JOM MASAK | APAM POLKA DOT


salam...

hai readers.. ingat lagi tak aku nak buat segmen macam ni dulu?? so arini aku teruskan segmen masak yang pertama.. biasa hujung minggu tak sah kalau tak masak something.. so semalam aku buat sesuatu yang dah lama teringin nak buat.. aku buat apam polka dot.. tapi serius weh aku tak pandai pun buat dot2 nye tu.. susa kot.. so, korang mestilah nak resepi dia.. ok jom tengok cara2 nak buat apam ni ok..

bahan-bahan yang diperlukan :



1 cawan gula - gula halus or korang kisar gula
1 1/4 cawan tepung gandum
3 sudu baking powder - pastikan nama tin tu baking powder, bukan soda bikarbonat
3/4 cawan fresh milk - korang boleh gunakan susu dutch lady full cream, sedap
1 sudu kecil ovallete - google ok kalau tak tau ovallete tu ape
3 biji telur dari peti sejuk - mesti sejuk..kalau tak sejuk tak jadi la apamnye
esen vanilla
pewarna - macam2 warna korang boleh gunakan
filling - inti dalam apam korang la


cara-cara nak buat :

  1. pukul telur hingga kembang, masukkan ovallete, esen vanila, gula, dan susu.. pukul hingga sebati..
  2. tepung dan baking powder mestilah di ayak dahulu, kemudian masukkan dalam mixture tadi.. gaul sehingga sebati..
  3. asingkan mixture tadi kepada beberapa bahagian ikut korang suka, baru warnakan mixture tu ikut warna kegemaran korang..
  4. sediakan mangkuk cawan, masukkan mixture separuh, masukkan inti @ filling, then masukkan lagi sedikit mixture tu jagan sampai penuh..sebab apam akan kembang..
  5. buatlah dot2 di permukaan apam tu..
  6. semasa korang buat adunan ni, panaskan pengukus dahulu.. barulah kukus apam tu dalam 15 minit gitu.. semasa kukus korang jangat bukak penutup.. rasa2 kalau dah lebih 15 minit tu, korang angkat terus..
apam sedia untuk di kukus..

oh tidak..apam ku terlampau gemok..
ei..tak santek..

kegelapan malam..oh my apam polka dot..

nyummy.. boleh la menjamu selera..

selamat mencuba.. kalau2 kebingungan.. jangan segan2 tanya yek..di shutbox pun boleh..

MUET SPEAKING DGN PRIVATE CANDIDATE

salam...

hai readers... nak cerita ni.. nak baca kan.. nak baca kan.. mai cini aku pakse korang baca.. *smbil mengasah2 parang di tangan*... apa yang berlaku di sekolah tadi aku menduduki peperiksaan muet part speaking.. pada mulanya memang aku dan tasya ingat kami satu kumpulan.. mungkin only 3 candidate.. tak pikir pun yang aku akan satu group dengan calon private..

bila masuk bilik kuarantin, tengok slip pengawas, sah aku duduk dengan calon private.. tasya jadi candidate D di kumpulan lain.. aku pulak jadi candidate A ke kumpulan lain.. ada la kalid dari kelas lain.. dua orang selebihnya calon private.. sorang tu lepasan diploma, nak masuk ijazah kena amek muet.. sorang lagi pelajar uum (PJJ-pembelajaran jarak jauh) bekerja di TNB yahya awal.. dia di sem akhir ijazah tapi still tiada muet lagi.. so kena ambil muet sebelum grad..

kami pun berkumpul dalam satu group.. sumpah aku kata.. calon private memang tak tahu pape pasal muet.. diorg daftar, beli buku baca2.. dan attend for exam.. zero and infinity... so aku bagitau lah dekat diorg macam mana exam ni di jalankan.. macam aku pulak ni yang cikgu.. aku kena tolong diorg untuk kebaikkan aku jugak.. pastu kami pasang strategi  untuk discussion..

melihat keadaan diorg, aku dah kurang takot.. kita sama jek.. tiada yang beza.. aku broken english macam diorg la.. but, diorg lebih baik struktur ayat.. antara kami sama jek.. aku as budak sekolah takot pada private candidate sebab aku pikir, diorg boleh berbahasa inggeris.. tapi diorg pulak takot pada budak sekolah sebab budak sekolah ni belajar muet.. dah tau cara2 nak jawab.. sedangkan diorg just daftar dan masuk untuk exam..sebelum exam diorg hanya berteman kan buku rujukan.. tak jauh bezakan..

kebetulan, tajuk yang kami dapat memang menepati ciri2 dalam kehidupan kami.. dalam kehidupan aku lah.. soalan dia aku lupa.. tapi lebih kurang macam ni la :

siapakah yang anda akan jemput untuk memberi ucapan kepada pelajar pra-universiti mengenai kehidupan di universiti..
candidate A : a university lecture
candidate B : a unversity student
candidate C : a university councelor
candidate D : a succesfully graduation student
see.. memang dalam kehidupan kami.. aku sentiasa di dedah kan mengenai kehidupan di u oleh si dia.. tak ada masalah nak jawab dan bagi isi.. tapi masalah tu memang tak lepas dari seorang calon menghadapi exam macam ni.. macam aku la.. masalah aku bila dah ada isi tak tahu pulak nak buat ayat.. pulak tu candidate A.. tapi kita kena la yakin pada diri kita kan untuk berjaya.. tak ada siapa pun boleh tolong melainkan diri kita..

jangan pandang seseorand tu boleh melemahkan kita.. tapi pandanglah seseorang tu sebagai satu motivasi untuk ita lebih berdaya saing.. nak jadi modal insan bukan senang.. kerohanian sangat penting.. bila kerohanian dah mantap baru la go to fizikal.. adanya daya saing yang boleh menaikkan semangat kita.. so, for does school candidate have group with private candidate, dont think dan feel u are so small.. jadikan diorg mencetus semangat untuk berjaya...

haaa..panjang beno ni.. k la daa~~