MELANGKAH KE ALAM SETERUSNYA | UITM PULAU PINANG

Salam..

Hai hai hai.. Puteri kembali!!!!!!!

Masuk hari ni dah hari ke 19 aku kat  sini.. ok ok ok.. nak habak ni.. aku dah pun sah menjadi student UiTM kar Bukit Mertajam Pulau Pinang.. Alhamdulillah minggu destini siswa (MDS) dah habis 2 minggu lepas.. kelas pun dah bermula minggu lepas..

Walaupun keadaan kat sini macam tengah serabut2 dan huru hara, tapi aku bersyukur sebab di tempatkan kat sini.. sebenarnya tak tau lah macam mana nak cerita.. macam dah hilang ni skill cerita.. huuu... ok kita cerita masa mula2 daftar..

Waktu pendaftaran

- Aku sampai kat Bukit Mertajam pukul 7 pagi dan ciap2 nak ke UiTM.. Sampai kat UiTM family aku di sambut oleh PM ( pembantu mahasiswa/i) kat situ jugak semua dokumen settle, dapat kad matrik terus **sungguh huduh muka aku..macam nak tampal gambar je kat atas gambar yang tak berape nak comel tu** ok terus dapat kunci bilik dan terus ke kolej.. puhhh...

- Kolej baru beb.. nak cerita pasal kolej pulak.. ok 1 rumah ada 2 bilik, dan dua bilik air.. 1 bilik ada 4 orang.. setiap orang di bekal kan dengan 1 almari, 1 meja blaja, 1 lampu blajar, 1 softboard, 1 papan putih, 2 point plug, 1 kerusi, 1 katil dan 1 tilam.. ada lagi tak yang tertinggal???

Minggu MDS

- Kalau form 6 dulu namanya orientasi la kan.. tak pernah aku sakit time orientasi tapi time tu la nak datang sakit.. tak dapat nak join banyak aktiviti.. minggu MDS ni macam biasa la.. dengar taklimat, riadah main game.. tapi adalah part yang tak boleh nak kompromi.. geram nya..

- Minggu ni nak kenal dengan roomate, nak bemesra dan mengenali satu sama lain.. alhamdulillah.. aku dapat roomate yang baik dan menerima keadaan aku yang kkurangan ni.. thanks ye korang..
perkenalkan..
Na'imah - dari Perak
Linda - dari Melaka
Shida - dari Kedah
korang memang best!!!


jom lah tengok gambar sekitar majlis penutup MDS

teka teki.. di manakah saya??

PM (pembantu mahasiswa/i)

ok dua gambar ni je.. gambar roomate?? masa ni belum in mood bergambar lagi.. keadaan masih huru hara.. apa pun.. hope korang dapat hadapi dugaan yang akan datang mungkin esok.. mungkin jap lagi.. mungkin lagi beberapa minit.. ok.. nanti aku cerita lagi.. pasal study pulak kot.. ok adioss.. Salam..!!!

8 comments:

Anonymous said...

sure ke asrama dia rumah?

Marya Tieya Shafiee said...

Yup..asrama dia macam apartment..kolej kristal and kolej delima. :)

ISRA ISMAIL said...

yep macam apartment.. kolej pertama yang bertaraf 5 di UiTM yang bermula di UiTM pulau pinang "KOLEJ KRISTAL" yang dirasmikan oleh Menteri Pengajian Tinggi...
http://faceblogisra.blogspot.com/2014/01/bermulalah-tanggungjawab-isra-sebagai.html

Anonymous said...

Akak ambik course apa ye?

Unknown said...

Uitm ini tempatnya kat mana sebenarnya..bukit mertajam ke permatang pauh

Anonymous said...

nak tanya . minggu mds ada protokol pakaian dia sendiri kan ? . adakag baju kurung putih , kain bewarna gelap dan kasut tutup hitam di pakai setiap masa ? . dan saya nak tanya kain gelap itu sepatutnya bewarna apa ? . tolong balas ya . kerana saya agak keliru

Anonymous said...

sye bk tnyr..bju kurung ptih tuh cm bju skolh ke? klo wne ptih tp cm laen sket ley x? tlg bls..sye da nk msok uitm nih..tkot lak..

Anonymous said...

nak yer bkn bk..