BIRO TATA NEGARA

salam readers..da solat maghrib??? alhamdulillah kalau sudah..


rasanya lama kan menyepi..kenapa ek?? merajuk ye?? tak lah..sekarang ni sangat sibuk dengan pengurusan kem pertama pengawas yang di kendalikan 100% oleh kami sendiri senior form 6 dan exco2 form 5.. sangat penat.. kena maki hamunnye, kena marah nye.. sukar untuk membuat mereke, die paham dengan situasi yang saya lalui sekarang.. sangat sulit sempit simpul dan semput..siapa yang mahu faham?? kepada diri sendiri saje???


k tak pe lah.. kita tinggalkan kumelut yang melanda diriku tu..cewah.. hari ini ada sesi seminar bina negara yang di anjurkan oleh PIBG,MPPUdan di beri ceramah oleh pegawai BIRO TATA NEGARA.. sebenarnya seminar ni khas untuk pelajar universiti dan kolej sahaja di sebabkan pengisiannya lebih sesuai untuk golongan siswa dan siswi.. tapi ustaz fauzi kate kita ni pra u jadi ade u u kat belakang tu yang kami pun dapat menyertai semiar tadi..kat sekolah je la..bajet tak de nak buat kat luar..


ok lah berbalik pada pengisian seminar tadi.. terasa diri ini amat kecil sekali apabila pengetahuan umum yang ada depat mata masih tak nampak.. cetek.. sebagai insan yang mempunyai pendidikan yang kritis dan invatif perlu ada ilmu pengetahuan umum yang sebenarnya simple.. slot pertama kami ceramah mengenai PATRIOTISME.. 


semangat cinta akan negara..kan??? jadi cam ne nak cinta???kena kenal apa itu negara..ada 4 aspek utama yang yang perlu ada bagi sesebuah negara.. jika salah satu nya terhapus dan tidak stabil, maka negara itu dalam keadaan yang tidak selamat..
1) tanah dan air
di sini saya nak jelaskan sesebuah negara itu perlu ada tanah untuk berdiri teguh, supaya tidak lenyap.. bermaksud adanya iklim, rupa bentuk, flora dan fauna..seraca keseluruhan sebuah negara mesti ada bentuk geografi yang sempurna..


2) rakyat
merupakan orang yang tinggal di dalam tempat tersebut..kalau tiada orang kat tempat tu macam mana sebuah negara dapat di bentuk..


3) pemimpin
pemimpin di sini ialah sesebuah negara di bentuk dengan adanya kerajaan yang memerintah..


4) maruah dan kedaulatan
pertahanan negara..bagaimana sesebuah negara tu di pertahankan..


penceramah ada memberi beberapa contoh bagaiman sesebuah negara tu jatoh..antaranya :
1) kejatuhan negara Iraq
Iraq mempunyai tanah dan air, rakyat, pemimpin tetapi kedaulatan tidak di jaga.. pada masa pimpinan oleh saadam hussien tidak di terima rakyat dan rakyat telah memanggil amerika syarikat menyelesaikan masalah negara meraka..akhirnya sehingga ke hari ini tidak selesai..tidak mendapat keamanan yang sejagat..saya masih tercari2 siapa sebenarnya saadam hussien ni..melalui penceramah, semasa kegemilangan kerajaan saadam, dia telah membunuh banyak orang..then...........???


2) keadaan Israel
Israel mempunyai rakyat, pemimpin dan kedaulatan pertahanan negara tetapi tiada tanah dan air.. jadi Israel telah merampas tanah milik palestin.. jadi negara Malaysia sendiri tidak mengiktiraf kenegaraan israel..


saterusnya kami di imbas kembali tentang sejarah pembentukan Malaysia.. sejarah malaysia yang sebenarnya..yang selama ini di salah ertikan sehingga tersetusnya kejadian 13 mei 1969..


pembentukan Malaysia:
Semenanjung emas > tanah melayu > malayan union > persekutuan tanah melayu > malaysia


semasa Tunku Abdul Rahman menang bertanding pilihan raya pertama untuk menjadi pengerusi umno, Tuan Hj Ahmad Fuad telah di cucuk oleh British untuk menentang umno maka lahirlah parti PAS yang pertama penentang kerajaan..


semasa dato onn jaafar menerajui umno, beliau nak satukan orang cina dan india tetapi di tentang keras oleh orang melayu, maka tunku abduk rahman manpak matlamat utama dato onn jaafar, maka adanya MCA dan MIC..apadila di gabungkan dengan UMNO jadilah pakatan murni iaitu kontrak sosial..maka berlakulah proses2 seterusnya mencapaki kemerdekaan..


komponen kontrak sosial :
1) islam agama rasmi
2) bahasa melayu bahasa kebangsaan
3) mengekalkan kuasa sultan
4) sitap dasar ada hak istimewa orang melayu


tetapi pada masa itu singapura masuk persekutuan tanah melayu tidak setuju dengan kontrak sosial yang mempunyai hak istimewa orang melayu, mereka mahu menggunakan Malaysian malaysia, kerakyatan sama rata, tunku dapat merasakan itu adalah ancaman jadi mereka di keluarkan dari persekutuan tanah melayu.. tetapi kelicikan mereka telah mencucuk orang cina maka muncullah DAP..


pejuangan DAP menang bertanding pilihan raya telah menyebabkan pergaduhan besar antara kaum cina dan melayu dan terjadinya 13 mei 1969.. maka darudar di ishtiharkan, tentera yang mengambil peranan lalu Tunku memperkenalkan rukun negara..betapa pentingnya rukun negara..


untuk berjaya dalam hidup mestilah ada kendiri iaitu :
1) minda
2) hati
3) nafsu
4) roh
5) iman
bagaimana kelima-lima ini bersatu untuk menjadi insan..insan yang berusaha mempertahankan negara.. dalam Malaysia ada 27juta orang..tetapi 20 juta merupakan golongan belia..belia yang akan memerintah negara.. jadi.. fikir-fikirkanlah bagaimana nak bentuk negara pada masa akan datang sepertimana pencapaian keamanan sekarang..


ni lah serba sedikit hasil seminar tadi..sesuai untuk adek2 form 3 yang nak exam sejarah..keistimewaan malaysia yang tak pernah nak di ambil tahu oleh saya..
1) tanjung Piai merupakan penghujung benua bagi banua asia.
2) semua iklim dapat di rasai di kota kinabalu..

AisHaH@Eca/photo..editor

No comments: