2013 | APA AKAN BERLAKU

Assalamualaikum,

Dah 2013 kan.. apa yang korang dapat tahun lepas? apa yang korang kumpul tahun lepas? apa yang terjadi pada korang tahun lepas? manis? pahit? atau no feels? apa yang korang harapkan tahun ni?? ni ni ni..tahun 2013 ni? lebih manis? lebih tabah? lebih berdaya? atau masih mencari erti hidup sebenar?


Sedar diri dah 21 tahun..tapi meningkatnya umur kita, meningkat ke amalan kita?? 2012.... sesuatu yang indah dan manis untuk aku di awal tahun.. tapi sesuatu yang pahit untuk aku kunyah dan hadam di hujung tahun.. sakit.. Allah je yang tahu..

Sedang berkira-kira jika ini adalah ujian, atau ini adalah takdir, atau jika ini adalah balasan..

Jika ini ujian, cekalkan hati aku, tabahkan hati aku..
Jika ini takdir, kuatkanlah aku, ikhlaskanlah hati aku..
Jika ini balasan, ajarkan aku untuk bersyukur kerana tuhan masih sayangkan aku..


Sesuatu yang indah di tahun lama mengukir senyuman, mengenang kembali kisah lama.. zaman kegemilangan darah panas.. berputiknya kelopak-kelopak kasih sayang.. mekar menyinari segenap inci kehidupan.. tahun yang indah melakar setiap detik melepasi waktu tanpa di sedari ia menghampiri kepincangan..

Jika sedih itu membawa lara, ajarkan aku untuk kembali senyum
Jika terseksa itu membawa derita, ajarkan aku untuk kembali meraih kekuatan
Jika kecewa itu membawa mebcana, ajarkan aku untuk kembali ke Maha Esa...



Perjalanan masih jauh, rintangan dan halangan makin panjang, ajarkan diri untuk lebih bersedia dengan lebih terbuka meneri apa yang berlaku.. belajarlah untuk menerima kesedihan.. belajarlah untuk bangkit mencari kebahagiaan.. sesungguhnya, kita hanya manusia yang banyak kekurangan..

Ya Allah, ajarkan aku untuk lebih matang dalam menghadapi halangan kedewasaan akan datang.. didik aku untuk selalu mengingatiMu.. bimbing aku untuk kambali kejalanMu. jika aku lalai, ingatkan aku.. jika aku alpa ingatkan aku, jika aku leka ingatkan aku..

2013 (tahun masihi, tapi bulan islam dihati)


Aku tak tahu apa yang akan berlaku..
Aku tak tahu apa yang bakal terjadi..

Tapi, apa yang aku harapkan, aku dapat merasai kemanisan, aku dapat merasai kegembiraan dan lebih penting lagi kebahagiaan.. walaupun aku terpaksa merangkak semula.. walaupun aku terpaksa berjalan semula.. walaupun aku terpaksa bertatih semula..

Sungguh aku harapkan yang baik dan yang membahagiakan hati dan jiwa.. jika itu adalah ujian aku gembira kerana mungkin akan kembali.. jika itu takdir, aku derita kerana aku mungkin aku sengsara dan jika itu balasan, aku terima dan aku reda..

Wahai hati, wahai jiwa.. kau kena bersatu dan suburkan rasa bahagia walaupun terluka..
Wahai hati, wahai jiwa.. kau kena kuat dan tabah walaupun terseksa..
Wahai hati, wahai jiwa..kau harus bersabar andai bahagia itu sedang menghampiri kalian tetapi datang dengan pelbagai halangan..


Jangan lupa pada yang Maha Mulia.. 
Dia penentu segalanya..
Dia mendengar kita..
Dia berkuasa... Kun fayakun
Assalamualaikum....


QasehPuteri 1/1/2013 @ 2.46am

1 comment:

Husna Hidayah said...

selamat tahun baru 2013 kak, perjalanan kita masih panjang lagi insyaAllah...