DOA KETENANGAN HATI #1

Assalamualaikum...

Hai readers.. Dah lama tak mencoret sesuatu kat sini.. Dan rasanya, InsyaAllah aku akan tulis benda yang lebih bermanfaat kat sini selain dari rutin hidup sebagai manusia.. InsyaAllah.. mungkin ini permulaan yang baik.. Setelah sesuatu berlaku pada diri ini, Alhamdulillah, ia lebih mendekatkan diri aku dengan Tuhan.. Tuhan yang Satu.. Tuhan yang Maha ESA.. Maha AGUNG...

Sesungguhnya, apabila berlaku sesuatu pada diri, Allah tu nak uji samada kia masih ingat dia lagi ke tak.. Betulkan.. Alhamdulillah.. Stelah berkira-kira hari demi hari.. rasa yang tertanggung itu semakin menampakkan ketenangan.. Sebanarnya diri kita sendiri yang kena kuat.. Diri kita sendiri yang kena tabah.. Kita yang perlu mulakan.. Alhamdulillah Ya Allah.. Diri ini semakin dekat dengan mu.. Tolong aku untuk terus berada di jalan mu..

Sejak-sejak ni jugak, hati dan fikiran telah membawa aku untuk membaca novel2 rileks dan islamik.. Jadi aku sertakan beberapa doa hasil petikan dari salah satu novel yang aku baca.. Dan InsyaAllah.. Aku akan naikkan kan lagi beberapa petikan yang sangat bermanfaat.

1) Ini doa Nabi Musa selepas baginda balik daripada berbicara dengan Allah dan menerima perintah. Yang bila baginda balik sahaja pada kaum dia, Samiri dah mengajak orang lain agar sesat dan sembah patung anak lembu :

"Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmat Engkau, dan Engkau adalah maha Penyayang antara para penyayang." (Al A'raaf: 151)

2) Doa pemuda-pemuda dalam cerita Ashhabul Khafi tu semasa melarikan diri daripada raja zalim :

"....Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)." (Al Khafi: 10)

3) Doa Nabi Musa, yang dibaca selepas dia terbunuh seorang Qibti yang bergaduh dengan seorang bangsa Israel di tengah pasar. Yang dibaca unuk memohon ampun:

"Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri kerana itu ampunilah aku." (Al Qashash: 16)

4) yang daripada Surah Thaahaa ini pula doa Nabi Mus alaihissalam memohon kepada Allah agar dadanya dilapangkan untuk menghadapi Firaun yang terkenal sebagai seorang raja yang kejam :

".... Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan." (Thaahaa: 114)

"Ya Tuhanku aku berlindung kepada Engkau daripada bisikan-bisikan syaitan, Dan aku berlindung pula kepada Engkau Ya Tuhanku, daripada kedatangan mereka kepadaku." (Al Mu'minuun: 97-98)

"Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku. Dan mudahkanlah untukku urusanku. Dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku. Supaya mereka mengerti perkataanku." (Thaahaa: 25-28)

hlovate[tunas]


No comments: