DOA KETENANGAN HATI #2

Assalamualaikum..

Hai.. bertemu lagi.. dalam kehidupan seharian kan, banyak tak masa yang kita bazirkan untuk benda-benda lagha?? banyakkan.. Tapi ada tak kita top-up balik dengan mendekatkan diri dengan Tuhan??

Waktu kita susah memang kita cari Allah sebab masa tu kita tau kita buat salah dengan Dia.. Tapi bila kita senang pun kita wajib ingat Allah.. sebab Allah yang bagi kesenangan kepada kita.. Jadi, tingkatkan doa, mintalah apa sahaja kepada Allah.. memang tu pun yang Dia nak..

Jadi, ni adalah doa seterusnya. Boleh diamalkan ketika belajar, bekerja, merasa susah, menikmati kesenagan.. Semuanyalah..

" Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada Kami; sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana." (Al Baqarah 32)

" Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Ath Thalaaq: 2-3) - ayat seribu dinar

" Maha Suci Tuhanmu yang mempunyai keperkasaan dari apa yang mereka katakan. Dan kesejahteraan dilimpahkan atas para rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam." (Ash Shaaffat: 180-182)

" Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung." (Ali'Imran: 173)

Akhiri penutup doa ini juga selawat. Sebab selawat itu umpama setem yang nak membawa doa ke langit. Sebab tu kena buka dan tutup dengan selawat. Agar berkat. Amin.

hlovate[tunas]




DOA KETENANGAN HATI #1

Assalamualaikum...

Hai readers.. Dah lama tak mencoret sesuatu kat sini.. Dan rasanya, InsyaAllah aku akan tulis benda yang lebih bermanfaat kat sini selain dari rutin hidup sebagai manusia.. InsyaAllah.. mungkin ini permulaan yang baik.. Setelah sesuatu berlaku pada diri ini, Alhamdulillah, ia lebih mendekatkan diri aku dengan Tuhan.. Tuhan yang Satu.. Tuhan yang Maha ESA.. Maha AGUNG...

Sesungguhnya, apabila berlaku sesuatu pada diri, Allah tu nak uji samada kia masih ingat dia lagi ke tak.. Betulkan.. Alhamdulillah.. Stelah berkira-kira hari demi hari.. rasa yang tertanggung itu semakin menampakkan ketenangan.. Sebanarnya diri kita sendiri yang kena kuat.. Diri kita sendiri yang kena tabah.. Kita yang perlu mulakan.. Alhamdulillah Ya Allah.. Diri ini semakin dekat dengan mu.. Tolong aku untuk terus berada di jalan mu..

Sejak-sejak ni jugak, hati dan fikiran telah membawa aku untuk membaca novel2 rileks dan islamik.. Jadi aku sertakan beberapa doa hasil petikan dari salah satu novel yang aku baca.. Dan InsyaAllah.. Aku akan naikkan kan lagi beberapa petikan yang sangat bermanfaat.

1) Ini doa Nabi Musa selepas baginda balik daripada berbicara dengan Allah dan menerima perintah. Yang bila baginda balik sahaja pada kaum dia, Samiri dah mengajak orang lain agar sesat dan sembah patung anak lembu :

"Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmat Engkau, dan Engkau adalah maha Penyayang antara para penyayang." (Al A'raaf: 151)

2) Doa pemuda-pemuda dalam cerita Ashhabul Khafi tu semasa melarikan diri daripada raja zalim :

"....Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)." (Al Khafi: 10)

3) Doa Nabi Musa, yang dibaca selepas dia terbunuh seorang Qibti yang bergaduh dengan seorang bangsa Israel di tengah pasar. Yang dibaca unuk memohon ampun:

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku." (Al Qashash: 16)

4) yang daripada Surah Thaahaa ini pula doa Nabi Mus alaihissalam memohon kepada Allah agar dadanya dilapangkan untuk menghadapi Firaun yang terkenal sebagai seorang raja yang kejam :

".... Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan." (Thaahaa: 114)

"Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau daripada bisikan-bisikan syaitan, Dan aku berlindung pula kepada Engkau Ya Tuhanku, daripada kedatangan mereka kepadaku." (Al Mu'minuun: 97-98)

"Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku. Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku. Supaya mereka mengerti perkataanku." (Thaahaa: 25-28)

hlovate[tunas]


2013 | APA AKAN BERLAKU

Assalamualaikum,

Dah 2013 kan.. apa yang korang dapat tahun lepas? apa yang korang kumpul tahun lepas? apa yang terjadi pada korang tahun lepas? manis? pahit? atau no feels? apa yang korang harapkan tahun ni?? ni ni ni..tahun 2013 ni? lebih manis? lebih tabah? lebih berdaya? atau masih mencari erti hidup sebenar?


Sedar diri dah 21 tahun..tapi meningkatnya umur kita, meningkat ke amalan kita?? 2012.... sesuatu yang indah dan manis untuk aku di awal tahun.. tapi sesuatu yang pahit untuk aku kunyah dan hadam di hujung tahun.. sakit.. Allah je yang tahu..

Sedang berkira-kira jika ini adalah ujian, atau ini adalah takdir, atau jika ini adalah balasan..

Jika ini ujian, cekalkan hati aku, tabahkan hati aku..
Jika ini takdir, kuatkanlah aku, ikhlaskanlah hati aku..
Jika ini balasan, ajarkan aku untuk bersyukur kerana tuhan masih sayangkan aku..


Sesuatu yang indah di tahun lama mengukir senyuman, mengenang kembali kisah lama.. zaman kegemilangan darah panas.. berputiknya kelopak-kelopak kasih sayang.. mekar menyinari segenap inci kehidupan.. tahun yang indah melakar setiap detik melepasi waktu tanpa di sedari ia menghampiri kepincangan..

Jika sedih itu membawa lara, ajarkan aku untuk kembali senyum
Jika terseksa itu membawa derita, ajarkan aku untuk kembali meraih kekuatan
Jika kecewa itu membawa mebcana, ajarkan aku untuk kembali ke Maha Esa...



Perjalanan masih jauh, rintangan dan halangan makin panjang, ajarkan diri untuk lebih bersedia dengan lebih terbuka meneri apa yang berlaku.. belajarlah untuk menerima kesedihan.. belajarlah untuk bangkit mencari kebahagiaan.. sesungguhnya, kita hanya manusia yang banyak kekurangan..

Ya Allah, ajarkan aku untuk lebih matang dalam menghadapi halangan kedewasaan akan datang.. didik aku untuk selalu mengingatiMu.. bimbing aku untuk kambali kejalanMu. jika aku lalai, ingatkan aku.. jika aku alpa ingatkan aku, jika aku leka ingatkan aku..

2013 (tahun masihi, tapi bulan islam dihati)


Aku tak tahu apa yang akan berlaku..
Aku tak tahu apa yang bakal terjadi..

Tapi, apa yang aku harapkan, aku dapat merasai kemanisan, aku dapat merasai kegembiraan dan lebih penting lagi kebahagiaan.. walaupun aku terpaksa merangkak semula.. walaupun aku terpaksa berjalan semula.. walaupun aku terpaksa bertatih semula..

Sungguh aku harapkan yang baik dan yang membahagiakan hati dan jiwa.. jika itu adalah ujian aku gembira kerana mungkin akan kembali.. jika itu takdir, aku derita kerana aku mungkin aku sengsara dan jika itu balasan, aku terima dan aku reda..

Wahai hati, wahai jiwa.. kau kena bersatu dan suburkan rasa bahagia walaupun terluka..
Wahai hati, wahai jiwa.. kau kena kuat dan tabah walaupun terseksa..
Wahai hati, wahai jiwa..kau harus bersabar andai bahagia itu sedang menghampiri kalian tetapi datang dengan pelbagai halangan..


Jangan lupa pada yang Maha Mulia.. 
Dia penentu segalanya..
Dia mendengar kita..
Dia berkuasa... Kun fayakun
Assalamualaikum....


QasehPuteri 1/1/2013 @ 2.46am

DETIK AKHIR DI BALIK PULAU

Assalamualaikum,

Bila dah ujung2 sem ni memang la masa tu la nak miss dengan lecture.. nak miss kat balik pulau.. padahal masa mula2 dulu punyelah tak nak pun gi balik pulau ni.. perjalanan jauh,, habis masa kat atas jalan je.. pergi tidur, balik tidur.. tapi dah hujung2 memori tu la yang kita ingat balik..

With Mr.Lim, lecture BEL.. kembali ke sekolah..


With En.Shfri..lecture account.. belajar sampai muntah..


Dengan housemate.. ada rezeki kita serumah lagi..

Dan sekarang, yang ada hanyalah fokus untuk final.. ye final.. tak mo main dah.. walaupun diri sendiri terumbang ambing lagi, tapi semangat tu ke kutip balik.. susun elok2.. Aishah, semoga kau tabah.. kawan2 semoga berjaya..

Assalamualaikum..

SEMESTER 1 | FLASHBACK

Assalamalaikum, Salam Sejahtera..

Dah nak habis disember, dah nak habis pun sem 1 ni.. tinggal nak hadapi final.. haihss hati memang tak tenang.. kali ni jawab final macam tengah terapung2 kat awan je.. nak study macam nak hadapi kematian.. emm macam tengok orang yang kita sayang dah tak ada.. ape tu??

Tapi, ni kiranya ada la ceritanya sepanjang kat u ni.. masa mula belajar tu memanglah.. pening.. jadual tunggang-langgan.. semunggu sampai tuka 4 jadual ape cite?? pulak tu lecture hilang.. macam mana nak belajar.. dah dua minggu kelas kat area , sekali kena pergi Balik Pulau.. what? Balik Pulau?? bandar disebalik pulau di belakang gunung?? haihh...

sebelah kampus, ada hospital..haa



UiTM Balik Pulau.. kelas di atas.. di bawah kedai2 makan, butik pengantin..haa..

berepa hari lepas tu hari lahir aku.. untunglah kesayangan sendiri tak ingat.. eh. semualah tak ingat.. tak ape lah.. setakat hari lahir siapa aja aku ni.. hadiah?? dalam mimpi kot.. dalam bulan tu macam2 lah jadi.. kena charlie.. haa tau charlie tu ape?? tengok post lepas.. 

thanks korang.. ni pertama kali orang sambut bezday aku..
ade kek.. ade nyanyi lagu bezday..

Masa tu memang jarang guna meja study sebab belajar kat atas katil.. tapi sekarang kena realize yang meja study tu di berikan untuk berlajar dan katil tu di sediakan untuk tidur. dan memang sekarang aku gunakan semua tu di tempat yang betul.. baru adil.. ye meletakkan sesuatu pada tempat yang betul..

meja study.. tapi sekarang serabut..

Lepas tu ada 1 hari dapat keluar dengan roomate.. haa best la.. sekurang2nya aku dapat keluar dengan diorang.. walaupun pergi tempat yang dekat aje tapi aku hargai sebab korang sudi keluar dengan korang.. adanya kawan mampu membuatkan seseorang tu ketawa.. adanya kawan kadang2 membuat seseorang tu menangis..

nila antara kenangan yang aku ada dengan korang..

order delivary mekdi sampai cecah rm24 sorang..
haa duit mkn untuk seminggu tu.. pose la korang lepas tu..

Lepas tu mulalah episod aku kerap sakit kat sini. keluar masuk unit kesihatan dah macam rumah sendiri.. mungkin memang tak sesuai kot duduk kat sini.. ni kalau bukak laci, penuh dengan ubat.. tak terhabis.. habislah aku kalau doktor tau ni..

masa ni cek perut.. ade bende pelik ka perut..

Bila musim buah tiba, kawan2 yang balik rumah tu la diorang ni kirim bawak balik buah.. lagi2 durian.. memamglah kan.. sedapnya ya ampun.. nikmat gila dapat makan.. rambutan lagi.. macam tengah rindu kat rumah lama..

durian haziah bawak..

rambutan mimi bawak.. pastu naima pulak bawak..

Paling best bila anjurkan program sendiri.. program derma darah.. rasa sangat puas dapat cpai impian.. anjurkan program sendiri dan buat amal kebajikan.. dapat tau darah jenis A+.. dapat menderma darah.. harap darah aku tu tak di reject dan dapat digunakan oleh orang lain yang dalam kesusahan..


Bila program ni dah tamat, maksudnya, final dah datang.. final?? mm entahlah.. masa mula2 sampai kat u ni semagat die lain, sebab ................... tapi sekarang.. semangat tu kena kutip balik.. camtum kan semula.. bina semula.. perlu bertatih.. haishh lambat.. apa boleh buat.. semangat tu macam puzzle 1000 pcs.. bila terburai ya ampun nak cantum semula...... makan masa..

Kawan2, semoga final korang terbaik..

Assalamualaikum..