KESILAPAN DAN KEGURIAAN YANG BIASA UMAT BUAT APABILA PUASA

salam..

hai semua.. tinggal beberapa jam aja lagi nak sambut ramadhan.. harap ramadhan kali ni lebih berlagu iman.. macam tajuk kat atas tu, kesilapan dan kegurian yang biasa orang buat apabila puasa.. selalu orang cakap pasal perkara yang membatalkan puasa, perkara yang sunat di buat apabila berpuasa di bulan ramadhan.. tapi kali ini, aku nak konsi serba sedikit perkara mazmumah yang boleh menghalang seseorang itu mendapat keberkatan di bulan ramadhan..

1. orang yang berbuka puasa dengan sengaja, tetapi baki waktu yang ada diteruskan dengan makan dan minum atau apa2 sahaja perkara yang membatalkan puasa. contohnya, korang buka puasa dengan sengaja pada pukul 12 tengahari, tetapi baki waktu pada pukul 1 petang dan seterusnya, korang makan jugak.. maka, dosa korang tak puasa itu berganda lebih daripada korang berbuka puasa pada pukul 12 tengahari dan meneruskan puasa pada baki waktu sebelumberbuka puasa.. paham tak?? kalau tak paham tanya ok..

2. orang yang makan sahur di tengah malam kerana malas bangun sahur di hujung malam. maksudnya, korang malas nak bangun sahur pukul 5 pagi, jadi korang pun makan untuk sahur pada pukul 12 tengahmalam.. haa, ni ramaikan yang buat.. sesungguhnya, pahala puasa korang akan berkurang.. melewatkan waktu bersahur itukan sunat.. kalau korang bangun sahur memalam bute, tak adalah keberkatan dalam mengerjakan ibadah puasa..

3. bersahur hanya untuk makan dan minun tanpa ibadat yang lain. maksudnya, korang bangun sahur tu untuk makan dan minum jek.. dah makan dah minim korang sambung tidur balik.. waktu yang mustajab Allah mendengar doa hambanya pada waktu sebelum subuh dan waktu selepas solat.. kan elok, korang jangan tidur, sebaliknya korang mandi, berwuduk, mengaji sementara menunggu waktu subuh..

4. tidak menunaikan solat ketika puasa. dalam islam pun dah cakap, rukun islam itu solat merupakan perkara yang kedua, puasa perkara yang ketiga.. kalau orang yang tak solat tetapi berpuasa maka puasanya tidak batal, tetapi kurus kering pahala berpuasanya.. serta tidak ada nilai dalam mengerjakan ibadah puasa melainkan lapar dan dahaga..

5. tidak mengutamakan solat fardu secara berjemaah sepertimana berjemaah semasa solat tarawih. kalau tengok orang solat terawih tu penuh saff sampai tak nampak carpet.. tapi bila solat fardu, nak cukup 1 baris saff hadapan pun semput.. kenapa buat pada sunat, sedangkan yang wajib itu di biarkan sepi..

6. menunaikan solat terawih itu untuk memeriahkan.  datang solat terawih untuk apa??? untuk meriahkan majlis atau untuk mendapat pahala??? datang solat terawih hanya untuk makan hidangan yang di hidangkan, hanya untuk berjumpa kawan2..ish ish ish.. salah tu..

7. bermalasan dan tidak produktif dalam kerja hanya kerana berpuasa. ni mesti ramai yang buatkan.. suruh buat kerja sekolah, malas, penat, puasa.. mintak adakan meeting organisasi pun malas, penat.. kenapa mcam tu? bukankah waktu berpuasa itu adalah paling ideal sekali untuk berlumba2 mendapatkan pahala.. tak kan nak tunjuk pada orang bukan islam yang orang islam apabila berpuasa ni lemah, lembik kan..tak nak macam tu..

8. wanita berterawih di masjid tetapi tidak menutup aurat. ada sesebuah masjid tu tinggi nya  ya ampun sampai kena naik tangga bertangga2.. kesilapannya apabila wanita mengangkat kainnya sehingga menampakkan aurat hanya kerana maikki tangga, maka afdal baginya melakukan solat terawih hanya di rumah sahaja..

9. sunat bagi lelaki datang kemasjid berwangi-wangian, tak wajib bagi wanita berwangi-wangian. sekarang dah terbalik, perempuan pulak yang wangi2 ke masjid sampai tepek bedak 10 inci, pakai pewangi 10 botol.. tetapi lelaki pulak berbusuk-busukkan.. ha ni ustaz saya cakap..

10. berbuka puasa di hotel yang tidak di iktiraf kehalalannya. bila puasa, banyak hotel yang membuat hidangan berbuka puasa hanya untuk mendapatkrdrcan keuntungan tanpa mengira halal atau tak.. hanya 1.4% sahaja hotel di Malaysia ini di iktiraf kehalalannya.. nak ke kita makan makanan yang menjadi shubhah???

perkara yang membatalkan pahala puasa : 
1. berdusta
2. mengumpat
3. menfitnah
4. melihat dengan pandangan bernafsu dan sumpah palsu 
perkara yang di sebutkan itu menjadi peringatan kepada pembaca dan diri aku jugak.. sama2 lah kita berlumba-lumba mendapatkan pahala puasa yang berganda.. di sempatan ini, aku nak ucapkan, selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak..

p/s : bercadang nak beli barang untuk sambut bulan ramadhan together2.. tapi hampa :(

No comments: