KEM HISTERIA

salam readers..waaa...hari ni cerita pasal kem histerikan.. menakotkan tak??? mungkin ramai dah tau pasal kem orientasi pengawas yang di jalankan 19-20 hb 2 yang lepas.. mungkin jugak ramai yang dah tau apa yang berlaku masa kem tu berjalan.. baiklah..aku nak cerita dari mula..

kem ni sangat disaster.. aku boleh kata nak buat kem ni, macam2 dugaan yang berlaku..'sabotaj'....... mungkin ramai tak perasan dengan apa yang berlaku.. mungkin semua pihak dah diberitahu awal yang orientasi pengawas akan dijalankan pada hari tersebut.. tapi, bila sampai masanya, kenapa banyak pihak nank buat program..dan nak libatkan dengan peserta2 kami..macamlah tak ada hari lain nak buat..bila kami tak hadiri program tersebut sebab kami kesuntukan masa untuk buat preparation peserta nak daftar kenapa nak letak kami ponteng.. aku sangat geram..ingat suka2 je aku nak tinggal kan program tu??? aku memang nak la pergi program tu.. tapi urusetia tinggal berapa orang aja..yang arus perdana dah pun kena masuk exam 'tanpa rancang'.. sangat mendukacitakan..

macam mana kami nak pergi program tu sedangkan, sebelum program tu habis, peserta dah datang mendaftar.. lagi lah kerja kami banyak.. kami terpaksa menunggu di hadapan untuk memanggil peserta petang yang tercicir untuk mendaftar.. macam mane nak cakap ek??? kirenya macam tu lah..

ok kita skip ke sesi slot plak..aku tak puas hati betul dengan si daun ni.. patutnye die just tengok je..ngan amek slot orang lain..hilang la kredibiliti seseorang tu untuk meneruskan slot die..kecian orang tu..die sepatutnya menerangkan lebih lanjut tentang slot die..jangan lah ambil slot orang..haish..aku lak yang geram nih..

ok malam tu sepatutnye pagar sekolah lebih awal..pagar 4 penjuru..bukan 2 penjuru.. selepas solat maghrib, dari apa yang kami tau, peserta terus berada di surau, untuk solat isya'.. tapi tup tup.. peserta lelaki dah hilang di surau.. semua baru nak terhegeh2 pagar sekolah.. kami yang lain kebingungan.. terus arahkan peserta perempuan ke dataran untuk berkumpul tunggu peserta lelaki kembali.. apa yang kami tau, selepas ni slot malam kebudayaan.. ok la..go on..ikut tentatif supaye tak lari masa..

tup tup si daun suruh peserta ambil tie or kain penutup mata..WTH!!!!!! ko ingat ni apa?? aku yang buat tentatif sapaya masa fix.. solat dululah weh baru teruskan program..tapi si daun ni nak jugak teruskan program.. buat si buta ku yang tak ku sayang..k fine ko teruskan..semasa program tu di jalankan biasa la..da namanya buta..tutup mata dan jalan..facie akan tarik peserta dan ti letakan dalam keadaan yang jauh antara peserta.. sekali ada peserta menjerit..aku memang tak rasa dia histeria..

facie tolong peserta ni..peseeta lain masih dalam keadaan duduk dak tutup mata..semua nya selesai dan akhirnya peserta di bebaskan untuk solat isya'.. peserta tadi baik semula selepas beberapa jam di tenangkan..see..aku tak rasa dia histeria..kalau histeria, kami2 kat sini tak akan boleh nak bantu dia..aku yang aku rasa, die terlalu takot dan tak percaya diri sendiri..

larut malam selepas segalanya berakhir dengan kehampaan.. hancur segala rancangan yang di 'cipta sendiri'.. si daun nak jumpa dengan semua fasie..ok kat citu dia tanya semua facie kenapa sepanjang program kenapa tak gerak..semua diam..ok fine..die tanya lagi.. si watson jawab segala yang tidak puas hati..eh kenapa si daun tak boleh terima?????ko patut terima sebab ko yang tanya..ko patut terima n selesaikan masalah dengan berbincang..ok daun dan watson gadoh..aku rasa kalau tak di kawal mungkin sesi tumbuk menumbuk hebat berjalan..daun pergi..watson blah..kami?????apa jadi pada kami????ok untuk selesaikan kes, kuda ambil pot..merancang semua akivti untuk esoknya TANPA daun..ok aku setuju..

esoknya kami handle program tanpa daun..see..program sangat happening..

tapi malam itu, aku dan hawa berjaga malam untuk jaga peserta perempuan.. tapi aku kalah.. aku tombang dulu dan langsung tak sedarkan diri..langsung tak dapat di gerakkan.. aku bersyukur kerana tuhan tidurkan aku.. rupanya malam tu sesuatu terjadi..sangat memalukan.. sehingga cikgu2 terpaksa membawa kes ini sebagai kes disiplin..tuhan tu maha adil..dia tak nak aku jadi saksi kes tersebut, jadi aku di tidurkan sehingga tidak sedar setelah aku di kejutkan beberapa kali..apa yang berlaku lewat malam tu sangat mendukacitakan..

rasanya sejarah sekolah tak pernah jadi macam ni..dan apa aku boleh kata..the mission is FAIL!!!!!!!!!







AisHaH@Eca/photo..editor

BIRO TATA NEGARA

salam readers..da solat maghrib??? alhamdulillah kalau sudah..


rasanya lama kan menyepi..kenapa ek?? merajuk ye?? tak lah..sekarang ni sangat sibuk dengan pengurusan kem pertama pengawas yang di kendalikan 100% oleh kami sendiri senior form 6 dan exco2 form 5.. sangat penat.. kena maki hamunnye, kena marah nye.. sukar untuk membuat mereke, die paham dengan situasi yang saya lalui sekarang.. sangat sulit sempit simpul dan semput..siapa yang mahu faham?? kepada diri sendiri saje???


k tak pe lah.. kita tinggalkan kumelut yang melanda diriku tu..cewah.. hari ini ada sesi seminar bina negara yang di anjurkan oleh PIBG,MPPUdan di beri ceramah oleh pegawai BIRO TATA NEGARA.. sebenarnya seminar ni khas untuk pelajar universiti dan kolej sahaja di sebabkan pengisiannya lebih sesuai untuk golongan siswa dan siswi.. tapi ustaz fauzi kate kita ni pra u jadi ade u u kat belakang tu yang kami pun dapat menyertai semiar tadi..kat sekolah je la..bajet tak de nak buat kat luar..


ok lah berbalik pada pengisian seminar tadi.. terasa diri ini amat kecil sekali apabila pengetahuan umum yang ada depat mata masih tak nampak.. cetek.. sebagai insan yang mempunyai pendidikan yang kritis dan invatif perlu ada ilmu pengetahuan umum yang sebenarnya simple.. slot pertama kami ceramah mengenai PATRIOTISME.. 


semangat cinta akan negara..kan??? jadi cam ne nak cinta???kena kenal apa itu negara..ada 4 aspek utama yang yang perlu ada bagi sesebuah negara.. jika salah satu nya terhapus dan tidak stabil, maka negara itu dalam keadaan yang tidak selamat..
1) tanah dan air
di sini saya nak jelaskan sesebuah negara itu perlu ada tanah untuk berdiri teguh, supaya tidak lenyap.. bermaksud adanya iklim, rupa bentuk, flora dan fauna..seraca keseluruhan sebuah negara mesti ada bentuk geografi yang sempurna..


2) rakyat
merupakan orang yang tinggal di dalam tempat tersebut..kalau tiada orang kat tempat tu macam mana sebuah negara dapat di bentuk..


3) pemimpin
pemimpin di sini ialah sesebuah negara di bentuk dengan adanya kerajaan yang memerintah..


4) maruah dan kedaulatan
pertahanan negara..bagaimana sesebuah negara tu di pertahankan..


penceramah ada memberi beberapa contoh bagaiman sesebuah negara tu jatoh..antaranya :
1) kejatuhan negara Iraq
Iraq mempunyai tanah dan air, rakyat, pemimpin tetapi kedaulatan tidak di jaga.. pada masa pimpinan oleh saadam hussien tidak di terima rakyat dan rakyat telah memanggil amerika syarikat menyelesaikan masalah negara meraka..akhirnya sehingga ke hari ini tidak selesai..tidak mendapat keamanan yang sejagat..saya masih tercari2 siapa sebenarnya saadam hussien ni..melalui penceramah, semasa kegemilangan kerajaan saadam, dia telah membunuh banyak orang..then...........???


2) keadaan Israel
Israel mempunyai rakyat, pemimpin dan kedaulatan pertahanan negara tetapi tiada tanah dan air.. jadi Israel telah merampas tanah milik palestin.. jadi negara Malaysia sendiri tidak mengiktiraf kenegaraan israel..


saterusnya kami di imbas kembali tentang sejarah pembentukan Malaysia.. sejarah malaysia yang sebenarnya..yang selama ini di salah ertikan sehingga tersetusnya kejadian 13 mei 1969..


pembentukan Malaysia:
Semenanjung emas > tanah melayu > malayan union > persekutuan tanah melayu > malaysia


semasa Tunku Abdul Rahman menang bertanding pilihan raya pertama untuk menjadi pengerusi umno, Tuan Hj Ahmad Fuad telah di cucuk oleh British untuk menentang umno maka lahirlah parti PAS yang pertama penentang kerajaan..


semasa dato onn jaafar menerajui umno, beliau nak satukan orang cina dan india tetapi di tentang keras oleh orang melayu, maka tunku abduk rahman manpak matlamat utama dato onn jaafar, maka adanya MCA dan MIC..apadila di gabungkan dengan UMNO jadilah pakatan murni iaitu kontrak sosial..maka berlakulah proses2 seterusnya mencapaki kemerdekaan..


komponen kontrak sosial :
1) islam agama rasmi
2) bahasa melayu bahasa kebangsaan
3) mengekalkan kuasa sultan
4) sitap dasar ada hak istimewa orang melayu


tetapi pada masa itu singapura masuk persekutuan tanah melayu tidak setuju dengan kontrak sosial yang mempunyai hak istimewa orang melayu, mereka mahu menggunakan Malaysian malaysia, kerakyatan sama rata, tunku dapat merasakan itu adalah ancaman jadi mereka di keluarkan dari persekutuan tanah melayu.. tetapi kelicikan mereka telah mencucuk orang cina maka muncullah DAP..


pejuangan DAP menang bertanding pilihan raya telah menyebabkan pergaduhan besar antara kaum cina dan melayu dan terjadinya 13 mei 1969.. maka darudar di ishtiharkan, tentera yang mengambil peranan lalu Tunku memperkenalkan rukun negara..betapa pentingnya rukun negara..


untuk berjaya dalam hidup mestilah ada kendiri iaitu :
1) minda
2) hati
3) nafsu
4) roh
5) iman
bagaimana kelima-lima ini bersatu untuk menjadi insan..insan yang berusaha mempertahankan negara.. dalam Malaysia ada 27juta orang..tetapi 20 juta merupakan golongan belia..belia yang akan memerintah negara.. jadi.. fikir-fikirkanlah bagaimana nak bentuk negara pada masa akan datang sepertimana pencapaian keamanan sekarang..


ni lah serba sedikit hasil seminar tadi..sesuai untuk adek2 form 3 yang nak exam sejarah..keistimewaan malaysia yang tak pernah nak di ambil tahu oleh saya..
1) tanjung Piai merupakan penghujung benua bagi banua asia.
2) semua iklim dapat di rasai di kota kinabalu..

AisHaH@Eca/photo..editor