Form 6? Berbaloi?

salam..

hai semua..macam ramai je kan bace blog ni..

setelah 5 bulan aku duduk kat form 6 ni, aku kira2 aku rasa berbaloi...korang jangan nak buat muka sengih2 cakap yeke2 ea..dengar cini aku nak cakap pasal form 6 yang korang selalu jelek apabila dengar..kan..!! baik angguk setuju..cepat!!!

ape sebab korang bengang sangat bila masuk form 6?? aku sure lah bila pamily,kawan2,angkat2 korang tanye korang sambung belajar kat mane mesti malu nak mengaku masuk form 6..kan...!!! dah jangan nak senyum2 nampak gigi setujukan..??

ramai orang x minat belajar form 6 ni kan..korang terima tak kalau aku kata :

1. form 6 x best. sebab kena pergi sekolah, pakai baju sekolah, pakai kasut sekolah pakai tie sekolah..kan???so korang tak nak pergi sekolah lagi dah kan.. dah lame sangat sekolah..

2. campus life. korang nak sesuatu yang baru kan bile da abis spm..korang terperangkap dengan jenama institusi pendidikan lain. college, diploma, pra ijazah..hebat2 kan??

3. kengkawan. kawan korang gred tinggi dapat masuk u, matrik, amek asasi,diploma, tapi korang ape? form 6 je??

4 susah. berita angin mengatakan form 6 ni susah nye tahap gaban. haa yang ni mesti korang angguk laju2 tande setuju..kan??

5. boring. jadual macam budak lower form je.. tak boleh buat ape2..

6. nasib. dah aku tak dapat masuk u, masuk matrik, masuk poli. masuk je lah form 6.. ade dari langsung tak ada..haa ni mesti ramai2 angkat tangan sokong saya.. aku tau..semua cikgu cakap macam tu..

sebenarnye banyak lagi sebab lain mereka ni tak nak form 6.. tapi sendiri adding la ea.. bila dah jadi macam tu, kerajaan ade lah buat perubahan besar naik taraf form 6 ni.. eh kau jangan angkat2 kening tanya betul ke tak k..

fakta yang form 6 ni berbaloi kalau sesiapa yang teruskan form 6 ni :

1. form 6 ni dah memang di iktiraf sebagai pra-universiti.. haa kan sama tu dengan diploma.. pra-u jugak..

2. kos murah. korang tak payah lah nak keluarkan duit bebanyak untuk yuran pengajian setiap semeste..

3. sistem modular dilaksanakan, iaitu sistem pengajian berdasarkan semester.. thats mean form 6 dah serupa lah dengan sistem pembelajaran kat u..

4. cara belajar form 6 ni sama je ngan u.. ada kuliah, ada tutorial, ada assignment yang kena siapkan.. ada exam setiap semester. kalau fail 1 paper le repeat pada semester akhir...

5. akan datang form 6 akan di letakkan dibawah pusat2 pengajian yang di panggil Kolej Pra U KPM (kementerian pelajaran malaysia).

6. keutamaan tinggi jugak untuk pelajar form 6 untuk masuk ke u..

7. mendapat pengiktirafan sedunia untuk sambung belajar ke luar negara..

so, mesti korang tenga menyesal sebab gigit jari sebab cakap bukan2 pasal form 6 ni x bagus..tapi mereka2 yang dah masuk form 6 ni kena belajar sungguh2 sebab kena bersaing dengan budak pra-u yang lain untuk dapat tempat kat u..

kepada kawan2 yang akan amek final exam ni, wat sungguh2.. kalau dapat keputusan bagus dapat la biasiswa kan..

ok gud luck for u all...chaiyokkk!!!!!

No comments: