salam..
hai bertemu lagi.. aku dapat artikel ni dari bapak.. dia bawak balik dari masjid.. so aku rasa aku pun nak share dengan korang.. eh korang dah baca ke?? kalau belum sudilah baca..
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendah ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu dengan kamu selepas tahun ini. oleh itu, dengarlh dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang di amanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. jangalah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba. oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba di batalkan mulai sekarang..
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk di beri makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan di larang melakukan zina..
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini. Sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di buan Ramadhan dan tunaikanlah zakai dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahwa setiap Muslim adalah saudara kepada muslim yang lain.. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh..
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku..
Wahai manusia, tidak ada lagi nabi dan rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua-duanya nescaya kami tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnah ku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain.. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.. Saksikanlah ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu..

Khutbah ini di sampaikan pada 9hb Zulhijjah
Tahun 10 hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah.
5 comments:
Khutbah yg penuh makna..
nsihatnya..
kata2 dari Nabi mrupakan amanat..
amanat untuk semua umat islam.. =.=
tq share. XD
renung-renungkan lah..slmat mmbace..
Post a Comment