!!!

Salam..

Agak lama tak mencoret sesuatu kat cini.. hanya bukak tanpa khabar berita.. dah 2 bulan rupanya aku kat penang ni..macam2 rasa dah kat sini.. bila hujung2 pertengahan sem ni mula lah macam2 nak kne buat.. kena test la.. kena jawab quiz la.. assignment la.. ala macam korang la budak u..

tapi masa masuk sini dulu2 fikir positif yang business ni senang je.. dah ada basic.. goreng2 letak kacang je.. tapi bila dah terasa bahang dan panas mula la rasa tak nak tido.. mula la rasa semua nya tak kena.. haa time tu la rasa tak cukup tanah nak pijak..

Tapi orang macam aku ni memamg la kepala refum ladi kan diamond.. tidur awal.. dalam bas tidur.. dalam kelas pen terlelap2.. haihhh!!! macam mana nak kurang kan rasa mengantuk ek?? tambah2 subject killer memang kena fokus.. tu pun syahid jugak.. memang spesies tak makan saman..

post yang lalu aku ada cakap nak bagitau pasal subject aku kan.. ok untuk sem ni memang banyak jugak subject.. ada subject killer.. baru sem 1 dah ada subject killer?? err untuk budak baru macam aku boleh la killer nye..

1) Economics - series aku suka subject ni sebab masa form 6 dah belajar.. sedikt sebanyak mamang tau la.. aku bersyukur ekonomi ni aku dah tau nak belajar ape walaupun hakikat mimpi ngeri dalam kelas dengan lecture yang superb kelajuan tahap 200km/j memang cannot go la...

2) Account - ok untuk subject ni antara subject baru bagi aku.. memang agak pening belajar.. nasib la dapat lecture muda freshy master.. boleh la ajar satu per satu.. buat nya dapat lecture otai mau nye syahid aku ni.. so far quiz ok.. tapi test mak ai.. tak cukup kaki tangan aku nk jawab.. macam nak terbang je rase..

haaa korang mesti nak tengok gambar je kan.. bukan nak baca pun..

budak u kompom tau ape ke mende ni..
alah, budak asrama pun tau la..
ni charlie name nye..
binatang kejam lagi kan tak beradab..
aku dah kena dah dengan menatang ni..


3) Information system development - subject ni aku dah belajar masa form 6 dulu.. dalam subject computing.. ade ke patut budak2 ni cakap aku blaja kat sekolah pondok.. sebab nama computing tu macam tak pena dengar aje.. haha... tapi ni belajar lebih mendalam dan tak buat system pun.. huh!!nasib baik..

4) Kesatria Negara - ha ni antara subject yang menyusahkan aku.. susah ke?? berapa ramai ang minat kawad?? walaupun ada tapi tak ramai.. kokurikulum la kiranya untuk sem 1 ni.. ade assignment, ade test and final exam.. hamek kau..

5) Principle Management - belajar pengurusan.. kalau kat form 6 ni dalam pengajian perniagaan 1 bahgian pengurusan.. ha tu la dia.. tapi ini lebih mendalam dan lebih memenngkan.. dulu tak fokus pn bende ni..

6) Law - ini subject killer bagi aku.. sebab kena hafal kes yang di bicara kan tu.. semput.. walaupun dah belajar masa pengajiam am dan pengajian perniagaan dulu, tapi ni lai mendalam.. ada kitab law nye lagi.. cannot go nye bila aku asyik tersengguk je dalam kelas ni..

7) Languange Enrichment - haa n series best.. masuk balik kelas darjah 1.. belajar macam mana nak gunakan past tense, future simple, progessive semua lah.. even is are the pn belajar balik.. tapi ini subject tak masuk dalam final.. sebelum final dah abis test dah..

8) Mandrian - haa ini subject wajib amek sebagai bahasa ketiga.. aku pilih mandrian.. haa lecture nye sungguh la sempoi abis.. wat lawak je kerja nye.. rupa nya dia mengajar di sekolah menengah.. inga lagi masa first blaja sampai nak demam.. minggu ke dua belajar sampai muntah.. nasib la.. bende wajib tu kita jadi kan sebagai sesuatu yang menyeronokkan kan..

ni time kem participant development program..
malam tema arabic..
pakaian ku di taja FAther and MOther (FAMA)..
ternyata itu baju raya ku tahun depan..
mahai wooo...


eh ada lagi gambar..
hehe..

ok lah.. aku dah mengantok kot.. nak tidur ni.. gudnite..as salam..

aku rindu pada geng blogger aku.. rindu weh.. rindu...

MELANGKAH KE ALAM SETERUSNYA | UITM PULAU PINANG

Salam..

Hai hai hai.. Puteri kembali!!!!!!!

Masuk hari ni dah hari ke 19 aku kat  sini.. ok ok ok.. nak habak ni.. aku dah pun sah menjadi student UiTM kar Bukit Mertajam Pulau Pinang.. Alhamdulillah minggu destini siswa (MDS) dah habis 2 minggu lepas.. kelas pun dah bermula minggu lepas..

Walaupun keadaan kat sini macam tengah serabut2 dan huru hara, tapi aku bersyukur sebab di tempatkan kat sini.. sebenarnya tak tau lah macam mana nak cerita.. macam dah hilang ni skill cerita.. huuu... ok kita cerita masa mula2 daftar..

Waktu pendaftaran

- Aku sampai kat Bukit Mertajam pukul 7 pagi dan ciap2 nak ke UiTM.. Sampai kat UiTM family aku di sambut oleh PM ( pembantu mahasiswa/i) kat situ jugak semua dokumen settle, dapat kad matrik terus **sungguh huduh muka aku..macam nak tampal gambar je kat atas gambar yang tak berape nak comel tu** ok terus dapat kunci bilik dan terus ke kolej.. puhhh...

- Kolej baru beb.. nak cerita pasal kolej pulak.. ok 1 rumah ada 2 bilik, dan dua bilik air.. 1 bilik ada 4 orang.. setiap orang di bekal kan dengan 1 almari, 1 meja blaja, 1 lampu blajar, 1 softboard, 1 papan putih, 2 point plug, 1 kerusi, 1 katil dan 1 tilam.. ada lagi tak yang tertinggal???

Minggu MDS

- Kalau form 6 dulu namanya orientasi la kan.. tak pernah aku sakit time orientasi tapi time tu la nak datang sakit.. tak dapat nak join banyak aktiviti.. minggu MDS ni macam biasa la.. dengar taklimat, riadah main game.. tapi adalah part yang tak boleh nak kompromi.. geram nya..

- Minggu ni nak kenal dengan roomate, nak bemesra dan mengenali satu sama lain.. alhamdulillah.. aku dapat roomate yang baik dan menerima keadaan aku yang kkurangan ni.. thanks ye korang..
perkenalkan..
Na'imah - dari Perak
Linda - dari Melaka
Shida - dari Kedah
korang memang best!!!


jom lah tengok gambar sekitar majlis penutup MDS

teka teki.. di manakah saya??

PM (pembantu mahasiswa/i)

ok dua gambar ni je.. gambar roomate?? masa ni belum in mood bergambar lagi.. keadaan masih huru hara.. apa pun.. hope korang dapat hadapi dugaan yang akan datang mungkin esok.. mungkin jap lagi.. mungkin lagi beberapa minit.. ok.. nanti aku cerita lagi.. pasal study pulak kot.. ok adioss.. Salam..!!!

AKHIRNYA AKU RESIGN

Salam, Hai..

Akhirnya siap jugak resign letter aku ni.. huh!! apa pun, tak sangka, tomorrow will be last day.. but, after tomorrow aku continue kerja sebagai back up je sebab nak raya ni lah bayak pulak shipment datang.. Apa pun resign tetap resign.. Tapi kerja back up ni bukan lah kerja amal.. tapi di bayar gaji..

Selama beberapa bulan ( 1 hari selepas tamat STPM terus di offer di syarikat ini sehingga sekarang ) banyak dah pengalaman aku. Banyak yang aku belajar. Dari dulu tak kenal kontena tu apa, lorry tu apa sehingga sekarang dah tau lorry tu jenis apa.. Pengalaman dalam dunia logistik ni sangat2 best walaupun penatnya ya ampun.. Duduk dalam opis pun muke boleh gelap.. apekah???? konpius sekejap.

Apa pun, buat staff yang tinggal sorang diri tu, sila la persiap mental dan fizikal untuk kerja seorang diri.. Tak susah mana pun.. dan korang yang sedang cari kerja tu kat area Pasir Gudang, kat bawah ni aku tinggal kan alamat opis mana tau kot2 korang nak ganti tempat aku..

Aku akan miss pada boss suzzana dan staff nurul.

REZEKI DI BULAN RAMADHAN | TAWARAN KE IPTA

Salam, Hai..

Ramadhan datang lagi.. apa persiapa yang korang dah buat?? err persiapan ke?? kan dah tengah bulan ni.. bagi aku ramadan kali ni tak macam ramdan tahun lepas.. tahun lepas sangat meriah sebab ada lapok.. lapok ni seekor kuching yang sangat memahami manusia.. dia time puasa dia pun puasa jugak lah.. kat rumah memang tak nampak dia makan.. tapi tak tau la kat luar kalau di pose yuk2.. hehe..hapehal cite pasal lapok ni???

Bulan ramadan ni jugak mungkin rezeki sorang Aishah.. haishh ayat madah segala bagai.. eh eh eh.. tengok kat bawah ni..


Ha nampak tak??aku dapat masuk u.. yep itulah yang semua orang impikan.. bila dah habis belajar menengah mesti nak masuk u.. nak masuk u kerajaan.. kan3.. tapi apa pun, aku masih rasa belum cukup puas dan belum cukup gembira..

Kalau boleh mestilah kita nak masuk u sama2 dengan kawan yang sama2 kaita belajarkan.. memandangkan aku terpaksa sendirian ke atas, mestilah sedih dengan kawan2 yang lain.. kita belajar sama2.. pandai sama2.. ketawa sama2.. gila sama2.. sedih sama2.. mestilah nak masuk u sama2..

Tapi aku nak cakap kat cini.. DONT GIVE UP!!! hey korang2 yang mungkin baca ni aku nak cakap jangan give up.. UiTM masih ada lagi untuk second intake.. Kalau betul2 nak masuk u kena usaha dan rajin sikit.. rajin bukan laman web UiTM untuk peluang kedua.. tau3.. sini aku bagitau cara2 nya.. ikut pengalaman aku la kan..

1) Mula2 masuk web UiTM

2) Pergi ke sidebar kiri > borang permohonan > ijazah sarjana muda
boleh lah buat permohonan.. Pastikan dah beli no pin BSN.

3) Pilih course.. Bila pilih course mestilah kena pandai pilih.. macam aku ni yang result tak berapa nak bagus kena la pilih course yang sesuai dengan result contohnya :
    - Pilih course yang biasa2 tapi ada market untuk pekerjaan.
    - Jangan letak course yang korang rasa sesuai tu kat pilihan akhir atau pilihan bawah..
    - Penting bagi korang yang nak mohon ni kena semak kelayakan mengikut result SPM dan STPM/Matrik.
    - Jangan demand!!! ok.. (jangan pilih course tough tapi result tak berapa nak tough)

4) Bila korang dah hantar permohonan seelok nya korang yang semakan semula supaya permohonan korang tu dah masuk dalam sistem.. ok..

Tak banyak, sikit pun aku kena kongsi dengan korang.. Ini apa yang aku dapat dari sumber2 bacaan yang boleh di percayai dan atas pengalaman sendiri.. Paling penting, sebelum nak plih course tu, korang mesti tak paham course tu belajar apa kan.. Seeloknya korang search dulu course yang korang nak pilih tu supaya bila dah dapat nanti korang tau apa yang korang akan belajar nanti.. sebagai persediaan diri tak kena culture shot nanti..

ok la tu je nak kongsi dengan korang.. apa2 pun, Selamat Berbulan Puasa, Semoga puasa tahun ini di berkati dan di rahmati..